Showing posts with label #insidenLahadDatu. Show all posts
Showing posts with label #insidenLahadDatu. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

Ada Kemungkinan ‘Kesultanan Sulu’ Dapat Bantuan, Sokongan Pihak Tidak Dikenal Pasti – MNLF

Siasatan dalaman oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyimpulkan bahawa terdapat kemungkinan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kesultanan Sulu mendapat ‘bantuan dan sokongan’ daripada pihak tidak dikenal pasti untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.
Pengerusinya, Muslimin Sema berkata, kesimpulan itu juga berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.
“Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi (ketenteraan) ke atas Sabah (Lahad Datu dan Semporna).
“Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada ‘pihak’ tertentu,” katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina pada Rabu.
Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka tidak mendedahkan sebarang ‘nama atau wajah’.
Sebulan lepas, kumpulan yang menggelarkan diri mereka kesultanan Sulu, menghantar kumpulan bersenjata diketuai Azzimudie Kiram ke Kampung Tanduo, Lahad Datu, untuk menuntut Sabah sebagai warisan nenek moyang mereka.
Tindakan mereka mencetuskan pertempuran bersenjata dengan pasukan keselamatan Malaysia yang mengepung kumpulan itu sebelum melancarkan operasi serangan ofensif dari udara dan darat untuk memaksa mereka berundur selepas berlalunya beberapa tarikh akhir untuk mereka meletak senjata.
‘Operasi Daulat’ yang masih diteruskan itu sehingga kini menyaksikan 63 pengganas bersenjata dan 10 anggota keselamatan terkorban.
Media Filipina dan pegawai risikan republik itu mendakwa pengganas itu ‘dijemput’ ke Sabah oleh pemimpin yang bekerjasama rapat dengan parti pembangkang tertentu Malaysia.
Ditanya sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Sulu (RSF) yang didakwa mengetuai pencerobohan ke atas Sabah wujud sebelum ini, Muslimin berkata, beliau tidak pernah mendengar tentang RSF sebelum berlakunya insiden di Sabah.
“Inilah kali pertama saya mendengar tentang tentera (RSF) ini,” katanya.
Muslimin berkata, siasatan dalaman dijalankan oleh setiausaha agung MNLF, yang pergi ke Tawi-Tawi dan Sulu minggu lepas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai dakwaan pembabitan anggota pasukan tetap dan bukan tetapnya dalam insiden pencerobohan di Sabah.
Siasatan itu mendapati anggota pasukan tetap dan bukan tetap MNLF yang terbabit dalam pencerobohan itu, kata Muslimin, yang juga naib datuk bandar Cotabato City.
“Sebahagian besar pejuang kami di Tawi-Tawi telah bersara dan menyertai pertubuhan politik, manakala pejuang kami di Sulu pula di bawah kuasa pemerintahan Ustaz Khabier Malik,” katanya.
Muslimin, yang turut diminta mengulas kenyataan Nur Misuari bahawa beliau masih pemimpin MNLF, berkata jawatankuasa pusat MNLF memutuskan pada 2008 untuk memilih beliau sebagai pengerusi barisan berkenaan.
- BERNAMA

Lahad Datu Up Date !! Kampung Tanduo Di Tutup Dengan Rasminya !

Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo

Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian. 

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas. 

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. 

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing. 

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya. 

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini. 

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan. 

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya.

Gambar Peninjauan Tahap Keselamatan Dan Berita Terkini Di Kampung Tanduo #LahadDatu #PrayForSabah

KAMPUNG TANDUO DITUTUP, PENDUDUK DIPINDAH KE LOKASI BAHARU
Lahad Datu, 27 Mac - Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk. 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian. 
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas. 
"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. 
Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.
Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing. 
Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya. 
Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini. 
Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan. 
Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. - BERNAMA





Tuesday, 26 March 2013

Ditembak Dan Ditetak, Wira Negara Kongsi Detik Cemas Tempur Pengganas

 
Pix: Fariz Iswadi Ismail/New Straits TimesPix: Fariz Iswadi Ismail/New Straits TimesPUTRAJAYA: Inspektor Mohamad Hasnal Jamil (gambar) menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.
"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira 'Operasi Daulat' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan. Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.

Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.

Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu. Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.

Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk "Ayahku Seorang Perwira" hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin.


- Bernama

Lesu 15 Hari Tak Makan, Seorang Pengganas Sulu Serah Diri



Lesu 15 Hari Tak Makan, Seorang Pengganas Sulu Serah Diri Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.
Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.
Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.
“Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan

Jacel: Azzimuddie Masih Di Sabah

Jacel Kiram
BANDAR DAVAO, Filipina – Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.
“Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam),” kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com
Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.
Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.
Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.
Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.
Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.
“Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar,” kata Jacel.
“Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral,” tambahnya.
Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.
Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.
Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka. – Agensi

Kenapa “The Hidden Hand’ Berminat Dengan Sabah?

AMERIKA Syarikat (US) mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara. Selepas penutupan Clark Base di negara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (nuclear powered aircraft carrier).
Walaupun sekitar tahun lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera.
(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah? Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar ‘lawatan biasa’, besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk ‘covert operation’ Lahad Datu ketika ini)
Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan. Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.
Jarak di antara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.
Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.
Ini adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.
Namun demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti. Amerika/The Hidden Hand mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan nama; rasanya ramai boleh meneka siapakah agen yang dimaksudkan ini).
Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada agen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka. Agen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.
Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai ‘mission impossible’, tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi.
Perebutan Untuk Penguasaan ‘Emas Hitam’ Laut Sulu
Emas Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki “simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.”
Itu baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian saintifik tentang kewujudan ‘emas hitam’ di sekitar lautan Sulu. Anda boleh melihatnya sendiri di sini & sini.
Lokasi pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber ‘emas hitam’ laut Sulu ini.
Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan ‘penjajahan terancang’ ke atas negara-negara Arab.
Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka.
Menurut satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3,000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.
Tujuannya adalah untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti ‘Kesultanan Sulu’ akan dapat dihidupkan semula. Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?
Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah. Maka dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.
3. Percubaan Untuk Mematahkan ‘Kebangkitan Dari Timur’.
Kenapa kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti ‘menyokong sepenuhnya’ tindakan kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai pengganas ini?
Pada pendapat saya, sebenarnya kerajaan Filipina ‘terlibat di belakang tabir’ dalam kisah pencerobohan ini. Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia. Kenapa? Biar saya jelaskan satu persatu kenapa saya berpendapat sedemikian.
1. Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed ‘Kesultanan Sulu’ (Islam). Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah ‘peperangan’ sesama Islam. Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.
Atas sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat ‘senang’ sekiranya Malaysia dapat ‘membantu’ mereka untuk menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.
Kerajaan Filipina secara tidak langsung akan dapat ‘mencuci tangan’ dan berjaya memindahkan sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia di atas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.
Walaupun pada awalnya Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan ‘menarik rambut dari tepung’ dengan penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh Filipina.
Apa yang diperlukan oleh mereka adalah ‘pencetus/trigger’ dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya ‘bom jangka’ yang tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.
Siapa yang akan mendapat manfaat daripada pertumpahan darah ini? Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.
2. Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia? Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang pemerintahan kafir Filipina.
Terdapat banyak info yang mengatakan bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas Presiden Libya yang telah dibunuh oleh Amerika.
Hadji Acmad Bayam, Bekas Ketua Propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.
Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).
Bila kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.
Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah. Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.
Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua ‘Timur’ ini.
Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari ‘Timur’ dan ramai yang beranggapan bahawa ‘Timur’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah sebuah lokasi/negara di kawasan Asia Tenggara ini.
Sabda Rasulullah SAW :
“Akan datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”
“Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”
(Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini. Kepada yang kurang mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru agama)
Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui tentang hal ini. Oleh sebab itulah, maka satu ‘Black Ops’ diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula umat Islam ini.
Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka. Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.
ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 :
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”
Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, saya meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.
Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan. Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan ‘Joint-Operation’ sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?\
Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini? Saya tinggalkan persoalan itu untuk kita fikirkan bersama. (Tekok Beriuh).
dibawakan khas oleh Taliban Kid 007
Sumber: Sabahkini.net

Saturday, 23 March 2013

PENGGANAS KIRAM "PEMBUNUH", MEREKA "BUNUH" ANAK SAYA !!!



Pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di pesisir pantai Lahad Datu 12 Feb lepas membawa pelbagai cerita duka kepada penduduk di kawasan itu.

Penduduk dari Kampung Tanduo, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Sungai Nyamuk yang diklasifikasi sebagai zon merah terpaksa dipindahkan apabila kumpulan penceroboh menjadikan penempatan peneroka itu sebagai kubu mereka.

Ada antara mereka kehilangan rumah, haiwan ternakan dan hasil sawit berikutan keganasan kumpulan penceroboh itu yang dikatakan membakar rumah penduduk dan merampas ternakan mereka.

Namun lebih menyayat hati ada yang kematian anak kecil kerana serangan pengganas menyukarkan pergerakan untuk keluar mendapatkan rawatan di hospital.

Bagi lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Gabir, 38, beliau tidak akan memaafkan kumpulan militan itu kerana tindakan mereka yang menggugat keamanan kampungnya menyebabkan beliau kehilangan anak bongsu yang baru berusia dua bulan.

Menceritakan peristiwa duka itu, beliau berkata anaknya meninggal dunia di pusat pemindahan di Cenderawasih kerana kesukaran keluar mendapatkan rawatan di klinik-klinik berdekatan ekoran serangan militan itu.

"Sampai hati mereka (pengganas) buat saya dan keluarga macam ini. Anak bongsu saya meninggal dunia ketika dua hari berada di pusat pemindahan kerana demam panas selain persekitaran yang tidak selesa.

"Macamana kami mahu keluar dalam keadaan yang tidak selamat. Anak saya hanya mendapat rawatan di sini sahaja, dan akhirnya dia pergi...," katanya sambil menahan sebak.

Bapa kepada tiga anak itu berkata anak bongsunya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cenderawasih dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kementerian kesihatan.

"Saya tidak akan maafkan mereka sampai bila-bila. Mereka harus terima hukuman berat termasuk mati kerana itulah hukuman yang paling layak untuk mereka," katanya. - BERNAMA

Friday, 22 March 2013

KIRAM III TUDUH NAJIB BUNUH RAKYAT SENDIRI.


Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai “lelaki gugur” itu dari sumber di Sabah.

“Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.

“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya.

“Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka,” tambah Idjirani.

Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.

Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

Penduduk kesal tidak lapor kehadiran 'orang asing' lebih awal


Sabah diceroboh
Sabah diceroboh

LAHAD DATU - Kerisauan beberapa penduduk Kampung Tanjung Labian dengan kehadiran sekumpulan 'orang asing' yang mendirikan rumah secara haram di pinggir hutan berhampiran nyata berasas.

Tindakan mereka melaporkan kehadiran 'orang asing' itu kepada ketua kampung Mahmud Mallang, 72, pada 27 Februari lepas, bagaimanapun ditempelak sesetengah penduduk yang kononnya tidak mahu berprasangka buruk.

"Lihat apa yang telah terjadi sekarang. Ternyata apa yang saya dan rakan-rakan risaukan sebelum ini ada asasnya. Keamanan kami dirampas malah ada rakan memberitahu rumah mereka dibakar pengganas militan.

"Kalau dahulu kita semua bersatu hati melaporkan kepada pihak berkuasa, sudah tentu keadaan tidak akan jadi seperti ini," kata Idris Abdul Kahal, 49, dalam nada kesal kepada Bernama, di sini.

