
Saya amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada dua Senator Amerika Syarikat yang terkemuka di Putrajaya bulan lepas. Senator John McCain dan Joe Lieberman kedua-duanya telah memberikan ulasan yang amat baik terhadap Malaysia, terutamanya dalam usaha kami untuk mentransformasikan keadaan ekonomi, politik dan sosial negara. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk semua – pencapaian yang merangkumi usaha-usaha dan kerjasama antara semua rakyat, dan telah mendapat iktiraf rakan-rakan kita dari Negara luar.
Lawatan kedua-dua senator memperlihatkan hubungan negara kita dengan Amerika Syarikat yang kekal erat dan terikat oleh nilai-nilai dan kepentingan strategik yang dikongsi bersama. Dari segi ekonomi, mereka terus menjadi salah satu daripada rakan perdagangan yang terbesar bagi Malaysia, iaitu berjumlah sehingga RM127 bilion setahun. Terdapat lebih daripada 600 badan perniagaan dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia, dan ramai lagi berminat untuk melabur di Malaysia tahun ini. Perkongsian ilmu turut merupakan aspek penting dalam hubungan antara kedua-dua negara -Sebagai contoh, pengenalan kepada reformasi pendidikan di negara kita baru-baru ini untuk menyelesaikan kadar keciciran telah diilhamkan dari Amerika Syarikat.
Ikatan ini beerti hubungan yang kukuh antara kedua-dua negara di samping kesusahan yang dialami setiap pelusuk dunia. Ini diperlihat melalui pelbagai kerja amal yang dilakukan oleh sukarelawan dari Peace Crops Organization yang bertujuan untuk menaikkan punca rezeki rakyat Malaysia. Usaha ini bermula semenjak 50 tahun lalu, dimana ayahanda saya Allayarham Tun Abdul Razak telah memberi sambutan kepada 36 sukarelawan. Nombor ini terus berkembang dan setakat ini 3500 sukarelawan dari Amerika Syarikat telah berkhidmat dan berkerjasama dengan rakyat Malaysia untuk menambahbaik kehidupan semua termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Malaysia juga mempunyai banyak yang boleh ditawarkan kepada Amerika Syarikat dan dunia. Model agama Islam kita yang mengamalkan kesederhanaan adalah suatu pendorong untuk kebaikan – dan kerana kebaikan inilah saya membuat keputusan untuk menubuhkan Pergerakan Moderat Global di mana semua agama bersatu dalam satu suara untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang membelenggui dunia. Di dalam negara pula, falsafah yang berpandukan kepada 1Malaysia telah membolehkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik dan agama untuk bergerak bersama mengejar impian dan aspirasi kita sebagai satu bangsa. Dan ianya merupakan satu falsafah yang saya harap semua rakan-rakan masyarakat antarabangsa kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
Keunikan budaya dan sejarah kita inilah yang telah menjadikan Malaysia seperti mana kita berada sekarang – begitu jugalah dengan Negara-negara barat yang berjuang untuk mempertahankan tradisi masing-masing. Oleh itu kita akan sentiasa berpendirian teguh terhadap prinsip dan nilai fundamental kita. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat merupakan ikatan yang kuat kerana sifat penerimaan dan saling hormat-menghormati terhadap perbezaan kita, di samping berusaha untuk mengenalpasti objektif sepunya kedua-dua Negara. Saya yakin bahawa perhubungan yang saling memanfaati satu sama lain ini akan mendorong kepada kemajuan dan pencapaian matlamat kemajuan bagi dekad yang lalu, akan terus memanfaati satu sama lain bagi dekad-dekad akan datang.
http://1malaysia.com.my/
No comments:
Post a Comment