Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Kalimah Allah Drama: Clash Between Syura Council-Karpal Singh Is Sickening


Pakatan Rakyat still could not find any solution towards Kalimah Allah issue. Even the media kept on publishing statements between Syura Council members and Karpal Singh which kept on hitting one another.
Syura Council considered that the issue is finished after they made the decision where Kalimah Allah cannot be used in any Christian Bible and the decision only subjected to PAS members.
However, Karpal denied the claim saying that it is over, as long as Syura Council do not clearly state the approval to allow kalimah Allah to be used in Bibles as well as accepting the fact that Syura Council do not have any rights to voice out their opinion in Pakatan Rakyat, only in PAS.
Looking at this matter in detail, we will find that this issue has been solved a long time ago for Pakatan Rakyat.
This is because Syura Council themselves stressed that the decision is only subjected to PAS members, even though there is no way any PAS members are involved in translating and printing Malay-language Bibles.
At the same time, Syura Council did not exactly stop, and they do not have any rights to stop any DAP members or anyone else to ban anything, like what was stated by Karpal Singh.
This means, both sides have came to an agreement that kalimah Allah can be used in Bibles, except for PAS members.
Thus, the argument between Syura Council and Karpal Singh in the media is just another drama, scripted and filled with subliminal messages.
Just like the issue on hudud, this kalimah Allah issue is yet another one of PR’s endless telenovela, even though it is over where PAS had to obey to DAP.
Not that we do not know DAP have to show non-Malays how strong they are, that they are able to control PAS from bringing any Islamic elements into PR.
This kalimah Allah issue does not just symbolize PAS’ obedience towards DAP, it is also a strategy which gives advantege towards Christians to convert Muslims.
In the other hand, PAS need to show Muslims that the party is still strong in defending Islam from being attacked by enemies considering that their ‘Islamic’ image is ruined thanks to their defeats: UMNO in Hadi’s Message issue, DAP in Islamic State issue, hudud, gambling, alcohol, massage houses, nightclubs and saloons.
Their defeat with PKR include Pluralism, liberalism and supporting Israel.
This kalimah Allah drama is PAS’s final chance to show that they party is still as Islam as they used to be. So, the drama needs to go on at least until the election begin.
The fact is, if it is true that this is not a drama, PAS would have left PR. Just imagine, PAS prefers to let go Nasharuddin Mat Isa than letting go a cooperation which could risk Muslims’ faith and the sanctity of kalimah Allah.
- BERUANG BIRU

Xenophon Nafi Pro-Pembangkang, Boleh Percayakah???


SENATOR dari Australia, Nick Xenaphon yang dihalang dari memasuki negara ini Sabtu lepas, hari ini menafikan bahawa dia adalah penyokong parti pembangkang.
Tak habis-habis menipu.
Apa tujuan dia keluar kenyataan paling mengarut yang penulis pernah dengar itupun, tak tahulah. Banyak bukti menunjukkan Xenophon dan Anwar melekat macam gam, nak kelentong macam mana?
Tapi penulis rasa Xenaphon cuba tunjuk bahawa dia adil, tidak bias dan dengan itu layak melantik dirinya sendiri sebagai pemerhati bebas pilihanraya di negara kita.
Xenaphon cakap salah korum ni.
Rakyat Malaysia ni bukan bodoh sampai nak pilih kerajaan pun tak reti, sehinggakan kerajaan Australia sekarang ditentukan dengan perbezaan 2 kerusi sahaja, bila-bila pun boleh tumbang.
Pendatang tau, Xenophon sendiri asal dari Greece.
Rakyat Malaysia ini jauh lebih bijak memilih kerajaan jika nak dibandingkan dengan rakyat Australia. Kita sentiasa memilih kerajaan yang kuat untuk menerajui negara ini. Dalam keadaan BN paling lemah pun pada 2008, kerajaan masih memiliki kelebihan 31 kerusi parlimen.
Menjelang pembubaran parlimen untuk diadakan pilihanraya umum yang ke 13, jumlah itu bertambah berikutan sokongan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang berpaling tadah, termasuk satu kerusi Bebas.
Itu menunjukkan kematangan rakyat Malaysia ini berbanding negara luar. Malah penulis boleh kata, rakyat kita jauh lebih matang dari rakyat Amerika Syarikat pun dalam soal memilih kerajaan.
Di Amerika, Presiden negara itu bukan ditentukan oleh undi popular dari rakyat, sebaliknya undi Elektoral oleh badan pemilih di setiap negeri.
Jadi kita tak perlukan orang macam Xenaphon untuk tunjuk ajar rakyat negara kita macam mana nak pilih kerajaan. Sebaliknya, rakyat negara inilah yang perlu beri tunjuk ajar kepada rakyat Australia macam mana nak pilih kerajaan yang kuat, sebab nampak sangat depa tak reti.
Tujuan Xenaphon ke sini adalah semata-mata untuk huru harakan sistem pemilihan sedia ada, dengan kerjasama parti pembangkang yang diketuai Anwar.
Anwar tahu, pendekatannya bergantung sepenuhnya kepada undi minoriti (Cina) dan sedikit tambahan dari golongan majoriti (Melayu), tidak akan membolehkannya menjadi Perdana Menteri selagi sikap rakyat negara ini yang gemar memilih kerajaan yang kukuh dan kuat, tidak diubah.
Menyokong pendapat penulis itu, sila lihat ke belakang semula, ada atau tidak pada bila-bila masa Anwar cakap Pakatan akan menang majoriti 2/3? Kalau tak salah penulis, yang pernah cakap tu hanya Mahfuz, tapi pedulikanlah.
Sebab itu dia bawa Xenaphon ke sini untuk ubah minda rakyat negara kita supaya jadi sama macam Australia.
Lagipun, Xenaphon cemburu kerana kerajaan negara kita begitu kuat, berbanding kerajaan negaranya. Menggunakan status Australia sebagai antara negara termaju di rantau sebelah sini, Xenaphon cuba tunjuk kononnya dia layak mengajar rakyat kita bagaimana untuk pilih kerajaan.
Penulis nak katakan pada Xenaphon, boleh jalan.
- PESONA IMPIAN

Hasan Ali : DAP Tunggak Peneraju Pakatan.

KENYATAAN TERBARU PRESIDEN JALUR TIGA (JATI) BERKAITAN PENGARUH DAP SEBAGAI PENERAJU PAKATAN RAKYAT
Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca media perdana hari ini mengenai kenyataan Presiden PAS Ust Hadi Awang yang mengatakan bahawa adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah atau menerajui pemerintahan negara ini. Ini disebabkan dari segi perkiraan kerusi yang ditandingi, DAP dijangka hanya bertanding 50 kerusi parlimen daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi.

Sememangnya dari segi angka DAP hanya sesuai bertanding kira-kira satu perempat kerusi parlimen. Namun perlu di ingat bahawa DAP bersama dengan gabungan komponen parti-parti yang bukan Barisan Nasional termasuk di Sabah dan Sarawak dilihat tidak mustahil untuk memenangi jumlah kerusi parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi saya tidak mahu menumpukan perhatian kepada opsyen itu. Yang ingin saya tekankan di sini ialah:

a.    Walaupun seperti yang disebut oleh Presiden PAS, DAP akan bertanding 50 kerusi sementara PAS dan PKR mungkin masing-masing bertanding dalam lingkungan 80 kerusi setiap satu parti. Ini sama sekali tidak bererti bahawa bilangan kerusi yang banyak akan mencerminkan kemenangan yang besar. Para pemerhati politik lebih cenderung menganggarkan bahawa antara parti yang di jangka mencatat kemengangan besar ialah DAP. Kalau DAP boleh memenangi 90% daripada kerusi yang ditandingi dan PAS serta PKR dijangka memenangi jauh di bawah paras 50%, sudah tentu DAP akan terus menjadi parti peneraju dalam gagasan Pakatan Rakyat;

b.    Daripada apa yang berlaku sekarang contoh seperti di Selangor, DAP menduduki tempat kedua dari segi bilangan kerusi. PKR tempat teratas dan PAS dengan 8 kerusi sahaja duduk di tempat terbawah. Seperti yang dilaporkan, DAP dilihat menerajui Kerajaan Selangor hingga dikatakan Menteri Besar Selangor sering berada dibawah telunjuk DAP. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah di anggap sebagai rakan kongsi setara oleh DAP.

Di Kedah pula, DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja. Tetapi hampir semua isu Islam yang telah diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco tidak dapat dijalankan kerana ditentang hebat oleh wakil tunggal DAP itu. Ini dilakukan dengan bantuan moral dan campurtangan langsung oleh pimpinan DAP pusat.

c.    Di peringkat nasional pula, sehingga ini tidak ada satu pun isu-isu besar melibatkan Islam dan Melayu yang ingin dijuarai oleh PAS dapat dilaksanakan. PAS kalah bersabung dalam isu Kalimah Allah, Negara Islam, Hudud dan isu murtad. Suara PAS hampir diketepikan langsung dalam merangka dasar dan halatuju Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dalamana isu Negara Islam, Hudud dan kemartabatan bangsa Melayu tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku tersebut.



Saya berpendapat tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan dapat menubuhkan kerajaan termasuk PAS dan PKR. Yang penting di sini bukan mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan, tetapi parti yang manakah yang mempunyai kekuatan dan kemampuan pimpinan, daya tahan dan daya juang memperjuangkan satu-satu isu, komitmen yang tinggi hingga ke peringkat sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kesucian perjuangan, kebolehan dan kemampuan berhujah secara berfakta serta keutuhan kesepaduan dan kesatuan barisan kepimpinan untuk mendepani musuh-musuh politik  dalaman dan luaran.

Apa yang dapat disaksikan sekarang sejak 5 tahun yang lalu PAS semakin dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi dengan bongkak dan sombong pimpinan DAP dan PKR memperkotak-katikkan PAS hingga ke peringkat menghina intitusi agong dalam struktur parti PAS iaitu Majlis Syura Ulama PAS dalam isu Kalimah Allah.

Lebih menyedihkan di negeri Musyidul Am sendiri peraturan kecil yang telah berjalan sejak 21 tahun yang lalu melibatkan pendandan dan penggunting rambut wanita yang tidak dibenarkan menggunting rambut lelaki Muslim terpaksa ditawakufkan. DAP menggunakan Karpal Singh menyelar kepimpinan PAS Kelantan dan menuntut supaya peraturan itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz tunduk dengan tuntutan DAP itu.

Begitu juga yang berlaku di Kedah. Wakil tunggal DAP berjaya membatalkan keputusan kerajaan negeri pimpinan Ust Azizan Razak seorang ulama yang berstatus senior dalam saf kepimpinan PAS dalam isu penutupan pusat hiburan dalam bulan Ramadhan dan juga isu papan iklan.

Kenyataan Presiden PAS yang dilaporkan hari ini mungkin boleh di terima oleh ahli dan penyokong parti yang hanya mendapat informasi daripada akhbar Harakah atau Harakahdaily atau hanya mendengar ceramah-ceramah daripada pimpinan PAS dan Pakatan Rakayat sahaja. Andainya mereka dapat membuka ruang minda dengan cuba mendekatkan diri kepada sumber-sumber informasi samada melalui media elektronik, media cetak atau yang popular diakhir-akhir ini media sosial sudah tentu mereka dapat menilai kenyataan Presiden PAS itu dengan lebih objektif dan berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya, DAP sejak 5 tahun yang lalu telah berjaya menggunakan seluruh kesempatan dan ruang untuk menonjolkan falsafah perjuangan parti tersebut. Dalam apa keadaan pun yang jelasnya DAP adalah pihak yang dikatakan meraih kemenangan hingga berjaya menjadi tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga halnya dengan PKR. Yang tewas di gelanggang hujah dan yang tewas di gelangang perjuangan khususnya untuk mempertahankan asas-asas perjuangan parti tidak lain tidak bukan ialah PAS. 


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
20 Februari 2013

Nik Aziz Kata Penerima Bantuan BR1M Umpama ‘Haiwan’

Salam 2 all.
Satu lagi adengan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura PAS merangkap penceramah tetap PAS dan pelbagai merangkapan lagi.
Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi semalam, Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan saperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri.
Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut saperti memberi hampas kepada ayam, saperti memberi jerami kepada lembu. Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan saperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut patwa terbaru Nik Aziz!!!
Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik! Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan patwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas Al-Quran & Hadis!
Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai. Teman ingat lagi semasa PRK-Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulor duit kepada orang ramai jelas terpampang! Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Budha, masih tersimpan dalam arkib!
Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?
Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!
Jadi kepada orang PAS-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang dah ambil bantuan kerajaan Persekutuan samada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit tu. Bukan sahaja ianya tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam & memperlembukan mike yop!
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Rabi’ul Akhir 1434
21 Februari 2013

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Penerima bantuan umpama ‘haiwan’


KOTA BHARU 20 Feb. – Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130221/po_04/Penerima-bantuan-umpama-haiwan#ixzz2LWqkQng1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 20 February 2013

