Published by AIDC
on January 21, 2013
AIDC – Pendedahan bekas pegawai PKR, Syamsul Hidayat Mohd Sharif tentang
BERSIH yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim sebagai senjata terpenting menumbangkan kerajaan menarik diteliti.
Syamsul Hidayat yang merupakan bekas salah seorang staff di ibu
pejabat PKR di Brickfields juga turut dilibatkan sebagai salah seorang
anggota jawatankuasa perhimpunan haram BERSIH 1.0 pada 2007.
Dedahnya, Anwar, Ketua Umum PKR mencetuskan idea demonstrasi jalanan
itu untuk memulihkan sokongan terhadapnya yang semakin menyusut
berbanding dengan reformasi 1998.
Semasa era reformasi 1998, nama Anwar Ibrahim boleh ‘dijual’ untuk
menarik khalayak rakyat, namun selepas dia merengkok dalam penjara untuk
jangka masa 6 tahun, kepopularan namanya mula kian pudar.
Selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada September 2004,
Anwar melakukan proses ‘rehat’ buat sementara dengan berhijrah ke
Amerika Syarikat (AS) selama dua tahun.
Ketika itu, Anwar berulang-alik dari AS ke Kuala Lumpur untuk
melakukan kerja-kerja politik dari tahun 2005 hingga ke penghujung tahun
2007.
Sudah tentu dalam keadaan seperti itu, nama Anwar Ibrahim bukan lagi
sebagai ‘pelaris’ untuk menarik khalayak rakyat, maka perlu dicipta
topeng lain sebagai muka depan untuk menyembunyikan sosok tubuhnya yang
berselindung di sebaliknya.
Syamsul yang juga bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda
Keadilan (PKR) berkata, BERSIH adalah peniruan ‘reformasi 1998′ sebagai
kenderaan Anwar untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang terbukti berjaya
menggulingkan kerajaan Terengganu pada tahun 1999.
“Anwar pertama kali mahu mengadakan BERSIH 1.0 perhimpunan raksasa
pada Nov 2007 untuk membangkitkan penentangan terhadap kerajaan sebelum
pilihan raya umum ke-12.
“Anwar mahu mengklon perhimpunan reformasi tahun 1998,” dedah Syamsul.
Menurutnya, selain BERSIH bermatlamat untuk memarakkan api permusuhan
rakyat dengan kerajaan, ia juga bertujuan untuk mengumpul dana asing.
“Sebelum ini parti itu bergelut untuk membayar gaji kakitangan untuk beberapa bulan.
“Tetapi terima kasih kepada Bersih, PKR tiba-tiba menjadi kaya,” dedahnya lagi.
Selepas PRU 12, sekitar Mei 2008, PKR meninggalkan pejabat lamanya di Brickfields dan berpindah ke pejabat baru,
bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara.
Sebelum itu, sekitar awal Januari 2007, Anwar menjual rumah lamanya
di Damansara dan membeli rumah barunya dikatakan bernilai RM7 juta di
Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Baca selanjutnya, “
Ezam : Kalau Boleh Buat Rumah RM7 juta, Apakah Duit Jadi Persoalan ?”
Klonkan BERSIH
BERSIH 1.0 diadakan pada 10 November 2007, namun perancangannya sudah bermula sejak dua tahun daripada itu.
Dicatatkan secara tersurat dari sesawang
bersih.org,
platform politik bertopeng NGO masyarakat sivil (civil society) itu
bermula dari Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Pembaharuan Pilihan Raya
(
Joint Action Committee for Electoral Reform), yang telah ditubuhkan pada bulan Julai 2005.
Kemudian ia diteruskan dengan bengkel-bengkel reformasi pilihanraya
pada 2006 yang menghasilkan pembentukan Jawatankuasa Komunikasi Bersama (
Joint Communique) yang didalangi oleh 3 NGO hak asasi dan masyarakat sivil iaitu SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), WDC (
Women’s Development Collective) dan WAMI (
Writers Alliance for Media Independence).
BERSIH secara rasminya dilancarkan pada 23 November 2006 di lobi
bangunan Parlimen Malaysia yang dihadiri oleh pemimpin politik
pembangkang dan kumpulan-kumpulan NGO hak asasi dan masyarakat sivil.