Mengimbau kembali kejadian serangan militan pada 1 Mac lepas, Idris yang melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang, berkata mereka dipaksa pengganas supaya segera meninggalkan kampung itu.

"Mereka bercakap dalam bahasa Suluk meminta semua orang kampung lari dengan segera jika tidak mahu diapa-apakan. Saya hanya sempat mengambil dokumen peribadi dan melarikan diri bersama penduduk kampung lain ke dalam ladang kelapa sawit.

"Suara pengganas sangat parau menyebabkan kami takut mendengarnya. Waktu melarikan diri, kami juga tidak tahu ke mana kami hendak lari dan hanya berserah kepada Allah dan lepas empat jam berjalan, kami tiba di Lok Buani," katanya.

Idris yang kini ditempatkan di Dewan Fajar Harapan, sebuah pusat penempatan sementara, berkata ekoran serangan pengganas militan itu, anak keduanya berumur 8 tahun, sering meracau dalam tidur berkemungkinan gangguan emosi.  

Katanya keadaan anaknya kini semakin pulih setelah melalui proses pemulihan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan dua anaknya yang beradad di tingkatan dua dan lima masih enggan ke sekolah kerana takut.

"Perkara ini sangat menyusahkan dan saya rasa seperti tidak mahu balik lagi ke Tanjung Labian kerana saya takut jika pengganas akan kembali semula," katanya yang menganggarkan mengalami kerugian hasil tanaman sawit, ternakan dan buah-buahan kira-kira RM10,000.

Penduduk Tanjung Labian keseluruhannya 3,500 orang merupakan antara penduduk yang dipindahkan selepas kampung itu diklasifikasi sebagai zon merah dalam Operasi Daulat susulan pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, sejak 12 Februari lepas.  

Halimah Naukan, 48, pula berkata, beliau dimaklumkan rakan bahawa rumahnya yang berdekatan Tanjung Batu dibakar pengganas militan itu.  

"Saya amat marah dan kecewa. Mereka (pengganas) ini semua bersifat binatang, langsung tidak memikirkan bagaimana kami mahu hidup semula selepas ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.

"Saya dengar haiwan ternakan pun mereka ambil. Mereka langsung tiada belas kasihan dan sepatutnya mereka ini mati. Inilah hukuman yang patut mereka terima," katanya sambil menitiskan air mata. - Bernama

Isu Lahad Datu: Veteran Umno kecam Nur Misuari


Sabah diceroboh
Sabah diceroboh

KUALA LUMPUR - Veteran Umno hari ini mengecam tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa dalam isu Lahad Datu dan tuntutan pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram ke atas Sabah.
  
Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata perbuatan Nur Misuari itu tidak menyumbang kepada usaha menyelesaikan isu tersebut yang giat dijalankan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.
  
"Kenyataan Nur Misuari yang menyifatkan Malaysia sebagai penjajah (Sabah dan Sarawak) bagaikan menyimbah minyak ke dalam api, beliau sepatutnya mencontohi dasar Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mengutamakan perbincangan dalam mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa berlaku.
  
"Beliau yang amat tahu sejarah pembentukan Malaysia dan banyak menerima bantuan nasihat daripada Malaysia semasa mengetuai MNLF, sengaja mengeluarkan kenyataan untuk memburukkan Malaysia demi kepentingannya sendiri," katanya kepada Bernama di sini.
  
Pada Isnin lepas, Nur Misuari dilapor menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina serta mendakwa negara ini menjajah Sabah dan Sarawak.
 
Kenyataan itu disanggah Ketua Sekretariat MILF Mohammad Ameen tiga hari kemudian.
  
Mustapha berpendapat kenyataan itu juga membuktikan dakwaan bahawa Nur Misuari adalah antara mereka yang bertanggungjawab mengapi-apikan pengganas Sulu sehingga berlaku pencerobohan di Sabah.
  
