Showing posts with label DUNIA. Show all posts
Showing posts with label DUNIA. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Obama angkat sumpah di White House

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang memulakan penggal kedua pemerintahannya secara rasmi pada Ahad, mengangkat sumpah dalam satu upacara ringkas di Bilik Biru White House.

Majlis angkat sumpah itu disempurnakan oleh ketua hakim negara, John Roberts dan disaksikan oleh isteri Obama, Michelle dan dua anak perempuannya.

Ketika membacakan ikrar sumpah jawatannya, Obama bertekad untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan Amerika Syarikat.

Satu upacara angkat sumpah di khalayak akan dilangsungkan pada Isnin.

Dijangkakan seramai 800 ribu orang akan menghadiri majlis berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden mengangkat sumpah di Naval Observatory, kediaman rasmi beliau di Washington.

Upacara angkat sumpah Biden itu disempurnakan oleh hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor./

Biden dikelilingi oleh anggota keluarga dan kenalan rapatnya ketika upacara itu berlangsung.

PM @najibrazak bakal membuat lawatan ke Gaza

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat lawatan ke Gaza minggu ini, dimana lawatan ini dianggap sebagai lawatan yang jarang dilakukan oleh pemimpin asing ke wilayah Palestin yang daif.

Menurut seorang pembantu kepada Perdana Menteri yang tidak mahu dikenali, Najib akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dan beberapa pegawai lain untuk lawatan satu hari itu pada hari Selasa.

Pembantu tersebut enggan memberi butiran lanjut atau tujuan lawatan tersebut dengan mengatakan kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada hari Isnin.

Di Gaza, pegawai rasmi memberitahu bahawa Najib akan tiba dari Mesir melalui sempadan lintasan Rafah dan akan berjumpa dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniya sebelum mengadakan satu siding akhbar bersama.

Lawatan ini turut meliputi lawatan ke hospital Shifa yang terletak di bandar utama Gaza serta bangunan parlimen di sana.

Semasa konflik di Gaza November lepas, Najib menggesa kuasa-kuasa antarabangsa untuk memastikan Israel memberhentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri turut mengatakan bahawa Malaysia amat prihatin dengan krisis ini dan sedia membantu dalam bentuk apa sekali pun. Beliau turut menggesa Hamas iaitu gerakan Islam yang memerintah Gaza supaya mengelakkan diri daripada membuat tindakan yang akan menyebabkan konflik ini bertambah buruk.

Satu gencatan senjata antara Israel dan Hamas menamatkan pertelingkahan pada 14 hingga 21 Novmber lalu aygn menyebabkan 177 rakyat Palestin terbunuh termasuk 100 orang awam, enam penduduk Israel, empat orang awam dan dua tentera.

Emir Qatar, Sheikh Hamid Khalifa al-Thani membuat lawatan mercu tanda pada Oktober lepas ke Gaza dimana ia merupakan lawatan pertama oleh seorang pemimpin negara sejak Hamas mengambil alih wilayah itu pada 2007.



Kereta asal 'Batman' dijual

US:
Kereta asal "Batman" yang digunakan dalam siri tv-nya pada tahun 1960-an telah dijual pada USD 4.6 juta (RM 13 juta) .

Kereta hitam ikonik itu yang berkonsepkan "Lincoln Futura" dibina pada 1955.

Dibina sepenuhnya dengan tenaga manusia pada harga USD 250 ribu (RM758 ribu) kereta itu kemudian diubah suai oleh George Barris untuk menjadi kereta "Batman" pada 1965.

Barris telah berbelanja sebanyak USD 15 ribu (RM 45 ribu) untuk ubah suai selama 15 hari dan memiliki kereta tersebut sehingga kini.

Kereta itu dibeli peminat "Batman" Rick Champagne di rumah Bida Barrett-Jackson, Arizona sabtu lalu.

Siri tv "Batman" yang bersiaran selama tiga musim sejak Januari 1966 dibintangi Adam West.


Sunday, 13 January 2013

'Amour' raih filem bahasa asing terbaik Anugerah Golden Globe



BEVERLY HILLS: Filem Austria “Amour” memenangi anugerah berprestij Golden Globe bagi Filem bahasa Asing Terbaik yang diumumkan sebentar tadi.

Pencalonan lain bagi anugerah itu ialah “Rust and Bone,” “The Intouchables,” “A Royal Affair” and “Kon-Tiki.”
Anugerah ke-70 Golden Globe disiarkan secara langsung dari Hotel Beverly Hilton, di Beverly Hills yang dihoskan oleh Tina Fey dan Amy Poehler. - AP

Thursday, 10 January 2013

Jet Pejuang Jepun Serang Pesawat China.

 
alt
 
TOKYO 11 Jan. - Jepun mengerahkan beberapa jet tempur tenteranya untuk menghalau sejumlah pesawat tentera China yang memasuki ruang udara kawasan pertikaian di Laut China Timur, semalam.

Rangkaian televisyen Fuji TV yang memetik kenyataan pegawai kerajaan Jepun melaporkan, pesawat China itu dikesan oleh radar tentera Jepun apabila memasuki ruang udara kepulauan Senkaku yang dikenali sebagai Diaoyu di China.

Laporan itu menyebut, pesawat tempur China itu beredar sebaik sahaja jet perang F-15 tentera udara Jepun yang berlepas dari pangkalan udara pulau Okinawan tiba di kawasan pertikaian tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Jepun enggan mengulas lanjut insiden tersebut. - Foto : Reuters

Sunday, 6 January 2013

Ibu bapa AS bekal pelajar ves kalis peluru

BOGOTA - Sebuah firma Colombia yang pakar dalam menghasilkan ves kalis peluru kini mula menghasilkan pakaian berperisai untuk pelajar ekoran permintaan yang meningkat di kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS).

Pemilik kilang, Miguel Caballero berkata, beliau tidak sama sekali terfikir untuk menghasilkan pakaian perlindungan bagi kanak-kanak sehingga adanya permintaan ekoran tragedi menembak di Sandy Hook Elementary School, Connecticut bulan lalu.

"Selepas tragedi di Connecticut, kami mula terima e-mel daripada pelanggan yang mahu disediakan (pakaian) perlindungan kerana mereka bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah," kata Caballero.

"Kami ada menerima mesej dari seluruh Amerika Syarikat," kata pengarah pemasaran firmanya, Giovanni Cordero.
Produk keluaran syarikat direka khas untuk kanak-kanak berusia lapan hingga 16 tahun dan berharga AS$150 hingga AS$600 (RM450 hingga RM900) bergantung pada kerumitan proses penghasilan.

"Produk ini dihasilkan khas untuk pasaran rakyat Amerika, bukan pasaran Amerika Latin," kata Caballero.

Selain di Colombia, ves untuk orang dewasa dijual di 20 buah negara termasuk  Ecuador, Costa Rica dan Mexico. Firma itu juga memasarkannya di Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Tuna 'Bluefin' RM5 juta

Presiden restoran Sushizanmai, Kiyoshi Kimura (tengah) memotong ikan tuna 'bluefin' seberat 222kg, yang dibeli dengan harga RM5.1 juta ketika lelongan pertama tahun 2013 di Tsukiji Market, Tokyo, Jepun semalam. - Foto EPA



Saturday, 5 January 2013

Amaran tsunami dikeluarkan di tenggara Alaska, British Columbia



Gempa bumi itu dikesan pada jarak 100 kilometer (km) barat daya Pelabuhan Alexander, selatan Alaska.
Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, kejadian jam 8.58 pagi (waktu tempatan) itu dicatatkan pada kedalaman 10 km.


Katanya, gempa bumi yang dicatatkan pada magnitud 7.7 di peringkat awal merosot kepada 7.5 magnitud kemudiannya. - Reuters

Sunday, 29 July 2012

India bantah penceroboh pada majlis pembukaan Olimpik

NEW DELHI: India mengemukakan bantahan terhadap penganjur Sukan Olimpik London selepas seorang wanita misteri tiba-tiba menyertai perarakan kontinjen negara itu pada majlis pembukaan temasya berprestij berkenaan, lapor media hari ini.

Saturday, 28 July 2012

Pecut: Josiah diketepi

pix_gal0 London: Kem Malaysia semalam, memutuskan pelumba sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang sebagai pelumba utama bagi kedua-dua acara keirin dan pecut sekali gus mengetepikan Josiah Ng.

Josiah, pelumba yang turut berpotensi menyumbang pingat bagi acara pecut Sukan Olimpik London, diletakkan sebagai pelumba simpanan bagi acara itu.

Acara berbasikal trek yang menjadi sandaran pingat bagi Malaysia akan bermula pada 4 Ogos, keirin pula tiga hari kemudian.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Jun lalu memutuskan Josiah akan menggalas cabaran acara pecut - dengan Azizulhasni sebagai pengganti dalam acara pecut dan menjadi pelumba utama acara keirin.

Thursday, 26 July 2012

Olimpik: Keputusan bola sepak



Kumpulan A
UAE 1 - Uruguay 2 Great Britain 1 - Senegal 1

Kumpulan B
Mexico 0 - Korea Selatan 0
Switzerland 1 - Gabon 1

Kumpulan C
Belarus 1 - New Zealand 0
Brazil 3 - Mesir 2
Kumpulan D
Honduras 2 - Maghribi 2
Sepanyol 0 - Jepun 1

Pemanah Negara Buka Tirai Untuk Malaysia Pada Sukan Olimpik Esok


LONDON, 26 Julai (Bernama) Keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan dan angin kencang di Padang Kriket Lord di sini tidak menjadi penghalang bagi pemanah negara merasai penampilan pada temasya Sukan Olimpik di sini, Jumaat.

Berikutan suhu di pusat London berubah antara 15 dan 20 darjah Celcius pada waktu siang dan menjunam bawah 10 darjah Celcius pada sebelah malam, namum pemanah negara akan berusaha sebaik mungkin untuk memburu pingat pada temasya sukan terbesar dunia.

Pemanah Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin akan membuka saingan pada pusingan ranking acara recurve individu dan berpasukan lelaki manakala pemanah wanita tunggal negara Nurul Syafikah Hashim pada acara recurve individu.

Jurulatih kebangsaan Lee Jae Hyung, ketika ditemui oleh Bernama di pusat latihan di sini hari, mengakui anak buahnya berada dalam keadaan terbaik untuk memulakan cabaran.

"Kami tiba di sini pada 19 Julai lalu dan segera menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini. Ia bukan penghalang untuk kami kerana peserta negara lain turut menghadapi keadaan sama," katanya.

Lee berkata prestasi kesemua pemanah negara semakin bertambah baik dan tidak sabar untuk memulakan saingan pada pusingan ranking.

Beliau berkata hanya Chu Sian mempunyai pengalaman dalam Sukan Olimpik ketika beraksi di Beijing, China, pada 2008 manakala tiga yang lain merupakan penampilan sulung pada sukan berprestij itu.

"Saya tidak risau dengan pasukan lelaki negara kerana Cheng boleh membimbing pemanah junior kita. Saya harap Nurul Syafikah boleh menimba pengalaman apabila bersaing dengan pemanah terbaik dunia," katanya.

Pada pusingan ranking, beliau meramal pasukan negara akan berdepan dengan cabaran sengit daripada pasukan Korea Selatan.

Mengikut ranking dunia semasa, Korea Selatan berada di tangga ketiga manakala Malaysia di tangga ke-10.

"Begitu juga dengan Nurul Syafikah yang akan berdepan dengan pemanah Korea Selatan dan pemanah India yang menggondol emas pada Sukan Komanwel New Delhi pada 2010," katanya.

Pusingan ranking esok bagi menentukan undian untuk acara utama pada hari berikutnya.

-- BERNAMA

Penganjur Olimpik London minta maaf silap letak bendera

LONDON: Penganjur Sukan Olimpik London hari ini meminta maaf selepas kekeliruan penggunaan bendera Korea Utara yang menyebabkan pasukan bola sepak wanitanya beredar meninggalkan padang sekali gus mencacatkan permulaan temasya berprestij itu.


Gambar pemain pasukan Korea Utara diletakkan di sebelah bendera kebangsaan Korea Selatan pada skrin gergasi ketika perlawanan pembukaan menentang Colombia di Hampden Park, Glasgow, Scotland, semalam.
Skuad Korea Utara beredar meninggalkan padang tetapi dipujuk kembali sejam kemudian apabila nama mereka diumumkan semula dengan wajah setiap pemain diletakkan di sebelah bendera yang betul. - AFP

Tuesday, 24 July 2012

Warna Jalur Gemilang di Empire State Building


NEW YORK: Satu daripada mercu tanda terkenal New York, Empire State Building (ESB), akan menghormati Malaysia sebagai antara negara yang menyertai Sukan Olimpik London dengan menyinari ke langit warna Jalur Gemilang.

Warna merah, putih dan biru bendera negara akan disinari di bahagian timur menara berkenaan pada 9 Ogos.
Ini kali kedua sinaran warna Jalur Gemilang dipancarkan, kali pertama ketika Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan.