Mereka yang hadir adalah Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Sivarasa Rasiah (ketika itu Naib Presiden PKR), Lim Guan Eng (Setiausaha
Agung DAP), Teresa Kok (Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan),
Nasharudin Mat Isa (ketika itu Timbalan Presiden Pas), Salahudin Ayub
(Ketua Pemuda PAS), S. Arutchelvan (SUARAM/Setiausaha Agung PSM), Marina
Chin Abdullah (Pengarah Eksekutif WDC) dan Yap Swee Seng (Pengarah
Eksekutif SUARAM).
Dari BERSIH 1.0 inilah diwarisi pula dengan BERSIH 2.0, BERSIH 3.0,
Janji BERSIH dan paling akhir dijelmakan semula sebagai Himpunan
Kebangkitan Rakyat (HKR).
Melihat kepada nama yang dibariskan di atas terutamanya nama pertama
dan kedua sudah mencerminkan siapakah pemain sebenar di sebalik
penubuhan BERSIH itu.
Lebih menarik lagi, 18 hari selepas penganjuran Himpunan BERSIH 1.0 di Kuala Lumpur,
jurucakap Jabatan Negara AS menyuarakan sokongan terhadap perhimpunan tersebut.
Operasi berselindung di sebalik status tenaga pengajar
Berdasarkan unjuran tahun susur galur idea penubuhan BERSIH dari
Julai 2005, hingga majlis perasmiannya pada November 2006, Anwar ketika
itu berstatus ‘perunding’ yang berulang-alik dari Washington ke Kuala
Lumpur.
Walaupun ketika itu Anwar sudah berhijrah, menetap dan
mempunyai pejabat serta syarikat perniagaan di AS, namun dalam masa sama
Anwar juga mempunyai Pejabat Peribadi Ketua Umum PKR, Seksyen 16, Petaling Jaya, selain pejabat rasmi parti di Brickfields.
Ini membuktikan walaupun pada hakikinya berhijrah ke AS, melakukan
‘operasi tertentu’ berselindung di sebalik status tenaga pengajar, namun
operasi Anwar di AS itu juga ada kaitan dengan kerja-kerja politiknya
di Malaysia.
“Selain memegang beberapa jawatan lain termasuk sebagai pensyarah di
School of Advanced International Studies (SAIS), John Hopkins University
iaitu sebuah lubuk untuk mengkader puppet@petualang paling jijik, dia
(Anwar) juga adalah sebagai perunding kepada Bank Dunia.
“Pada 2007, Anwar menjadi ahli panel pemilih Anugerah Demokrasi (
Democracy Award) untuk
National Endowment for Democracy (NED) yang berpaksikan pegangan
neocon, selain menjadi ahli panel dalam satu majlis penyerahan bantuan (dana) NED.
“Tepat sekali jika dikatakan pergerakan politik pembangkang Anwar di
Malaysia mendapat sokongan daripada gerombolan-gerombolan petualang
tersebut (
globalist) yang beliau dampingi sejak sekian lama”,
dedah Tonny Cartalucci, penyelidik AS yang berpangkalan di Thailand
dalam rencananya bertajuk “
CIA Coup Army Uncovered in Asia”
Tepat sekali seperti yang dijelaskan oleh Ezam Mohd Nor,
Anwar berhijrah ke AS bukan sekadar atas faktor duit untuk dirinya, tetapi faktor yang lebih besar untuk mendapat ‘naungan politik’ daripada musuh-musuh Islam di AS.
“Bagi saya, itu adalah pilihannya. Hanya kerana semata-mata untuk
mendapat dokongan dan pengaruh daripada kuasa asing untuk berhadapan
dengan kerajaan dalam negara ini apabila dia sudah tidak lagi mendapat
tempat dalam pemerintahan negara ini.
“Jadi, manusia seperti Anwar ini, keseluruhan hidupnya hanyalah untuk
menjadi Perdana Menteri dan dia sanggup melakukan apa sahaja.
“Tentunya pihak Zionis suka kepada orang yang sebegini. Seorang yang
mereka tahu apa hobinya. Mereka tahu apa cita-citanya dan mereka tahu
orang ini sanggup berkompromi apa sahaja. Meletakkan agama, bangsa dan
negaranya di belakang hobi, cita-cita dan masalah peribadinya,” kata
Ezam.
Bacaan lanjut, sila baca, “
Di Sebalik Status Anwar Sebagai Pengajar“, “
Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (2)“, “
Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (3)” dan “
Di Sebalik Status Tenaga ‘Pengajar’, Siapakah Anwar Ibrahim ?”
Tonny Cartalucci, dalam artikelnya, “
A foreign-funded movement for a foreign-serving agenda“, meletakkan bukti foto penglibatan Anwar dalam majlis penganugerahan “
Democracy Award 2007” tajaan NED di Washington sebagai bukti kukuh bahawa Anwar Ibrahim adalah
globalist-stooge (boneka globalist).