Anwar Propagandakan Malaysia Muflis Sedangkan Malaysia Makmur


Anwar Bin Ibrahim tidak habis-habis menjual propaganda murahan untuk mencapai hasrat serakah beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Satu demi satu pembohongan menjadi lauk pauk harian Anwar Bin Ibrahim.  Dakwaan terbaru beliau bahawa Malaysia hampir muflis adalah satu pembohongan. Ini adalah kerana Malaysia  mempunyai sumber yang banyak serta pendapatan yang lebih besar. 
Anwar menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah hampir muflis, maka beliau wajib menjawab siapa pegawai kerajaan yang ada di Malaysia  tidak dibayar gaji? Siapa Ketua kampung,  yang tidak mendapat elaun?  Anwar pergi menjaja ke seluruh pelusuk dunia bercerita tentang kezaliman, penindasan, tidak ada pembelaan, rakyat terabai dan semua kaum hidup menderita. Itu satu pembohongan yang amat besar. Rizab negara yang dikumpul jauh lebih banyak berbanding negara lain. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah maklumkan kepada  Kabinet bahawa buat pertama kali dalam sejarah, cukai pendapatan tidak naik tetapi pungutan cukai mencapai RM125 bilion. Pungutan hasil itu pula diagih-agihkan dalam bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat. Kerajaan berusaha membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan lebih 200 produk 1Malaysia antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Klinik Rakyat 1Malaysia. 

Kesemua usaha bantuan yang diberikan kerajaan itu  bertujuan menurunkan kos sara hidup supaya rakyat tidak terbeban dengan masalah itu.  Maka ternyata segala tuduhan Anwar bahawa kerajaan Malaysia bankrap, kerajaan kita sudah tidak mampu merupakan pembohongan semata-mata. 
Segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan bahwa kerajaan BN mampu membela nasib rakyat. Oleh itu, rakyat harus beri mandat untuk (BN) terus terajui negara  selepas pilihan raya umum akan datang supaya negara boleh kekal menjadi negara yang aman dan tenteram dan rakyat boleh hidup dengan selesa.

Rakyat sudah tahu Anwar kaki propaganda. Tin kosong yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah dapat membuktikan kata-kata. Nasib penduduk Kampung Buah Pala dengan terang dan nyata tergadai dengan pembohongan Anwar. 
 Jam omega hilang dibawa angin hembusan Azizah. Kami tahu Anwar PEMBOHONG.

info : http://kedahan69ers.com/tag/propaganda-anwar/


Monday, 18 February 2013

Ulama masih boleh nasihat tanpa berpolitik

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata ulama boleh terus menasihati pemerintah tanpa menyertai pilihan raya dan parti politik.

Fathul Bari berkata, sekiranya ada keperluan di antara keburukan dan kebaikan dan melihat kebaikan yang banyak, maka terpulang kepada ulama tersebut untuk menyeimbangkan suasana politik hari ini.

“Ramai yang cuba mempertahankan agama, tetapi kita terlupa orang yang menyertai pilihan raya umum kadang kala ada asas agama tetapi tiada pengetahuan mengenai pentadbiran negara, ekonomi dan sebagainya.

“Kita perlu seimbangkan keadaan tersebut. Hubungan struktur pentadbiran, ekonomi dan sebagainya memerlukan maklumat kerana ia membantu menyeimbangkan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan.

Tuesday, 29 January 2013

'Tiada parti politik yang jitu seperti dahulu'

KUALA LUMPUR: Pengasas kumpulan pemikir Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Tunku Zain Al'-Abidin kesal perbincangan peribadi antara beliau dengan DAP dibawa kepada pengetahuan umum.

Kata beliau, nasi sudah jadi bubur.

"Oleh kerana perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat," kata Tunku Zain dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tunku Zain merujuk kepada kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendedahkan bahawa DAP pernah memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan itu agar menyertai DAP.

Tunku Zain juga mengakui pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain.

Tiada parti politik jitu

Menurut Tunku Zain, beliau amat menghormati dan mengkagumi ahli politik tanpa mengira kepartian yang berprinsip dan bekerja keras.

"Namun, pada pandangan saya tiada satupun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan (Tunku Abdul Rahman Putra) yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti," katanya.

Tunku Zain juga menangkis hujah bahawa tidak wajar untuk putera raja melibatkan diri dengan parti politik, dan beliau menyenaraikan lima tokoh politik daripada kerabat diraja termasuk bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan ADUN Pauh Dato’ Seri Syed Razlan Jamalullail (Perlis).

Tunku Zain juga menegaskan mahu terus komited menyumbang ke arah perkembangan masyarakat sivil melalui Ideas dan beberapa yayasan lain.