Kali ini ia dilakukan dalam usaha ESB untuk memancarkan setiap malam warna bendera negara-negara yang mengambil bahagian dalam Olimpik London, di bahagian utara, selatan, timur dan barat menaranya, masing-masing dengan warna bendera empat negara setiap malam.

"Kami berbangga untuk menyinari lampu menara ikonik kami bagi meraikan negara yang bertanding di London," kata pegawai ESB, Anthony E Malkin.

ESB meraikan banyak acara komuniti dunia dengan pencahayaan ikoniknya.

Seorang jurucakapnya menyatakan cahaya menara ESB mengiktiraf kejayaan, acara, pertubuhan kebajikan, negara dan cuti umum di seluruh dunia, tetapi bukan meliputi acara politik atau keagamaan.
ESB dimiliki oleh Empire State Building Company, LLC (ESBC); tidak seperti kepercayaan ramai bahawa ia dimiliki dan ditadbir oleh bandar raya atau negeri New York.

“Program rakan kongsi pencahayaan ESB secara rasmi diwujudkan selepas ejen pengurusan terdahulu digantikan pada Ogos 2006. Polisi dan amalannya tertakluk kepada perubahan yang dipersetujui pemiliknya," kata jurucakap berkenaan.

Menurut ESB, ramai pelawat asing termasuk dari Asia Tenggara datang melawat menara berkenaan.

Ramai pengunjung dari Malaysia berkata kunjungan mereka ke menara berkenaan sama seperti menaiki Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk melihat pandangan menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Ramai daripada mereka teruja apabila mendapat tahu menara ini terkenal dengan pembikinan filem block-buster Hollywood, King Kong.

ESB turut dilawati negarawan, kenamaan, diplomat, tokoh industri, selebriti Hollywood dan Bollywood serta pelancong dari serata dunia. - BERNAMA

Monday, 23 July 2012

ANUGERAH IKON SOSIAL MEDIA MALAYSIA 2012 SATU KEJAYAAN

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Bertempat di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, seramai sembilan ikon Media Sosial atau media baru menerima anugerah mereka dalam Anugerah Ikon Media Sosial Malaysia 2012 kali pertama diadakan. Majlis itu adalah anjuran Teh Tarik Bersama YB, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Satu Agenda, Power Success Marketing dan Sahabat Media Melaka Kini dan ia adalah satu kejayaan dengan kehadiran lebih 300 orang tetamu.

Majlis anugerah itu diadakan untuk memberikan penghargaan kepada para penggiat media sosial yang memberikan kesan dan perubahan besar dalam masyarakat hasil daripada penggunaan media baru itu. Bukan mudah bagi mereka untuk menggunakan media baru pada masa sama  membawa perubahan kepada masyarakat dan orang ramai. Majlis pada malam itu dinaungi oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri oleh Penasihat Satu Agenda Datuk Ismail Kijo dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.
Gemilang malam anugerah itu turut diserikan dengan persembahan dari penyanyi suara emas Jack Dzull dan juga seorang penyanyi yang bakatnya dicungkil dari laman media sosial youtube Tasha Mashahar bagi menghiburkan tetamu yang hadir. Lebih menarik, meja yang tersedia untuk tetamu dinamakan mengikut tema gajet media sosial seperti iPad, iPhone, Blackberry, Galaxy Tab dan banyak lagi gajet yang berkaitan.
Suasana pada malam itu juga memang meriah tambahan lokasinya terletak di sebuah restoran yang lama sudah berada di ibu negara Kuala Lumpur itu. Semua orang bergembira dengan aturcara yang disusun demi menghargai penggiat media sosial. Sebelum penerima diberikan anugerah,  video mengenai kejayaan dan perubahan yang dilakukan ditayangkan di skrin sebelum anugerah disampaikan di atas pentas.


