Penyiasat
persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah
jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama
menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar
berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada
2006. Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila
dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari
ini.“Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk kepada
The Malaysian Insider. Americk mengatakan isteri Balasubramaniam
menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami
serangan jantung dirumahnya.
Peguam
mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah:
“Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah”. “Mayatnya dibawa ke
hospital Sungai Buloh,” katanya. Americk mengesahkan Balasubramaniam
telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac,
tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”. Beliau mengatakan telah bercakap
dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu
kedengaran dalam keadaan baik. “Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya
dalam kesedihan ... saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat
Malaysia yang terbaik kita pernah miliki,” kata Americk, yang tidak
berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku. “Saya
dengar tentang itu. Saya mengucapkan takziah,” kata Deepak Jaikishan
dalam reaksi segeranya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment