Showing posts with label OLIMPIK LONDON. Show all posts
Showing posts with label OLIMPIK LONDON. Show all posts

Sunday, 29 July 2012

India bantah penceroboh pada majlis pembukaan Olimpik

NEW DELHI: India mengemukakan bantahan terhadap penganjur Sukan Olimpik London selepas seorang wanita misteri tiba-tiba menyertai perarakan kontinjen negara itu pada majlis pembukaan temasya berprestij berkenaan, lapor media hari ini.

Saturday, 28 July 2012

Pecut: Josiah diketepi

pix_gal0 London: Kem Malaysia semalam, memutuskan pelumba sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang sebagai pelumba utama bagi kedua-dua acara keirin dan pecut sekali gus mengetepikan Josiah Ng.

Josiah, pelumba yang turut berpotensi menyumbang pingat bagi acara pecut Sukan Olimpik London, diletakkan sebagai pelumba simpanan bagi acara itu.

Acara berbasikal trek yang menjadi sandaran pingat bagi Malaysia akan bermula pada 4 Ogos, keirin pula tiga hari kemudian.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Jun lalu memutuskan Josiah akan menggalas cabaran acara pecut - dengan Azizulhasni sebagai pengganti dalam acara pecut dan menjadi pelumba utama acara keirin.

Ratu menembak sedia galas cabaran negara

London: Wajah Nur Suryani Taibi, semalam menceritakan betapa penembak dari Manjung, Perak itu sudah bersedia berdepan detik paling dinantikan dalam kerjaya selaku penembak.
Ketika menjadi tumpuan media, baik tempatan dan asing sejak tiba di London, gangguan minda tetap ada tapi jaguh negara berusia 29 tahun itu sudah mengetepikan faktor ini sebaliknya mahu memberi persembahan terbaik untuk negara.

"Saya sudah lama menunggu saat ini. Saya sudah lama bermimpi untuk beraksi di Olimpik. Sekarang saya sudah mendapat peluang itu dan mahu mencatat keputusan terbaik.

"Bukan semua boleh bertanding di temasya ini dan kenapa saya harus melepaskan peluang terbaik ini," katanya selepas menamatkan latihan terakhir di Lapang Sasar The Royal Artillery Barracks Woolwich, semalam.

Pagi ini (kira-kira tiga petang waktu Malaysia) dia akan turun ke gelanggang untuk melakukan 40 bidikan dalam sesi kelayakan acara 10 meter air rifle individu wanita untuk memburu lapan kedudukan teratas daripada 59 penembak untuk layak ke final.

Dia juga harus bangga menjadi wanita pertama untuk mewakili negara dalam acara menembak di Olimpik.
Apabila diajukan persoalan mengenai peluang dia untuk hadir dalam kelompok lapan terakhir, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010 itu sekadar berkata: "Di sini semua 59 penembak ada peluang untuk layak dan saya juga antara mereka."

Tidak dinafikan Suryani masih diganggu dengan komen dan kritikan kenapa dia masih mahu bertanding ketika mengandung anak pertama pada saat getir ini . Tapi dia mahu melupakan isu itu untuk tempoh satu jam 15 minit apabila beraksi dalam pusingan kelayakan, hari ini.

Padanya dia layak atas merit dan itu adalah haknya untuk bertanding di London.

Secara sinis dia berkata: "Kalau saya dapat satu kampit beras kenapa saya nak kasi orang lain. Saya sendiri tak ada beras wajar kampit beras itu saya ambil."

Acara menembak disertai itu adalah yang acara pingat pertama dalam temasya kali ini dan dia harus terbayang Sukan SEA 2011 di Palembang apabila dia juga menyumbang pingat emas pertama untuk negara dalam acara pertama temasya berkenaan.

Sementara itu, kunjungan Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ke lapang sasar, semalam harus menyuntik semangat baru kepada atlit negara itu untuk tampil memberi persembahan terbaik walaupun akur dia menggalas tekanan dalam situasi sekarang.

