KUCHING, 19 Feb (Bernama) -- Senator bebas Australia Nick Xenophon
ialah seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak
kepada sebuah parti sahaja, justeru itu tidak layak menjadi pemerhati
pilihan raya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata SPR pernah mengadakan perbincangan dengan Xenophon atas
jemputan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi perkara yang
ditimbulkannya sama seperti isu yang dibangkitkan parti pembangkang.
"Jadi pemerhati patut bebas, tidak berat sebelah, yang tidak betul
tegur walaupun siapa buat salah...Bila bias (dia) tidak dapat hendak
jadi pemerhati yang adil dan saksama. Dia mewakili parti politik
tertentu, (untuk) jadi pemerhati tidak bolehlah begitu," katanya kepada
pemberita di sini Selasa.
Beliau sebelum itu merasmikan taklimat ulangan untuk 96 peserta terdiri
daripada pegawai pengurus dan ketua pasukan Penguatkuasaan Kempen
Pilihan Raya (PP-KPR) Pilihan Raya Umum Ke-13.
Abdul Aziz berkata sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak perlu
mengikut telunjuk (individu dari) negara lain untuk melakukan sesuatu.
"Saya percaya negara dia pun (Australia) tidak suka kalau Malaysia
beritahu perdana menterinya supaya melantik Malaysia jadi pemerhati atas
sebab (kononnya) banyak perkara tidak betul berlaku, itu maknanya kita
sudah campur tangan dalam kedaulatan negara lain," katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata isu-isu yang cuba dibangkitkan
Xenophon adalah isu yang sama yang disuarakan oleh parti pembangkang.
"Untuk makluman, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar pernah
mengadakan perjumpaan dengan dia. Pertanyaan serta keraguannya boleh
dikatakan tidak berbeza langsung dengan perkara-perkara yang selalu
ditimbulkan parti politik (pembangkang), seratus peratus serupa.
"Walaupun sama, kami tetap beri penjelasan kepada mereka," katanya.
Menurutnya antara isu yang dibangkitkan ialah persempadanan kawasan pilihan raya dan daftar pemilih.
"Saya sendiri pernah terangkan isu itu kepada Duta Australia ke
Malaysia...beliau faham dan mengatakan beliau tidak bermaksud untuk
campur tangan dalam sistem kita, tetapi cuma untuk pemahaman beliau
sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Showing posts with label BERITA BERA. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013
Sunday, 17 February 2013
Sekitar #openhouse DS @ismailsabri60 #tahunbarucina
Hampir 30 ribu orang menghadiri Jamuan Tahun Baru Cina 2013 Parlimen Bera Dato Sri Haji Ismail Sabri Yaakob , Pelbagai Bangsa menghadiri ope house DS Ismail Sabri ,
Thursday, 3 January 2013
Kecewa kemudahan tidak sempurna
![]() |
| Akmal menunjukkan keadaan almari tanpa pintu yang sempat dirakam menggunakan telefon bimbit semasa menghantar anaknya ke asrama terbabit. |
BERA - Kemudahan dalam bilik asrama sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan
di sini membuatkan ibu bapa dan penjaga bimbang dengan keadaan
anak-anak mereka.Mereka mendakwa keadaan almari tidak sempurna kerana pintunya rosak boleh menyebabkan berlaku kecurian barangan peribadi.
Wakil penjaga yang mahu dikenali sebagai Akmal, 51, berkata, perkara itu dibangkitkan bukan mahu mengaibkan Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah berkenaan, sebaliknya bertujuan menjamin keselesaan anak-anak yang tinggal di asrama.
Katanya, bagi pelajar yang mendapat almari tanpa pintu, sudah pasti mereka bimbangkan tahap keselamatan barang masing-masing semasa tiada di dalam bilik.
“Sedangkan almari terbuka memberi peluang kepada orang lain untuk mencuri, inikan pula dengan keadaan almari tanpa pintu.
“Kalau boleh, kita minta pihak berkenaan mengatasi masalah tersebut secepat mungkin,” katanya selepas menghantar anak lelakinya ke asrama sekolah terbabit.
