KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada
sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam
mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia,
Altantuya Shaariibuu.
Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.
"Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan
satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi
Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat
dalam memalsukan perakuan bersumpah Balasubramanam.
Mereka ialah Deepak, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain Balasubramaniam sendiri.
Berdasarkan pengakuan Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan
sehingga akaun bersumpah tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan
Berkanun 1960.
Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam
sebelum ini. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel
Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan
penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan
terhadap Balasubramaniam.
“SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam
(sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak
terjadi,” katanya PKR.
No comments:
Post a Comment