‘
Globalist-stooge, merujuk kepada tokoh yang dipilih untuk diperalatkan (
puppet)
oleh sekumpulan globalist, iaitu sekumpulan tokoh Barat (seperti George
Soros) yang bercita-cita mahu ‘menawan dunia’ untuk merealisasikan
polisi ekonomi asing dan menjayakan
New World Order(NWO).

Bukti rakaman foto itu diambil dari buletin ‘NED News and Events‘ 2007.
Bagi pengkaji Barat, jika seseorang tokoh luar dari AS seperti Anwar
berjaya dibuktikan terlibat dengan NED, badan boneka kepada CIA, ini
merupakan kunci penting untuk mengesahkan seseorang itu menjadi tali
barut pihak asing.
“Banyak yang telah kita lakukan pada hari ini secara rahsianya telah dilakukan 25 tahun dahulu oleh CIA,” kata
Allen Weinstein, penggubal undang-undang NED, di mana ia berperanan dengan lebih meluas menggunakan ranting-rantingnya termasuk NDI (
National Democratic Institute for International Affairs), IRI (
National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (
Center for International Private Enterprise) dan ACILS (
American Center for International Labor Solidarity).
Tonny Cartalucci dalam rencana bertajuk “
BOMBSHELL: US Caught Meddling in Russian Elections!”
turut menamakan Freedom House sebagai salah satu ranting NED yang
bersekutu dengan badan-badan kepunyaan penyangak mata wang Yahudi,
George Soros, termasuk OSI (
Open Society Institute), FIDH (
International Federation for Human Rights) Reporters Without Borders (US Chapter) dan AI (
Amnesty International) untuk operasi menawan dunia, yang dinamakan ‘
Regime Change‘.
Dalang di sebalik BERSIH
Pada tahun 2006, NDI, mengaku mengadakan bengkel latihan untuk
menyemarakkan pergerakan Bersih di Malaysia, namun setelah penglibatan
badan AS itu mula terbongkar, bukti dari laman rasmi ndi.org itu telah
dipadamkankan, begitulah pendedahan Tonny Cartalucci dalam rencananya
bertajuk “
Wall Street Fills Malaysian Streets With Unrest“.
NDI adalah salah satu cabang NED yang dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Negara AS,
Madeline Albright, merupakan salah seorang tokoh Yahudi yang lantang membela Anwar sejak September 1998.
Ini adalah bukti kenyataan dari laman rasmi NDI sebelum dipadamkan.

Dalam bukti dokumen di atas, NDI mengaku menganjurkan bengkel-bengkel BERSIH di Malaysia bekerjasama dengan
badan pemikir DAP, REFSA (
Research For Social Advancement).
“Pada bulan Julai 2005, NDI menganjurkan bengkel peringkat kebangsaan
kepada pemimpin parti mengenai reformasi pilihan raya. NDI telah
menjalankan bengkel-bengkel di seluruh Malaysia dengan bekerjasama
dengan REFSA, sektretariat BERSIH.
“Pada tahun 2006, NDI menjalankan bengkel-bengkel untuk BERSIH dengan
fokus untuk memperbaiki pelan tindakan penglibatan setiap organisasi
atau parti politik.
“Pada tahun 2007, NDI dan BERSIH menjalankan siri-siri bengkel di
wilayah politik yang diabaikan di Sabah dan Sarawak untuk memberi
pendidikan hak-hak undang-undang dan aspirasi politik,” lapor laman
rasmi NED sebelum dipadamkan.
Bandingkan kenyataan rasmi NDI dengan kenyataan
BERSIH dan bukti bergambar yang disiarkan oleh organ parti Keadilan, Suara Keadilan, terbitan 28 November – 12 Disember 2006.

Salah satu bengkel NDI kepada 30 pemimpin PKR di Kuala Lumpur pada 20 November 2006.
Suara keadilan melaporkan 30 pemimpin-pemimpin PKR menghadiri kursus
NDI pada 20 November 2006, di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala
Lumpur.
Antara yang hadir adalah Dr Xavier Jayakumar, Mustafa Kamil Ayub,
Kamarul Baharin Abbas, Sivarasa Rasiah, Khalid Ibrahim, Johari Abdul,
Amiruddin Shaari, Haniza Talha dan lain-lain.
Sebelum ini, Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar
pernah mengemukakan bukti-bukti tentang penglibatan Anwar dengan NED dan
Soros.