Tunku Zain mengeluarkan kenyataan media susulan pendedahan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa DAP pernah memujuk beliau untuk jadi calon parti itu pada PRU-13 nanti.

Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke yang mengarahkan beliau yang ketika itu masih bersama DAP agar memujuk Tunku Zain menyertai parti berkenaan.

Loke dalam reaksinya menuduh Tunku Aziz sebagai seorang tiada integriti dan tidak beretika kerana mendedahkan perbincangan yang bersifat peribadi. Beliau bagaimana pun enggan mengulas lanjut isu pelawaan DAP kepada Tunku Zain itu.

Nik Aziz: 'Kehilangan' Nasha bukan satu cabaran

KOTA BHARU - Pas tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.
 
"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita ketika melawat pusat perusahaan madu lebah kelulut Min House Camp di Kampung Pulau, Kubang Kerian di sini, hari ini.
  
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kedudukan bekas pemimpin nombor dua Pas itu jika menyertai parti lain selepas Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok, digugurkan daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas.
  
Tindakan itu dipercayai diambil selepas Nasharuddin pulang daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.
  
Semalam, dilaporkan Nasharuddin berkata beliau tetap akan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak lagi menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Sementara itu, bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata tindakan terhadap Nasharuddin itu bukan perkara pelik.
  
Wan Ismail berkata Pas kini dilihat semakin lari daripada perjuangan asal mereka untuk menubuhkan negara Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
  
"Dulu saya pun dibuang, tapi saya bersyukur kena pecat sebab lihat Pas sudah lari daripada perjuangan asal (untuk menubuhkan negara Islam).
  
"Nasihat saya kepada beliau (Nasharuddin), kalau betul-betul nak perjuangkan Islam, buat parti lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
  
Wan Ismail yang juga antara pengasas Pas berkata tahaluf siasi yang diamalkan Pas dalam pakatan pembangkang telah lari daripada konsep sebenar apabila dilihat lebih banyak tunduk dengan desakan yang dibuat rakan sekutu mereka.
  
"Konsep tahaluf siasi berlaku masa Nabi Muhammad SAW memerintah Madinah. Masa itu orang bukan Islam ikut apa yang Nabi kata.  Saya lihat Umno yang lebih betul (mengamalkan) konsep tahaluf siasi ini," katanya. - Bernama

Tun Mahathir: Pas utamakan politik lucut Nasharudin

KUALA LUMPUR - Pas perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura Pas.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, hari ini.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada Pas, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."

Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.- Bernama

Monday, 21 January 2013

Tunku Aziz Beri Amaran, DAP Jangan Melampau Buli Melayu-Islam

Helen Ang – Kerja politikus kita ialah mengusik. Mereka yang menceburi bidang kerjaya politik sememangnya memiliki bakat menyerlah dalam seni menimbulkan kacau-bilau, kata Tunku Aziz.
Dalam kupasannya di NST hari ini tentang kemelut kalimah Allah, Tunku Aziz menegaskan bahawa kaum Muslim di Malaysia sudah terpaksa menggariskan batasan sempadan waima tindakan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng mengusik orang Melayu dan agama Islam.
Is it too much to ask Lim to leave the Malays and their religion well alone?” tulis Tunku Aziz dalam rencananya ‘Man’s passion for making mischief‘.

Tambah Tunku Aziz lagi:
“The threat of a serious rift between Muslims and Christians is real and the reality consequent upon Lim’s proposal [on the use of the 'Allah' word] is too terrible to contemplate. There is, in my view, nothing more vicious and cruel than a religious conflict.”
Beliau juga mengingatkan pembaca tentang peristiwa berdarah yang meletup di salah sebuah pulau [Ambon] yang terletak di Nusantara di antara orang Kristian dan Muslim.
Tunku Aziz turut mendakwa bahawa Guan Eng sengaja mencaturkan adunan politik bersama agama sebagai satu langkah memecah-belahkan perpaduan Melayu.
Beliau merumuskan bahawa:
“Malaysian politics must be inclusive, and given the complex nature of our society, there is no place for the likes of Lim and the rest of his Pakatan Rakyat cohorts whose philosophy of nation-building may be fairly described as political philistinism at best.”

Apa erti ‘buka puasa’?

