KUALA LUMPUR, 10 Julai (KLpos ) - Sebuah blog pro pembangkang
didakwa terlibat sama dalam kejadian amuk mangsa yang dikenali sebagai
Khalil Afandi Hamid.
Beberapa blog pro kerajaan menuding jari dan menyerang sebuah blog, milosuam.blogspot.com yang didakwa bersubahat dalam tragedi buruk ini.
Satu video yang dimuat naik oleh blogger tersebut menjadi titik pertikaian sejauhmana pengendali blog, milosuam.blogspot.com mengenali mangsa, Khalil Afandi Hamid.
Pengendali blog milosuam.blogspot.com ini didakwa sebagai
orang pertama memuatnaik rakaman suspek mengamuk dan ditembak di
perkarangan luar Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.
Rata-rata blog pro kerajaan mempertikaikan bagaimana pengendali blog milosuam.blogspot.com ini boleh mendapat rakaman video tersebut pada waktu dan tempat kejadian itu berlaku.
Rakaman video youtube ini boleh disaksikan pada link ini, http://www.youtube.com/watch?v=HJmabc2LkEo&feature=plcp
Mangsa, Khalil Afandi Hamid ini turut mempunyai blog sendiri yang dinamakan sebagai jayanegara1234.blogspot.com. Paparan terakhir laman blog itu pada 30 Jun 2012 bertajuk Hidup dan Mati ... apa yang dipertaruhkan.
Kebanyakan blog-blog pro kerajaan ini mendesak agar pihak berkuasa menyiasat kaitan di antara mangsa dengan pengendali blog milosuam.blogspot.com ini.
No comments:
Post a Comment