"Saya juga berpendapat Nur Misuari sebenarnya cemburu dengan kejayaan yang dicapai MILF dalam perjanjian damai dengan kerajaan Filipina dengan bantuan Malaysia, maka beliau mencari jalan bagi 'menampakkan' namanya dalam kalangan masyarakat Moro di selatan Filipina," katanya.
  
Beliau turut menggesa siasatan terhadap dalang tragedi Lahad Datu itu dapat dilakukan dengan teliti dan pada kadar segera.
  
"Veteran mendesak kerajaan supaya jangan sekali-kali berkompromi dengan pengkhianat negara, walaupun pengkhianat itu warganegara Malaysia ataupun bertaraf pemimpin," katanya.
  
Mustapha juga memohon seluruh rakyat negara ini supaya berdiri teguh di belakang kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia daripada pencerobohan pengganas Sulu hingga ke titisan darah terakhir.  - Bernama

Manila Times : Tentera Bersenjata Kiram Menceroboh Lahad Datu Sejurus Janji Autonomi Anwar


AIDCNews – 22/03/13 – Portal Filipina, manilatimes.net mendedahkan pencerobohan tentera bersenjata ‘Kesultanan Sulu’ ke Lahad Datu bermula sejurus selepas janji Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa autonomi terhadap Sabah.
“Pencerobohan ini berlaku sejurus bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat mencadangkan Sabah akan diberikan autonomi, lapor manilatimes.net dalam tajuk “AFP mum over sultanate’s Sabah intrusion‘ pada 16 Februari 2013.
Portal Filipina itu memetik kata-kata Sultan Sulu dan Sabah, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, yang berkata bahawa Malaysia telah menduduki Sabah secara haram.
“Sabah adalah masih harta dan warisan kedaulatan sultan Sulu dan kesultanan diraja Sulu hingga ke hari ini,” katanya dalam laman web Kesultanan Hashimiah diraja Sulu, yang diakses pada http://www.royalsulu. com.
Beliau berkata Kesultanan Sulu menyokong “Sabah bebas dan merdeka yang akan berada di bawah pemerintahan kami dan pewaris serta pengganti kami mengikut undang-undang penggantian sultan Sabah.”

Menurut laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog.com pada 12 Februari, Ketua Umum PKR itu mengadakan berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk “Kembalikan Autonomi Sabah”.
Selain Anwar, panelis lain yang menyertai forum itu adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.
Pada 12 Februari juga satu kumpulan bersenjata dikesan menceroboh dan berpecah di beberapa lokasi di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kumpulan itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada pada 14 Februari sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’, warga Filipina dari Selatan Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan yang mendakwa pewaris Kesultanan Sulu itu diketuai oleh Azzimudie atau Agbimuddin Kiram iaitu adik kepada Sultan Jamalul Kiram III itu dilaporkan telah menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana mendakwa Sabah adalah milik mereka yang diambil oleh pihak British.

Penembak tepat wanita Sulu tidak mandapat makanan



TENTERA21LAHAD DATU – Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.
Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.
Baki pengganas wanita yang bersembunyi kini dipercayai hidup dalam keadaan kusut masai dan badan kurus kerana tiada makanan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, pihaknya percaya seramai lapan wanita menyertai puak pengganas Sulu dengan seorang daripada wanita itu telah ditembak mati dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.
“Memang ada wanita dalam kumpulan pengganas Sulu dan kita sudah menembak seorang daripada pengganas wanita itu,” kata beliau pada sidang akhbar di sini kelmarin. – Kosmo

Ketua pengganas Sulu ingin saman kerajaan Malaysia

Kiram-Spring-di-Sabah

TAGUIG CUTY, Filipina – Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan membangunkan dan merampas Sabah secara haram.
Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net, saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu menyatakan tuntutan ‘denda’ sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion) daripada kerajaan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini.
Menurut Idjirani, ini merupakan saman kali ketiga yang dikemukakan oleh pihak Jamalul Kiram. – Kosmo

[KRISIS LAHAD DATU] 22 MAC: 5 Foto Anggota Gempur Saki Baki Pengganas!