Turut memenangi anugerah pada malam itu ialah Ahili Dewan Undangan Negeri Kuah, Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad, Antara penerima lain  ialah Jerry Ho (ikon e-dagang),Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) yang menerima anugerah ikonpelancongan, Kieth Ng (pendidikan), Sen Ze (perniagaan), Information TechnologyYouth Movement (pergerakan belia), MFace (hiburan), Azli Paat (video) dan Priscilla Presley Ng (aplikasi). Dalam sidang media selepas malam anugerah itu, Tetamu kehormat Datuk Seri Mohd Ali berkata kemungkinan untuk menubuhkan satu Akademi Media Sosial akan direalisasikan dan kerajaan negeri Melaka bersedia menyediakan sebuah bangunan khas untuk fungsi Akademi itu nanti.
Selain itu, kesan, majlis Anugerah Ikon Media Sosial Malaysia itu juga akan dilihat untuk menjadikannya acara tahunan selepas ini bagi terus memperkasa dan menggalakkan lagi ramai individu menyertai penggiat lain menggunakan media sosial untuk menyebarkan ilmu, faedah, manfaat dan kebaikan demi agama., bangsa dan negara

Sunday, 22 July 2012

Harga minyak Asia jatuh AS$90 setong

BANGKOK: Harga dagangan minyak Asia jatuh kepada AS$90 setong hari ini dengan unjuran permintaan minyak mentah lemah berikutan masalah ekonomi yang dihadapi eropah dan China.

Penanda aras kontrak hadapan minyak mentah New York Mercantile Exchange bagi September susut AS$1.45 pada AS$90.39 setong pada waktu tengah hari.
Bagi minyak mentah Brent, ia juga susut kepada AS$1.22 pada AS$91.44 setong.

Unjuran ekonomi global yang tidak memberangsangkan dijangka teruk susulan laporan yang dikeluarkan hujung minggu berkata, penasihat bank pusat China menjangkakan ekonomi kedua terbesar dunia itu akan mengalami kelembapan pada suku ketiga tahun ini. - AP

Tuesday, 10 July 2012

Malaysia Gesa Negara Asia-Pasifik Sokong Rundingan Damai Palestin-Israel

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Malaysia menggesa negara Asia-Pasifik supaya terus menyokong usaha diplomatik oleh Kuartet Timur Tengah untuk mempercepatkan rundingan damai antara Palestin dan Israel.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar (Hubungan Dua Hala) Datuk Husni Zai Yaacop berkata setiap negara perlu menjadi sebahagian daripada usaha global, bersepadu dan selaras ini sebagai masyarakat sivil untuk merealisasikan aspirasi sah rakyat Palestin dan komuniti antarabangsa.

"Kita perlu terus peka terhadap usaha oleh Jawatankuasa Mengenai Pelaksanaan Hak yang Tidak Terpisah Penduduk Palestin (CEIRPP) terutamanya untuk meningkatkan kesedaran antarabangsa dari semua aspek berhubung persoalan bagi Palestin, menggalakkan sokongan antarabangsa dan bantuan kepada rakyat Palestin serta untuk menamatkan penderitaan penduduk Palestin.

"Oleh itu, kita perlu terus mewujudkan dan meningkatkan kesedaran awam mengenai perjuangan penduduk Palestin," katanya semasa Mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Asia dan Pasifik Dalam Menyokong Perdamaian Israel-Palestin di Bangkok, Thailand pada Selasa.



-- BERNAMA

ulasan PM berkenaan Lawatan dua Senator Amerika Syarikat Ke malaysia

(Petikan dari Laman FB PM ) 


Saya amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada dua Senator Amerika Syarikat yang terkemuka di Putrajaya bulan lepas. Senator John McCain dan Joe Lieberman kedua-duanya telah memberikan ulasan yang amat baik terhadap Malaysia, terutamanya dalam usaha kami untuk mentransformasikan keadaan ekonomi, politik dan sosial negara. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk semua – pencapaian yang merangkumi usaha-usaha dan kerjasama antara semua rakyat, dan telah mendapat iktiraf rakan-rakan kita dari Negara luar.

Lawatan kedua-dua senator memperlihatkan hubungan negara kita dengan Amerika Syarikat yang kekal erat dan terikat oleh nilai-nilai dan kepentingan strategik yang dikongsi bersama. Dari segi ekonomi, mereka terus menjadi salah satu daripada rakan perdagangan yang terbesar bagi Malaysia, iaitu berjumlah sehingga RM127 bilion setahun. Terdapat lebih daripada 600 badan perniagaan dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia, dan ramai lagi berminat untuk melabur di Malaysia tahun ini. Perkongsian ilmu turut merupakan aspek penting dalam hubungan antara kedua-dua negara -Sebagai contoh, pengenalan kepada reformasi pendidikan di negara kita baru-baru ini untuk menyelesaikan kadar keciciran telah diilhamkan dari Amerika Syarikat.