Dia berkata, ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak mereka ke bilik asrama sekolah berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat kemudahan tidak lengkap termasuk tilam serta kipas.
Menurutnya, ada beberapa tilam didapati patah dua, tetapi masih digunakan dan disarung menggunakan kain PVC supaya tilam itu tidak beralih, sementara 80 peratus daripada kipas yang ada pula tidak berfungsi.
“Kami sebagai ibu bapa tidak menafikan keadaan tersebut berlaku disebabkan tindakan nakal sesetengah pelajar, tetapi perkara ini seharusnya dipantau sebaik mungkin.
“Ini adalah teguran untuk kebaikan semua dan bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa kerana bagi saya, keadaan selesa membuatkan anak-anak dapat belajar dengan baik,” katanya.
Thursday, 26 July 2012
Lebih 27,000 ternakan peneroka Felda Bera terdedah kepada kecurian
BERA: Lebih 27,000 ekor lembu dan kerbau milik peneroka Gugusan Felda
Mempaga dan Wilayah Jengka di sini terdedah kepada kegiatan kecurian
berikutan sebahagian besar daripada ternakan itu dibiar berkeliaran
dalam kawasan ladang sawit.
Timbalan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gugusan Felda Mempaga, Mansur Hashim, berkata terdapat lebih 12,000 ekor lembu dan kerbau diternak peneroka di 36 buah rancangan FELDA gugusan itu.
"Sebahagian besar ternakan itu tidak pernah dikandang yang mana mereka
bebas memakan rumput di ladang dan akibatnya terdedah kepada kegiatan
curi," katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Pengerusi JKKK Felda Gugusan Jengka, Sulaiman Bakar, berkata kegiatan mencuri lembu pernah berlaku di beberapa rancangan Felda tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya.
"Pada tahun lalu, sekurang-kurangnya 10 hingga 15 ekor lembu dilaporkan hilang manakala tahun sebelumnya lebih 20 ekor ternakan dicuri," katanya.
Menurutnya, kegiatan itu mungkin akan berulang lagi pada tahun ini kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak lagi mengeluarkan permit penyembelihan, tetapi setiap lembu atau kerbau yang hendak disembelih dibawa ke pusat penyembelihan daerah.
Sulaiman berkata, JKKK dan RELA diarah meronda semua jalan keluar masuk ke setiap tanah rancangan itu bagi membanteras kegiatan mencuri ternakan kerana lebih 15,000 ternakan dipelihara peneroka di 35 rancangan FELDA gugusan Jengka setakat ini sebagai pendapatan tambahan kepada mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan Zahid Mohd Noor menasihatkan penternak supaya mengandangkan ternakan mereka walaupun belum ada lagi laporan mencuri ternakan pada bulan puasa di daerah Bera.
- BERNAMA
Timbalan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gugusan Felda Mempaga, Mansur Hashim, berkata terdapat lebih 12,000 ekor lembu dan kerbau diternak peneroka di 36 buah rancangan FELDA gugusan itu.
Sementara itu, Timbalan Naib Pengerusi JKKK Felda Gugusan Jengka, Sulaiman Bakar, berkata kegiatan mencuri lembu pernah berlaku di beberapa rancangan Felda tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya.
"Pada tahun lalu, sekurang-kurangnya 10 hingga 15 ekor lembu dilaporkan hilang manakala tahun sebelumnya lebih 20 ekor ternakan dicuri," katanya.
Menurutnya, kegiatan itu mungkin akan berulang lagi pada tahun ini kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak lagi mengeluarkan permit penyembelihan, tetapi setiap lembu atau kerbau yang hendak disembelih dibawa ke pusat penyembelihan daerah.
Sulaiman berkata, JKKK dan RELA diarah meronda semua jalan keluar masuk ke setiap tanah rancangan itu bagi membanteras kegiatan mencuri ternakan kerana lebih 15,000 ternakan dipelihara peneroka di 35 rancangan FELDA gugusan Jengka setakat ini sebagai pendapatan tambahan kepada mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan Zahid Mohd Noor menasihatkan penternak supaya mengandangkan ternakan mereka walaupun belum ada lagi laporan mencuri ternakan pada bulan puasa di daerah Bera.