Antara yang dibongkar adalah
surat-surat Anwar kepada Carl Gershman, Presiden NED, bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007.

surat Anwar kepada Presiden NED bertarikh 18 Jun 2007

Surat Anwar kepada Presiden NED bertarikh 29 Julai 2007
Satu lagi dokumen yang dibongkarkan bertajuk “
The Institute For Democracy And Reform (INDEFOR)”, Initiative for Electoral Reform and Monitoring Malaysia 2006-2008 yang juga dihantar kepada NED.

Berdasarkan pendedahan-pendedahan dokumen di atas, jelaslah walaupun
Anwar secara fizikalnya berada di AS, namun apa yang berlaku sekitar
tahun 2005 – 2007 adalah di bawah kawalannya.
Dan ini terbukti, apabila perhimpunan BERSIH 1.0 dianjurkan di Kuala
Lumpur pada 10 November 2007, Anwar difokuskan oleh media Barat sebagai
penganjurnya.
Nama BERSIH & Rakyat perisai lindungi kerja kotor
Dr Sulaiman Noordin menyifatkan
pemilihan nama berbentuk positif seperti BERSIH dan Rakyat adalah sebagai perisai untuk melindungi agenda kekotoran di sebalik nama itu.
Sambil memetik kata-kata
Phill Agee, bekas pegawai CIA, Dr Sulaiman mendedahkan bagaimana badan perisikan AS berjaya
mengeksploitasi slogan ‘People Power’ atau ‘Kuasa Rakyat’ untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
“Lihat betul-betul sejarah penubuhan BERSIH ini….BERSIH pun ada di
Filipina, di Thailand dan di Indonesia (meskipun namanya berbeza). Di
sana dinamakan ‘
people power’ iaitu ‘kekuatan rakyat’.
“Yang lebih bahaya lagi pertubuhan bersih di Filipina atau Thailand dibantu oleh pertubuhan (yang) namanya NED,
National Endowment for Democracy. Yang sebenarnya (NED) adalah satu pertubuhan topeng bagi CIA.
“(Selepas itu) NED memberi wang kepada topengnya yang kedua (yang)
namanya, NDI (National Democracy Institute), iaitu cawangan daripada
NED.
“NDI dikepalai oleh Madeline Al Bright dan kawannya Soros dan ada tokoh-tokoh Yahudi yang lain.
“Rakyat Malaysia sudah tahu, bahawa dua tokoh itu, Madeline Albright
dan Soros (adalah) penyokong kuat PKR (sejak dari) tahun 1990-an”,
katanya.
Dr Sulaiman merupakan bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum Universiti
Kebangsaan Malaysia, merupakan seorang penyelidik yang pernah menulis
buku “Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara” (1994).
Teknik menggunakan demonstrasi jalanan sebenarnya kepakaran
Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1970-an lagi.
Barangkali kerana kepakaran itu, Anwar dilantik membina tapak protes rakyat kepada kerajaan melalui NGO yang dikenali
Foundation For The Future (FFF).
FFF di Timur Tengah
seumpama BERSIH di Malaysia, iaitu mensasarkan golongan masyarakat sivil (
civil society) sebagai teras agenda mereka.
Kompenan-kompenan masyarakat sivil yang diperkasakan Anwar dalam FFF
adalah golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kumpulan
kebebasan dalam beragama dan kebebasan dalam seksual, LGBT, Lesbian,
Gay, Biseksual dan Transgender.
Meneliti satu dokumen minit mesyuarat FFF di Manama, Bahrain
bertarikh 30 Mei 2007 yang dilampirkan di bawah mendedahkan peranan
Anwar dalam memperkasakan kumpulan masyarakat sivil itu.
Dalam minit itu, walaupun Anwar dilantik sebagai pengerusi, namun pemain sebenar adalah Shaha Ali Reza, wakil Jabatan Negara AS.
Satu badan yang dinamakan Eurasia Foundation pula ditugaskan untuk
menyediakan pelan bertindak asas operasi FFF berdasarkan pengalamannya
berjaya menyuntik gerakan demokrasi di negara-negara bekas Soviet Union.
Turut didedahkan bagaimana peranan
Eurasia Foundation, badan tajaan USAID (
United States Agency for International Development) yang sudah dikenali umum sebagai topeng untuk operasi-operasi
covert CIA dalam membantu agenda Anwar memperkasakan demokrasi di Timur Tengah.
FFF inilah perintis jalan kepada Arab Spring yang berlaku secara meluas di Timur Tengah.