Beberapa bulan lepas, Hannah Yeoh telah mentweet ayat berikut: “Selesai berbuka puasa di Masjid Al-Irsyhad di USJ 1 bersama ahli majlis Ken Chia, polis & sukarelawan Pejabat Adun”.
Membuka puasa membawa maksud seseorang itu telah berpuasa sepanjang hari. Baru lah boleh buka puasa.
Adakah Adun DAP Subang Jaya tersebut yang sering mentweet tentang amalan buka puasanya di serata masjid dan surau itu benar-benar tidak makan dari waktu sejak fajar menyinsing?
Rujuk silang, ‘Peserta mogok lapar Lynas didakwa jamu selera di hotel’ (KL Pos,30 Dis 2012)


YB yang suka masuk surau

“Which one r u?”
Laa … yang pakai “selendang biru” sewaktu makan tu.
Tweet Hannah Yeoh hari ini: Kempunan nak sangat menjamah “char kuew teow” masak asli Penang yang wajib digoreng dengan minyak babi (lihat screenshot bawah).








@Zahid_Hamidi - Jangan Buang Masa Melobi Untuk Jadi Calon Pilihan Raya

Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang tersingkir daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 dinasihatkan supaya tidak melobi pada saat akhir kerana tindakan itu hanya membuang masa.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak perlu melobi ketua perhubungan negeri, anggota majlis tertinggi atau naib presiden parti untuk menjadi calon kerana beliau percaya Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempunyai senarai calon yang sesuai.
“Pada hemat saya Perdana Menteri selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno telah mempunyai senarai calon yang sesuai bagi menggantikan kawasan-kawasan yang mempunyai calon yang bermasalah,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di Bagan Datoh, Isnin.
Katanya, Najib telah meminta tiga nama yang berpotensi sebagai calon disenarai bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN kira-kira lapan bulan lepas dan sudah pasti Perdana Menteri telah menilai senarai berkenaan.
“Namun terdapat nama-nama yang didapati tidak sesuai untuk menjadi calon walaupun ia dikemukakan oleh kepimpinan akar umbi disebabkan laporan-laporan yang tidak memihak kepada calon berkenaan.
“Yang demikian ada kemungkinan di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN terpaksa dicari calon lain,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, calon yang dianggap mempunyai kelebihan mungkin terdiri daripada tokoh akademik, korporat atau tokoh-tokoh lain yang boleh memenangkan sesuatu kawasan yang ditandingi BN.
“Jadi, jangan anggap mereka sebagai calon payung terjun. Itu adalah calon daripada parti,” katanya.
- BERNAMA

Thursday, 17 January 2013

Perlu Tindakan Tegas Terhadap Patrick Teoh - Khairy

ALOR SETAR: Tindakan tegas patut dikenakan terhadap pelakon Patrick Teoh yang menghina Islam dalam laman Facebooknya baru-baru ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, walaupun Teoh memohon maaf setelah menyedari kenyataannya mendapat kecaman banyak pihak, ia tidak boleh diterima begitu sahaja, tanpa ada tindakan susulan yang lebih tegas.
"Dah sampai tahap terlalu kesat, kita tak mahu lepas ini sesiapa sahaja menghina Islam kemudian minta maaf begitu sahaja. Dia patut dipanggil pihak berkaitan dan disoal siasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Kedah, di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan pelakon yang sinonim dengan watak komedi itu telah mengguris perasaan umat Islam dan Teoh wajar dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
Khairy mengulas kenyataan kesat Teoh yang menghina Islam termasuk memperlekeh amalan solat dan menutup aurat wanita Islam sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan PAS Kedah meletakkan syarat kepada peserta yang terlibat dengan persembahan pentas majlis sambutan 1Malaysia Tahun Baharu Cina 2013 di negeri ini.
- Bernama

Anwar gagal dalam permohonan isytihar APA bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

Azmin Sahkan Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Ahli PKR


PETALING JAYA: Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang digantung tugas merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan sebaliknya beliau berkata Azrul telah lama menjadi ahli parti itu.
“Saya tidak pasti sejak bila dia (Azrul) jadi ahli PKR. Cabang mana pun saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.
Azrul yang juga pernah menjadi penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam baru-baru ini bahawa “terdapat kemungkinan tinggi” Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Ekoran kenyataan beliau itu, Bank Islam dilaporkan telah menggantung tugasnya sebagai ketua penganalisis ekonomi di bank berkenaan.
Bagaimanapun Bank Islam dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan yang Azrul telah digantung tugasnya kerana pihak bank mempunyai “asas-asas yang wajar” dan mempercayai beliau telah melanggar dasar dalaman bank.
Perkara berhubung dengan pelanggaran dasar itu akan diketahui sebaik sahaja siasatan dalaman selesai, demikian menurut kenyataan Bank Islam.
Bank Islam turut mengulangi bahawa pandangan politik dan komen Azrul tidak seharusnya dikaitkan dengan bank berkenaan dan menegaskan, penggantungan Azrul tidak ada kaitan dengan tindakannya menyuarakan pandangan politik peribadi beliau – Mstar

#PRU13: Orang Melayu ada 2 pilihan, kata Mahathir


Mahathir Mohamad
Dr Mahathir berucap pada program Bicara Minda di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, petang tadi. 
 