- BERNAMA
Monday, 23 July 2012
Ponteng Puasa: Ladang getah, kelapa sawit 'port' paling popular
BERA – Kebun sawit atau getah dikatakan menjadi lokasi pilihan pertama bagi mereka yang ponteng puasa sepanjang bulan Ramadan.
Dengan lokasi yang agak tersorok dan jauh dari orang ramai, golongan yang gemar ponteng puasa ini akan menjadikan ia sebagai port bukan sahaja untuk makan dan minum tetapi juga tempat mereka berjudi.
Seorang peneroka, Mokhtar Mohd, 63, dari Felda Rentam berkata, sememangnya kawasan itu masih menjadi kegemaran mereka yang ponteng puasa sehingga sekarang walaupun minggu ini baru merupakan minggu pertama berpuasa.
Menurutnya, ada juga pihak yang sanggup bersubahat apabila mereka menjual makanan, minuman termasuk sebatang rokok dengan harga RM10.
“Selalunya, mereka yang ponteng puasa adalah di kalangan peneroka dan golongan generasi kedua yang bekerja di kebun, dan mengambil kesempatan di tempat kerja untuk menyembunyikan perbuatan mereka.
“Namun, kegiatan mereka itu sering dihidu pihak tertentu seperti jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Rela yang sering membuat pemantauan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mokhtar, lokasi itu sering bertukar kerana bimbang mereka ditangkap semasa makan atau minum, apatah lagi berjudi di bulan Ramadan.
Katanya, asalkan kawasan itu tersorok dan jauh dari orang ramai, ia akan menjadi lokasi seterusnya bagi mereka.
“Jika pada hari biasa, tiada siapa pula mahu bekalkan pakej makanan dan minuman termasuk rokok kepada pekerja buruh di kebun,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Felda (MBFM) Felda Bukit Puchong, Azli Ismail berkata, buat masa ini, tiada lagi kegiatan ponteng puasa yang berlaku di perkampungan itu namun berdasarkan kes-kes sebelum ini, lokasi utama adalah di dalam kawasan kebun sawit.
Katanya, mereka yang bekerja sebagai buruh di kebun menggunakan kesempatan itu untuk tidak berpuasa.
Menurutnya, jika diperhatikan ada di kalangan mereka yang sanggup membawa botol air dari rumah.
“Memang dari awalnya mereka berniat untuk tidak berpuasa.
“Jadi, apabila ramai di kalangan mereka yang berbuat demikian, tidak mustahil wujud puak yang menjual makanan yang lebih sedap semasa berada di
dalam kebun,” katanya.
Azli berkata, dalam hal ini, MBFM bersama JKKK dan Rela saling bekerjasama bagi memastikan perkara seumpama itu dapat dibanteras bagi menghormati bulan Ramadan.

Wednesday, 4 July 2012
Pertandingan Pertandingan Futsal 1belia Malaysia Perlimen Bera
Satu Pertandingan Futsal 1belia Malaysia Perlimen Bera 2012. akan di adakan pada 14-15 Julai 2012 yang bakal di adakan di kompleks Rakan Muda Bera.. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera
Hadiah menanti anda
Johan: RM1500
N.johan: RM1000
Ketiga&keempat: RM500
Tarikh tutup penyertaan 12 Julai2012
sbarang prtanyaan sila hubungi. Urusetia pertandigan no tel:09-2507158
Saturday, 30 June 2012
32 rumah Orang Asli di bera rosak dilanda ribut
BERA - Sebanyak 32 buah rumah penduduk Orang Asli di tiga perkampungan
di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Zahid Mohd Noor berkata 14 buah daripada rumah itu rosak teruk dihempap pokok serta dahan manakala rumah lain bumbungnya diterbangkan angin kencang.
