Lahad Datu Up Date !! Kampung Tanduo Di Tutup Dengan Rasminya !
![Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_ttd2T5KZNgO_TlPOalVpKUSINJbgejUk9gwHcHjxUZP2ebA3zZQNYTKDTdYje_BRzHPWFLnO4_o5Tu61Qs3kByfWYjalSkLyW-gUuNJom7mM4SAZb5RMMmDQoghQPIMnH5KoWyacwB0gEMDHbPRDpdorgss5xtHmA19k7i3rVP4qrVue8paFxb6f55rKxmcnp7goQ=s0-d)
Pasukan
keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi
pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi
menjadi kawasan petempatan penduduk.
Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang
kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi
baharu yang akan diputuskan kemudian.
Beliau
berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati
kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu
terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.
"Setakat
ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi
perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai
penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di
satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang
akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Beliau
berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat
di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti
dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.
Hamza
turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada
ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis
Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat
kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk
kembali ke rumah masing-masing.
Proses
penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan
Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses
itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan
penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.
Terdahulu,
Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir
peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku
pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini.
Beliau
berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan
sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum
terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke
arah anggota keselamatan.
Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya.
No comments:
Post a Comment