SHAH ALAM – Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?

“Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,” kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Antara yang hadir sama pada majlis hari ini ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Program petang ini menarik kehadirin sekitar 500 orang.

Pada program itu, Dr Mahathir turut melancarkan buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa yang akan serta sudah berlaku.

Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

“Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah.

"Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

“Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita,” jelas beliau.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.
Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

“Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.

Dr Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku Dilema Melayu yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau. - Sinar Harian

Calon BN hampir selesai, kata Najib

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah hampir selesai dan sebahagian besar penentuan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga telah diputuskan.
Perdana Menteri berkata bagaimanapun, pemilihan calon masih memerlukan penelitian yang mendalam bagi memastikan pilihan itu adalah tepat, bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi juga dari segi penerimaan di kawasan yang ditandingi.  
"Kita akan tentukan dan kita akan maklumkan (senarai calon), ada beberapa pandangan yang kita bincang tetapi belum buat keputusan lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam tadi.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata banyak petanda menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap BN bertambah positif, bagaimanapun BN tidak mahu sebarang sikap terlalu selesa dan yakin seolah-olah tidak ada apa yang boleh menggugat kedudukan parti itu.
"Tapi kita pun sedar bahawa dalam masa pilihan raya ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan kesudahannya.
"Saya berharap kita akan gandakan usaha kita, pastikan semua urusan yang perlu dilakukan akan dilakukan dengan sebaik mungkin dan terus memberi semangat keyakinan menang kepada jentera BN kita," katanya.
Najib berkata mesyuarat itu turut membincangkan tentang keperluan lain seperti persediaan dari segi manifesto, logistik dan beberapa perkara lain dalam menghadapi PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Menjawab kemungkinan Parlimen akan dibubarkan serentak dengan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor pada 21 Mac depan, beliau berkata: "Tidak apalah, Dun Johor, Dun Johorlah, Parlimen, Parlimenlah."
"Kita akan tahu apabila tiba masanya..kita masih meneka...tak apa teruskan tekaan...saya suka permainan meneka ini," katanya.
Ditanya adakah mesyuarat Majlis Tertinggi BN itu merupakan mesyuarat terakhir sebelum PRU13, beliau berkata: "Ini mungkin mesyuarat akhir atau
mungkin ada lebih banyak mesyuarat lagi...juga minggu depan kita ada mesyuarat." 
Mengenai kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu temubual dengan Bloomberg baru-baru ini yang mengatakan bahawa beliau (Najib) mewarisi sebuah kerajaan yang lemah, Perdana Menteri berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
"Kami akan melakukan sebaik mungkin...sudah tentu anda inginkan sebuah kerajaan yang kuat...semua mahu sebuah kerajaan yang kuat," katanya. - Bernama

PM nafi dakwaan, kata Deepak tidak kredibel

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.
"Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah Balasubramanam.
Mereka ialah Deepak, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain Balasubramaniam sendiri.
Berdasarkan pengakuan Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga akaun bersumpah tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.
Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam.
“SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi,” katanya PKR.