Katanya kejadian yang berlaku selama 40 minit bermula pada pukul 10.30 malam itu membabitkan penduduk Kampung Putat, Kampung Gua dan Kampung Bapak yang membabitkan 32 keluarga terdiri daripada 78 orang. Zahid bagaimanapun berkata tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Beliau berkata selain kerosakan rumah, penduduk kampung juga mengalami kerugian lain apabila 500 hingga 700 pokok getah tumbang dilanda ribut kencang itu.
Menurutnya jumlah kerugian belum dapat ditaksirkan kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli masih menjalankan siasatan.
Katanya sebahagian daripada mangsa masih menumpang di rumah jiran sementara menanti kerja-kerja pembaikan dilakukan.
Dalam perkembangan sama, Tahzir Hussien iaitu Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyampaikan bantuan berupa makanan, pakaian dan wang kepada mangsa terbabit semalam. - Bernama

Thursday, 28 June 2012
Bera :Bom disangka besi buruk
BERA – Sepasukan pekerja kontraktor projek pemasangan paip menemui
sebutir bom lama tertanam di dalam tanam berdekatan laluan utama
Kilometer 44 Temerloh- Bahau, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, bom dipercayai jenis Eareal digunakan semasa perang dunia kedua seberat antara 20 hingga 30 kilogram itu dimusnahkan Unit Pemusnah Bom, Temerloh pada jam 3 petang.
Menurutnya, bom itu dijumpai sepasukan pekerja kontraktor yang sedang menggali lubang untuk menanam saluran paip kira-kira jam 10 pagi.
“Tiba di lokasi kejadian, kita mengesahkan ‘besi buruk’ disangka pekerja kontraktor itu adalah bom lama yang pernah digunakan semasa perang dunia kedua.
“Bagi tujuan keselamatan, kita meletupkan bom itu kerana tidak pasti sama ada ia masih aktif atau tidak,” katanya.
Difahamkan, bom itu ditemui kira-kira 1.2 meter dari aras bumi dengan ukuran 56 sentimeter (cm) sementara ukur lilit berukuran 51cm.
Mohd Zahid berkata, pihaknya tidak dapat memastikan bom itu dimiliki siapa berikutan ia sudah berkarat.
Katanya, kira-kira lima tahun lepas, pihaknya turut memusnahkan sebutir bom lama yang ditemui di sekitar kawasan berdekatan.
“Saya percaya, mungkin ada lagi bom-bom lama masih tertanam di sekitar kawasan terbabit.
“Kawasan ini sememangnya merupakan lokasi tentera menjatuhkan bom kerana dulu, ia adalah kawasan hutan yang sesuai dijadikan tempat persembunyian tentera,” katanya.
Beliau berharap orang ramai yang terjumpa dengan busi buruk menyerupai bom lama segera menghubungi polis untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Ribut: Umpama dilanggar garuda
BERA – Sebanyak 29 rumah di tiga kampung, di sini, rosak apabila
dihempap pokok dan atap diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut,
petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Kampung Putat dilaporkan paling teruk terjejas membabitkan 19 rumah, dikuti Kampung Bapak (8) dan Kampung Gau (2). Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Tok Batin Pos Iskandar, Norya Abas berkata, laporan lengkap mengenai kejadian itu akan diserahkan kepada agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat.
Menurutnya, bancian untuk mengenal pasti jumlah kerugian masih dilakukan, namun dianggarkan kerugian membabitkan rumah mangsa sahaja sehingga RM60,000. “Setakat ini, hanya 29 keluarga melaporkan mengenai kerosakan pada rumah mereka.
“Berdasarkan tinjauan awal, terdapat empat rumah rosak teruk dengan sebahagian besar atap diterbangkan angin perlu diberikan perhatian segera,” katanya semasa tinjauan bersama wartawan Sinar Harian ke Kampung Putat, semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah; Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bera, Tahzir Husain dan Penghulu Mukim Triang 2, Kamal Mohamad termasuk kakitangan Pejabat Daerah, Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (Jakoa) serta JKM.