Anggota Keselamatan kita yang disertai kereta kebal Adnan hari ini terus menggempur saki baki pengganas Sulu. Pasukan PGA turut membantu ATM dalam operasi ini.





Isu Kiram III Kebal Jadi Bahan Lawak... AQUINO

 
 
Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro. Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan tersebut, hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.

Lebih menarik lagi, apabila Aquino turut mengatakan tindakan bodoh Jamalul Kiram III ini adalah merupakan satu pengulangan sejarah. Mengikut fakta ketika zaman bekas Presiden, Ferdinand Marcos, beliau turut pernah melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

Menurut maklumat yang diperolehi pembunuhan tersebut merupakan satu perancangan jahat Marcos untuk menyerang dan merampas Sabah dari Malaysia. Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 semakin menaikkan kemarahannya yang menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu.

Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan mengganggu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Dengan keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia memperolehi kemerdekaan dan konfrontasi antara Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.

Maka satu operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka” telah tubuhkan dengan fasa pertama mereka telah melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun. Rekrutmen baru tersebut pada awalnya dilatih dalam perang hutan di Camp Sophia dalam pulau kecil Simunul di Tawi-Tawi yang akhirnya dihantar ke Pulau Corregidor untuk latihan militari lebih lanjut.

Pada awalnya mereka diberitahu bahwa mereka sedang menjalani latihan ketenteraan yang mencakupi perang hutan dan sebagai pasukan penerjun payung udara untuk berperang melawan pemberontak komunis.

Namun keengganan para pemuda tersebut untuk berperang dengan saudara seIslam di Sabah apabila mengetahui tujuan asal misi tersebut, ialah “Penyerangan Sabah” seramai 28 dari 300 orang rekrut telah dibunuh secara kejam. Seterusnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 kesemua mereka telah dibunuh secara beramai-ramai.

Aquino melalui kenyataan semalam turut mengatakan di sebalik tragedi itu, mereka yang melakukan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, GAGAL untuk belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang.

Malah beliau turut mengkritik tindakan Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu, namun langusng tidak mempunyai perasaan untuk menjaga keselamatan dan nyawa para pengikutnya. Presiden Filipina itu turut mengulangi gesaan sebelum ini yang meminta Azzumudie dan para pengikutnya untuk berundur dan pulang kerana pengunaan keganasan tidak akan memberikan sebarang hasil.

LAHAD DATU : TENTERA BERKAMPUNG DI TANDUO UNTUK HALANG PENCEROBOH.

Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.

“Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa.

“Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di Lahad Datu hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan ‘ada sesuatu yang disembunyikan dan belum diselesaikan’ di kawasan itu selepas pasukan keselamatan enggan membenarkan penduduk kampung terbabit pulang ke rumah walaupun Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman kumpulan pengganas sejak 11 Mac lepas.

Sambil menafikan andaian itu, Zulkifeli berkata tindakan itu dibuat kerana tentera dan polis terlalu komited dalam memastikan keselamatan penduduk benar-benar terjamin sebelum mereka dibenar pulang.

Beliau berkata sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan memastikan nelayan yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.

Katanya apa yang diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya terdapat individu atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.

Pada sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan penduduk Kampung Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.

Katanya kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.

Thursday, 21 March 2013

Filipina, Indonesia, Malaysia perhebat rondaan sempadan laut


MANILA - Filipina, Indonesia dan Malaysia, memperhebatkan rondaan bersama bagi menjaga sempadan laut dari para pengganas sulu dan rondaan gabungan ini juga bertujuan untuk memerangi penyeludupan serta pergerakan militan Al-Qaeda.

Cadangan tersebut dibincangkan bersama, ketika Menteri Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin melakukan pertemuan dengan wakil Malaysia dan Indonesia.