Thursday, 26 July 2012

Olimpik: Keputusan bola sepak



Kumpulan A
UAE 1 - Uruguay 2 Great Britain 1 - Senegal 1

Kumpulan B
Mexico 0 - Korea Selatan 0
Switzerland 1 - Gabon 1

Kumpulan C
Belarus 1 - New Zealand 0
Brazil 3 - Mesir 2
Kumpulan D
Honduras 2 - Maghribi 2
Sepanyol 0 - Jepun 1

Pemanah Negara Buka Tirai Untuk Malaysia Pada Sukan Olimpik Esok


LONDON, 26 Julai (Bernama) Keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan dan angin kencang di Padang Kriket Lord di sini tidak menjadi penghalang bagi pemanah negara merasai penampilan pada temasya Sukan Olimpik di sini, Jumaat.

Berikutan suhu di pusat London berubah antara 15 dan 20 darjah Celcius pada waktu siang dan menjunam bawah 10 darjah Celcius pada sebelah malam, namum pemanah negara akan berusaha sebaik mungkin untuk memburu pingat pada temasya sukan terbesar dunia.

Pemanah Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin akan membuka saingan pada pusingan ranking acara recurve individu dan berpasukan lelaki manakala pemanah wanita tunggal negara Nurul Syafikah Hashim pada acara recurve individu.

Jurulatih kebangsaan Lee Jae Hyung, ketika ditemui oleh Bernama di pusat latihan di sini hari, mengakui anak buahnya berada dalam keadaan terbaik untuk memulakan cabaran.

"Kami tiba di sini pada 19 Julai lalu dan segera menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini. Ia bukan penghalang untuk kami kerana peserta negara lain turut menghadapi keadaan sama," katanya.

Lee berkata prestasi kesemua pemanah negara semakin bertambah baik dan tidak sabar untuk memulakan saingan pada pusingan ranking.

Beliau berkata hanya Chu Sian mempunyai pengalaman dalam Sukan Olimpik ketika beraksi di Beijing, China, pada 2008 manakala tiga yang lain merupakan penampilan sulung pada sukan berprestij itu.

"Saya tidak risau dengan pasukan lelaki negara kerana Cheng boleh membimbing pemanah junior kita. Saya harap Nurul Syafikah boleh menimba pengalaman apabila bersaing dengan pemanah terbaik dunia," katanya.

Pada pusingan ranking, beliau meramal pasukan negara akan berdepan dengan cabaran sengit daripada pasukan Korea Selatan.

Mengikut ranking dunia semasa, Korea Selatan berada di tangga ketiga manakala Malaysia di tangga ke-10.

"Begitu juga dengan Nurul Syafikah yang akan berdepan dengan pemanah Korea Selatan dan pemanah India yang menggondol emas pada Sukan Komanwel New Delhi pada 2010," katanya.

Pusingan ranking esok bagi menentukan undian untuk acara utama pada hari berikutnya.

-- BERNAMA

Agong Dan Permaisuri Berkenan Melawat Perkampungan Sukan Olimpik

LONDON, 27 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Khamis petang berkenan berangkat melawat Perkampungan Atlet bagi Sukan Olimpik London 2012.

Turut mengiringi lawatan Seri Paduka berdua ialah Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim.

Seri Paduka yang tiba di Perkampungan Sukan yang terletak di daerah Stratford pada pukul 3.15 petang waktu tempatan, meluangkan masa selama satu jam setengah termasuk melawat apartmen yang menempatkan anggota kontinjen Malaysia.

Ketua Kontinjen Malaysia Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid kemudian memberi penerangan kepada Seri Paduka mengenai penginapan atlet Malaysia serta kemudahan yang disediakan di perkampungan tersebut.

Turut menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia Datuk Sieh Kok Chi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, kesemua pengurus pasukan serta beberapa atlet dari sukan terjun dan memanah.

-- BERNAMA

Penganjur Olimpik London minta maaf silap letak bendera

LONDON: Penganjur Sukan Olimpik London hari ini meminta maaf selepas kekeliruan penggunaan bendera Korea Utara yang menyebabkan pasukan bola sepak wanitanya beredar meninggalkan padang sekali gus mencacatkan permulaan temasya berprestij itu.


Gambar pemain pasukan Korea Utara diletakkan di sebelah bendera kebangsaan Korea Selatan pada skrin gergasi ketika perlawanan pembukaan menentang Colombia di Hampden Park, Glasgow, Scotland, semalam.
Skuad Korea Utara beredar meninggalkan padang tetapi dipujuk kembali sejam kemudian apabila nama mereka diumumkan semula dengan wajah setiap pemain diletakkan di sebelah bendera yang betul. - AFP