Seperti dilanggar garuda
KEJADIAN ribut itu pertama kali menimpa penduduk di sini yang mengibaratkan tragedi tersebut seperti dilanggar garuda. Seorang penduduk, Sulong Mamak, 54 berkata, semasa kejadian itu, semua penduduk tidak berani keluar daripada rumah kerana bimbang keselamatan masing-masing.
Katanya, kawasan itu merupakan laluan angin dan pusaran angin umpama ribut taufan berlaku kira-kira 10 minit. “Dalam tempoh itu, habis pokokpokok tercabut dan tumbang menghempap bumbung rumah. Kebun getah serta dusun milik penduduk turut musnah.
“Walaupun sejam selepas itu hujan berhenti, kebanyakan penduduk tetap tidak keluar daripada rumah, manakala kebanyakan wanita dan kanak-kanak lebih banyak menangis,” katanya. Sulong berkata, pagi semalam penduduk mengemas dan memotong mana-mana pokok tumbang supaya kawasan persekitaran rumah bersih.
Sementara itu, Soti Che Mun, 60, berkata, semasa kejadian dia dan cucunya berada di bahagian dapur, tetapi mereka dapat melihat pokok pinang di hadapan rumah bergoyang ditiup angin kencang.
Menurutnya, bimbang pokok itu menghempap rumah, dia takut untuk keluar melihat kejadian itu lebih-lebih lagi apabila dilarang cucunya. “Masa itu, saya tinggal bersama cucu kerana anak dan menantu ke kebun.
Dari dalam rumah, saya nampak pokok pinang bergoyang kuat. “Tetapi, tidak sangka bunyi kuat dari luar rumah disebabkan pokok rambutan tumbang seterusnya mengenai papan suis elektrik,” katanya.
Difahamkan, bekalan elektrik di beberapa rumah turut terputus berikutan pokok tumbang terbabit mengenai kabel elektrik berdekatan rumah mangsa.
Punca rezeki musnah
TOK BATIN Kampung Putat, Mat Nor Jin berkata, ada beberapa kebun dan dusun penduduk turut musnah termasuk kebun getahnya. Katanya, antara 0.8 hingga 1.2 hektar kebunnya musnah berikutan pusaran angin ribut melalui kawasan tersebut.
“Pokok getah bukan sahaja tercabut, tetapi turut patah dipukul angin kencang. Saya kehilangan lebih 500 pokok getah dan secara tidak langsung menyebabkan pendapatan bulanan saya berkurangan.
“Sebelum ini sekitar 1970-an, pusaran angin kencang pernah melalui kawasan sama. Tetapi pada ketika itu, ia dipenuhi dengan hutan,” katanya.
Manakala, Romi Daing, 47 menyifatkan kejadian itu paling teruk pernah dialaminya. Menurutnya, semasa kejadian, dia tiada di rumah kerana bekerja dan hanya pulang pada jam 8.30 malam serta mendapati halaman rumahnya dipenuhi pokok tumbang.
Katanya, walaupun rumahnya tidak mengalami kemusnahan teruk, namun pokok rambutan di hadapan rumahnya yang sedang mengeluarkan hasil untuk menjana pendapatan tambahan mereka sekeluarga, tumbang.
Bantuan segera
SINAR HARIAN turut mendapatkan penjelasan daripada Muhammad Olian mengenai jenis bantuan disalurkan kepada mangsa bencana terbabit.
Menurutnya, pihaknya menghubungi Pengarah Jakoa mengenai keadaan mangsa termasuk sebuah rumah yang 80 peratus musnah dalam kejadian tersebut.
“Saya sudah berbincang dan kemungkinan besar Jakoa akan membina sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk mangsa (Setum Met, 58) yang tinggal bersama isterinya.
“Ada juga beberapa rumah yang rosak teruk akan dibaiki segera. Manakala mangsa lain akan dibekalkan dengan peralatan dan atap baru serta bantuan makanan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, JKM turut menyediakan barangan keperluan seperti tikar dan kain pelekat atau batik, sementara Pejabat Ahli Parlimen Bera membantu dalam bentuk kewangan.