Kalimah Allah : Polisi Pakatan Kekal, Tolak Keputusan Majlis Syura PAS – Azmin


AIDCNews – 17/01/13 – Timbalan Presiden Pkr, Mohamed Azmin Ali menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang sekaligus menolak keputusan Majlis Syura Pas yang bermesyuarat Ahad lalu.
“Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
“Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya, ” tegas Azmin seperti dilaporkan FMT pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.
Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu sepakat dan bersetuju bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ wajar diberikan untuk semua agama, dengan syarat ia ‘tidak disalahgunakan’.
Perkara itu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kalimah ‘Allah’ adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
Bagaimanapun, Majlis Syura PAS dalam mesyuaratnya Ahad lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam bible Bahasa Malaysia atau mana-mana bahasa kerana ia tidak mencapai makna sebenar perkataan Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran.
Mengulas lanjut, Azmin yang dianggap orang kanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura itu hanya untuk ahli-ahli Pas sahaja.
“Kami menghormati pandangan Majlis Syura. Kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk bercakap dan kita mempertahankan hak demokratik setiap individu.
“Tetapi keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahlinya (sahaja),” katanya.
Walaupun keputusan Majlis Syura membuat keputusan berbeza, namun ia tidak boleh mengubah polisi PR yang telah disepakati bersama.
“Kami, Pkr, Dap dan Pas terikat dengan dasar umum yang telah dipertimbangkan, dibincangkan, diluluskan dan disahkan. Dan mesyuarat yang paling terkini adalah pada 8 Jan.
“Kami tidak boleh menukar pendirian setiap hari. Jadi, walaupun isu ini dibincangkan sekali lagi, pendirian Pas dan Pakatan Rakyat tidak pernah berubah, ” katanya lagi.
Kalimah Allah : Keputusan Majlis Syura PAS Tidak Mampu Mengubah Pendirian 2010

Parti komponen BN diarah siap sedia hadapi PRU-13: Najib


KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan hampir selesai.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ketika ini BN mahu memastikan pilihan calon yang akan bertanding pada PRU-13 berdasarkan kebolehan dan penerimaannya di kawasan berkenaan.
"Pengumuman calon akan dibuat lebih awal tetapi saya masih belum membuat keputusan bila ia akan diumumkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi

Monday, 14 January 2013

Hasan Ali Cabar Anwar Sokong Keputusan Majlis Syura PAS.


 
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP dicabar agar mengeluarkan kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali berkata, kenyataan Pimpinan Pakatan Rakyat itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.

"Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS. "Sekali lagi dalam isu kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP," katanya.

Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kelmarin mengeluarkan kenyataan rasmi tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam mana-mana rujukan Agama Bukan Islam sebagai terjemahan mana-mana bentuk bahasa pengantara.

Badan tertinggi PAS itu menegaskan, kesucian kalimah Allah itu tidak sewajarnya dijadikan sebagai tafsiran mana-mana Agama selain Islam merujuk kepada Tuhan bagi umat Islam yang secara jelas terkandung menerusi Al-Qur'an sebagai Yang Maha Esa, Tunggal, Tidak Beranak, dan Tidak Diperanakkan. [ARTIKEL DI SINI]
 
 
KENYATAAN RASMI PRESIDEN JALUR TIGA (JATI) DENGAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS MENGENAI ISU KALIMAH ALLAH
 
Syabas dan tahniah kepada Majlis Syura Ulama yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai Kalimah Allah. Majlis Syura memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan Kalimah Allah dalam kitab agama mereka kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk Agama Islam. Ianya tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa pun. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah.

Keputusan Majlis Syura tersebut menggambarkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS masih berkuasa dalam menentukan dasar parti tidak dicemari. Majlis ini bertindak sebagai badan pengawal untuk menentukan bahawa halatuju parti itu sentiasa menepati asas-asas perjuangan asalnya. Umum mengetahui masih terdapat banyak lagi isu-isu yang tidak ditangani khususnya yang berkaitan dengan kedudukan Melayu-Islam seperti yang sering dibangkit dan dipersoalkan oleh DAP dan PKR.

Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS. Sekali lagi dalam isu Kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP. Golongan parasit juga menjadikan PAS lunak dan tunduk kepada DAP dan PKR termasuk dalam isu-isu besar dan sensitif yang kedudukannya masih di awang-awang.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara pokok yang masih tergantung dan belum dapat diselesaikan hingga menjadi beban yang tidak mampu lagi ditanggung oleh PAS. Antaranya termasuklah isu Negara Islam dan Hudud, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah, keengganan DAP menerima peraturan-peraturan untuk menjamin keluhuran akhlak khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu pluralisme, liberalisme, LGBT dan sebagainya.

Saya ingin mencabar Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar semangat setiakawan Pakatan yang mereka agung-agungkan supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu. Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap PAS untuk meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya.

Apa pun, sekali lagi sekalung penghargaan patut diberi kepada Majlis Syura yang telah berupaya melenyapkan berbagai tanggapan mengenai kemampuan PAS menangani isu-isu sensitif seperti Kalimah Allah. Nun di hadapan masih banyak yang perlu dirungkaikan akibat daripada DAP dan PKR yang tidak henti-henti membolak balik isu-isu besar yang gariskan di atas.


DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Presiden JATI
Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
14 Januari 2013