ANCHORAGE (Alaska): Amaran tsunami dikeluarkan bagi kawasan di
sekitar pesisir pantai tenggara Alaska dan British Columbia berikutan
gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda di Lautan Pasifik, sebentar
tadi.
Gempa bumi itu dikesan pada jarak 100 kilometer (km) barat daya Pelabuhan Alexander, selatan Alaska.
Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata,
kejadian jam 8.58 pagi (waktu tempatan) itu dicatatkan pada kedalaman 10
km.
Katanya, gempa bumi yang dicatatkan pada magnitud 7.7 di peringkat awal merosot kepada 7.5 magnitud kemudiannya. - Reuters
No comments:
Post a Comment