Katanya, nilai kerugian untuk setiap rumah mangsa masih dinilai JKM dan Pejabat Daerah bagi pengagihan bantuan daripada Tabung Bencana Alam Daerah.

Wednesday, 27 June 2012
Dua pokok perlu ditebang
Seorang penduduk, Ah Peng, 65, berkata, kira-kira 10 tahun lepas, dahan pokok tersebut pernah menghempap bahagian depan dan bilik tidur rumahnya.
Menurutnya, kejadian itu bukan disebabkan dahan pokok sudah mati tetapi terlalu berat dek pokok yang subur.
“Nasib baik masa kejadian itu, saya dan keluarga tiada di rumah. Kalau tidak, sudah lama saya mati. Bukan rumah saya sahaja kena hempap, rumah jiran di hadapan juga nyaris dihempap
dahan itu. Kini, jiran saya bimbang kalau perkara sama berlaku kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Lui Sang, 71, berkata, penduduk di sini sudah terlalu kerap meminta bantuan pihak berkenaan untuk menebang pokok itu tetapi aduan kami tidak dipedulikan.
Katanya, masalah yang sama juga disalurkan kepada wakil pemimpin namun pihak terbabit sekadar menabur janji manis yang diberikan sejak dua kali pilihan raya umum (PRU) diadakan.
“Kalau tidak mahu tebang sekalipun, cantaslah dahan-dahan yang mengganggu wayar elektrik di sini demi keselamatan orang ramai.
“Orang yang lalu lalang di sini juga berasa risau sekiranya dahan itu menghempap mereka,” katanya.
Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Singh, 46, berkata, tindakan pihak berkenaan yang mengabaikan permintaan penduduk adalah tidak wajar.
Menurutnya, kedua-dua pokok itu mesti ditebang kerana ia terlalu dekat dengan landasan kereta api dan rumah kedai di sini.
“Kami berharap ada pihak tampil menyelesaikan masalah ini supaya keselamatan penduduk dan orang ramai terjamin,” katanya kepada Sinar Harian.
-SINAR HARIAN-
Monday, 25 June 2012
Kemalangan: Bayi antara tiga maut
BERA - Seorang bayi berusia lapan bulan bersama
ibu bapanya maut dalam satu kemalangan apabila kereta dinaiki mereka
dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord dari arah bertentangan.
Mangsa, Mohd Solehuddin Jaabar Ismail, 28, Nor Ashikin Ismail, 28 dan
bayi itu, Ahmad Habibi yang berasal dari Felda Sebertak dikatakan dalam
perjalanan pulang ke Bahau setelah menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kemalangan itu berlaku kirakira jam 5.20 petang kelmarin di Kilometer 14, Jalan Temerloh–Bahau dekat sempadan Bera–Temerloh.
Menurutnya, kereta Honda Accord itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan hingga terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh kenderaan mangsa. “Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi (Mohd Solehuddin Jabbar) dan anaknya mengalami kecederaan parah serta meninggal serta-merta.
“Isteri mangsa pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh berikutan me- ngalami pendarahan yang teruk,” katanya.
Mohd Solehuddin merupakan pegawai perangkaan di Jabatan Perangkaan Kuantan, sementara Nor Ashikin pula bekerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Papan sebagai pembantu tadbir.
Difahamkan, rempuhan kuat itu juga menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian enjin kereta mangsa, namun ia berjaya dikawal anggota bomba. Mohd Zahid berkata, kereta Honda Accord itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika cuba melepasi selekoh di jalan mempunyai garisan putih berkembar tersebut.
Katanya, pemandu Honda Accord itu, Chong Chun Yong, 33, turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hoshas.
“Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu Honda Accord yang memandu laju di kawasan selekoh sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sehingga merempuh kenderaan mangsa.
“Saksi kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah menerusi talian 09-2502222 untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen (41) (1) APJ 1987 ini,” katanya. Difahamkan, semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Sebertak, tengah malam kelmarin

Subscribe to:
Posts (Atom)