Ikatan ini beerti hubungan yang kukuh antara kedua-dua negara di samping kesusahan yang dialami setiap pelusuk dunia. Ini diperlihat melalui pelbagai kerja amal yang dilakukan oleh sukarelawan dari Peace Crops Organization yang bertujuan untuk menaikkan punca rezeki rakyat Malaysia. Usaha ini bermula semenjak 50 tahun lalu, dimana ayahanda saya Allayarham Tun Abdul Razak telah memberi sambutan kepada 36 sukarelawan. Nombor ini terus berkembang dan setakat ini 3500 sukarelawan dari Amerika Syarikat telah berkhidmat dan berkerjasama dengan rakyat Malaysia untuk menambahbaik kehidupan semua termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Malaysia juga mempunyai banyak yang boleh ditawarkan kepada Amerika Syarikat dan dunia. Model agama Islam kita yang mengamalkan kesederhanaan adalah suatu pendorong untuk kebaikan – dan kerana kebaikan inilah saya membuat keputusan untuk menubuhkan Pergerakan Moderat Global di mana semua agama bersatu dalam satu suara untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang membelenggui dunia. Di dalam negara pula, falsafah yang berpandukan kepada 1Malaysia telah membolehkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik dan agama untuk bergerak bersama mengejar impian dan aspirasi kita sebagai satu bangsa. Dan ianya merupakan satu falsafah yang saya harap semua rakan-rakan masyarakat antarabangsa kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Keunikan budaya dan sejarah kita inilah yang telah menjadikan Malaysia seperti mana kita berada sekarang – begitu jugalah dengan Negara-negara barat yang berjuang untuk mempertahankan tradisi masing-masing. Oleh itu kita akan sentiasa berpendirian teguh terhadap prinsip dan nilai fundamental kita. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat merupakan ikatan yang kuat kerana sifat penerimaan dan saling hormat-menghormati terhadap perbezaan kita, di samping berusaha untuk mengenalpasti objektif sepunya kedua-dua Negara. Saya yakin bahawa perhubungan yang saling memanfaati satu sama lain ini akan mendorong kepada kemajuan dan pencapaian matlamat kemajuan bagi dekad yang lalu, akan terus memanfaati satu sama lain bagi dekad-dekad akan datang.

http://1malaysia.com.my/my/blog/malaysias-mutually-beneficial-relationship-with-the-united-states/

Tuesday, 3 July 2012

Brazil Kenakan Cukai Baru Terhadap Motosikal, Ketuhar Gelombang Mikro & Penyaman Udara

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kerajaan Brazil menyemak semula Cukai Produk Industri bagi motosikal, ketuhar gelombang mikro dan penyaman udara import, menaikkan cukai sebanyak 35 peratus mulai Oktober, satu langkah yang boleh dimanfaatkan pengeluar produk berkualiti tinggi Malaysia.

Walaupun mengalami kenaikan harga, adalah dijangka jualan produk yang diimport ini tidak akan berkurangan dengan ketara berikutan permintaan daripada golongan berpendapatan tinggi dan kumpulan mewah dengan kapasiti pembelian yang lebih tinggi.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata berikutan langkah itu, pengeluar Malaysia mungkin boleh mengambil kesempatan ke atas ketiga-tiga barangan ini dengan penawaran harga yang lebih tinggi, kualiti lebih baik dan produk eksklusif.

Pelabur-pelabur baru akan mempunyai peluang yang baik, mengambil kira prosedur dan tarif import baru untuk memastikan mereka mampu untuk mengambil kesempatan terhadap pelaburan mereka, demikian menurut agensi penggalakan perdagangan negara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Brazil menaikkan cukai bagi ketiga-tiga barangan berkenaan berikutan permintaan pengeluar mereka untuk mengurangkan persaingan daripada produk asing terutamanya dari Asia serta Eropah dan kesan import ini menjejaskan keuntungan mereka.

-- BERNAMA

Yasser Arafat mati diracun bahan polonium

DOHA 4 Julai - Kematian Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai berpunca akibat diracun menggunakan bahan polonium, menurut kajian makmal di Switzerland.
Laporan agensi televisyen Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud berkata, analisis tersebut dilakukan terhadap sampel biologi Arafat yang diberi oleh balunya, Suha Arafat.
“Kesimpulan daripada ujian yang dijalankan, kami mendapati terdapat unsur-unsur racun polonium dalam sampel Allahyarham," katanya. - AFP