Showing posts with label Program Bera. Show all posts
Showing posts with label Program Bera. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Sekitar #openhouse DS @ismailsabri60 #tahunbarucina


Hampir 30 ribu orang menghadiri Jamuan Tahun Baru Cina 2013 Parlimen Bera Dato Sri Haji Ismail Sabri Yaakob , Pelbagai Bangsa menghadiri ope house DS Ismail Sabri ,






Tuesday, 29 January 2013

@ismailsabri60 : Skim Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja Kini Dibuka

 Kira-kira 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara kini boleh memohon Skim Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil yang disalur melalui Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skim itu yang dikendalikan Bank Rakyat, menyediakan pembiayaan dari RM1,000 hingga RM50,000 bagi tujuan modal kerja atau modal pusingan serta pembelian peralatan.

"Skim ini memberi keutamaan kepada peserta yang menjalankan perniagaan Menu Rakyat 1Malaysia di mana permohonan mereka akan didahului berbanding mereka yang menjalankan perniagaan lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penjaja 1Malaysia di sini, Ahad.

Katanya bagi yang berminat, mereka boleh mengisi borang yang disediakan di semua cawangan Bank Rakyat dan dilampir salinan kad pengenalan serta salinan pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Bagi permohonan yang lengkap, proses kelulusan akan mengambil masa antara lima hingga 10 hari sahaja," katanya menambah kerajaan memperuntukkan RM50 juta menerusi skim itu.

Ismail Sabri berkata antara syarat permohonan skim itu ialah warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 60 tahun, berdaftar dengan SSM di Semenanjung dan pihak berkuasa tempatan bagi Sabah dan Sarawak serta berniaga sepenuh masa.

Antara keistimewaan skim itu ialah penerima tidak dikenakan faedah atau memerlukan cagaran, dikecualikan daripada semakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) serta tempoh bayaran balik antara lima dan sembilan tahun.

Sementara itu, pada majlis penutup Karnival Hospitaliti Kepenggunaan di Kampung Paya Serai, Bera dekat sini, Ismail Sabri menasihati orang ramai supaya menyemak kesahihan skimm pelaburan dengan SSM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Katanya orang ramai boleh mendapatkan maklumat lengkap termasuk senarai syarikat�yang menawarkan Skim Berkepentingan Khas (SIS)) dengan melayari laman web SSM diwww.ssm.com.my.

"Setakat ini, hanya 188 syarikat yang mendapat kelulusan SSM untuk menawarkan pelaburan dalam projek yang mereka laksanakan menerusi SIS," katanya.

Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai yang sudah melabur dalam syarikat yang tidak disenaraikan dalam laman web SSM menarik menarik balik pelaburan mereka dan melaporkannya kepada suruhanjaya berkenaan.

Saturday, 11 February 2012

Kursus Asas Haji Peringkat Parlimen Bera 2012

 
Kursus asas haji 2012 telah di adakan pada 12/2/2012 bersamaan hari Ahad. Program itu telah di adakan di Masjid Daerah Bera. YB. Dato Sri Haji Ismail Sabri Yaakob, ahli Parlimen Bera telah hadir bagi merasmikan Program tersebut. Seramai hampir 400 orang telah menghadiri kursus tersebut.

Thursday, 19 January 2012

PENYAMPAIAN BR1M BERA 2012

BERA- Pada 20hb 01 2011 , YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob , Ahli parlimen Bera telah menyampaikan Bantuan BR1M di Kompleks Rakan Muda Bera , Seramai hampir 700 orang telah menerima bantuan BR1M paga sesi pertama pagi ini. YB. Dato Sri Ismail Sabri , YB. Nurol (Adun Guai)  dan YB. Fadil (Adun Kemayan) telah menyampaikan sumbangan berbentuk voucher kepada peserta yang berjaya menerima sumbangan BR1M . Kerajaan telah membelanjakan hampir 20 Billion ringgit untuk melaksanakan program BR1M. YB Dato Sri berkata lagi , pihak kerajaan telah lama melaksanakan negara berkebajikan melalui subsidi , bantuan sekolah , BR1M , melupuskan Yuran sekolah dan banyak lagi.

Wednesday, 9 November 2011