Perbahasan mengenai isu tersebut dilakukan ketika delegasi Malaysia dan Indonesia melawat Filipina, bagi melihat pasukan kedua-dua negara yang diturunkan di kawasan sempadan dalam usaha memperkukuhkan keselamatan gencatan senjata antara Filipina dengan kelompok Muslim di wilayah selatan.

“Kerajaan Filipina mempertimbangkan untuk bergabung dengan rondaan angkatan laut bersama Indonesia dan Malaysia yang mana kerjasama tiga negara tentunya dapat meningkatkan kekuatan di wilayah laut yang bahaya,” ujar Gazmin, sebagaimana dilaporkan AFP.

Malaysia bersama dengan Filipina dan Indonesia saling berkongsi kawasan sempadan laluan yang biasa dipenuhi sindiket kejahatan, selain dipenuhi aktiviti rompakan, kawasan ini juga menjadi laluan penyeludupan senjata yang dikhuatiri boleh jatuh ke tangan pihak militan.

“Penyeludupan senjata ini pula menjadi kebimbangan pihak Malaysia. Kemasukan senjata dari wilayah selatan Filipina ke Indonesia, tentunya makin mengancam keselamatan wilayah.”

Gazmin juga menambah, pegawai dari ketiga negara akan menimbang cadangan rondaan gabungan tersebut. Ketiga-tiga mereka juga turut berupaya untuk melakukan perjanjian pertukaran maklumat yang berkaitan dengan jenayah wilayah laut.

GAMBAR OP DAULAT 21 MAC 2013- UNTUK HEBAHAN MEDIA









Sumber-Kementerian Pertahanan

8 Pengganas Didakwa, 2 Daripadanya Berdepan Hukuman Mati


TAWAU – Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding di hadapan Hakim P. Ravinthran berlangsung dan mereka hanya dibacakan pertuduhan untuk mencatatkan sama ada memahaminya atau tidak.

Ravinthran membuat keputusan untuk tidak merekod pengakuan setelah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya perkara itu dilakukan setelah kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Pertuduhan dalam bahasa Melayu itu diterjemah ke bahasa Bajau serta Suluk oleh jurubahasa mahkamah.

Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas.

Atik Hussin didakwa melakukan dua kesalahan itu di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu dari 9 Feb hingga 3 Mac lepas manakala Basad melakukan dua kesalahan yang sama dari 9 Feb hingga 2 Mac di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Lin dan Holland didakwa melakukan kesalahan itu Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, dari 9 Feb hingga 3 Mac manakala Habil dan Timhar didakwa melakukan kesalahan sama di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Feb hingga 4 Mac.

Dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Tanjung Labian, Lahad Datu pada pukul 4.30 petang, 4 Mac lalu.

Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau hari ini.

Bagi kesalahan memerangi Yang di-Pertuan Agong, Atik dan Basad didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan denda.
Manakala bagi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun yang sama. Kadir dan Lating pula didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu (menganggotai dan melindungi pengganas) membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Sepanjang prosiding, keadaan mahkamah dikawal ketat oleh polis dan tujuh daripada pengganas dipakaikan ‘straight jacket’ (seperti dipakai pesakit mental) berwarna putih.

Kelapan-lapan mereka dipercayai berusia antara 17 hingga 66 tahun dan diletakkan di bahagian kerusi hadapan mahkamah.

Ketika dibacakan pertuduhan, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan mengenai pertuduhan dan memberi kebenaran untuk setiap tertuduh menyatakan sesuatu berhubung prosiding yang berlangsung.

Terdahulu Abdul Gani memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Persatuan Peguam Sabah untuk berbincang mengenai perlantikan peguam tertuduh.



“Pihak pendakwaan juga akan menghubungi kedutaan Filipina atas semangat Asean berhubung perkara ini dan sekiranya tiada peguam yang tampil, pihak mahkamah boleh melantik peguam untuk membela mereka,” katanya.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan kes.


Turut membantu Abdul Gani ialah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dan Dusuki Mokhtar.