Kenapa Submarine (Kapal Selam) Scopene yang dibeli oleh Malaysia mahal??
Inilah pertanyaan yang kerap ditanya dan dipersoalkan oleh pelbagai
pihak.. ada juga yang membuat perbandingan dengan pembelian kapal selam
oleh jiran2 serantau... Jadi,, biar saya jelaskan kenapa harga kapal
selam itu mahal tapi sebenarnya sangat berbaloi...
Keperluan utk memiliki kapal selam bagi TLDM sebenarnya telah wujud
sejak tahun 1997... Tapi disebabkan aset bawah permukaan (submarine) ni
lebih mahal dari aset atas permukaan (kapal perang) dan ekonomi
merundum,,, maka ia terus ditangguh... Namun penangguhan tersebut ada
sebabnya... ini kerana aset permukaan TLDM ketika itu belum sesuai utk
memiliki kapal selam.. Sebelum memiliki kapal selam,, TLDM perlukan aset
permukaan seperti Frigate, Korvet, MPSS, dan lain2 kapal sokongan yang
ampuh terutamanya aset yang berkemampuan menjalankan misi Anti Submarine
Warfare (ASW).. Jadi Malaysia tiada pilihan lain dan segala bajet
pertahanan ketika itu ditumpukan pada kapal permukaan dahulu..
Program Kapal Selam serantau jiran.
1. Indonesia merupakan negara ASEAN pertama memperolehi kapal selam pada
tahun 1960-an dan diikuti pada 1980-an. Dan bagi menggantikan kapal
selam yang uzur ini, 3 buah kapal selam dari Korea Selatan , kelas Chang
Bogo (sebenarnya model kelas 209 dari German) akan diborong..
2. Singapura sebaliknya memiliki kapal selam terpakai dari Sweden pada
1995 sebanyak 4 buah kelas Challenger dan 2 buah kelas Archer.
3. Vietnam pula bakal memiliki kapal selam pertama buatan Rusia pada
2014. Perancangan pemilikan enam kapal selam jenis Kilo ini dilakukan
pada 2009 selepas beberapa peristiwa pertembungan dengan tentera laut
China mengenai tuntutan bertindih Kepulauan Spratly.
4. Filipina yang pada ketika ini masih berdepan dengan pertembungan
dengan China di perairan Scarborough Shoal membuat perancangan
memperkukuhkan tentera laut (PN) melalui program Sail Plan 2020 yang
akan merealisasikan kapal selam sebagai sebahagian dari aset PN.
5. Thailand juga membuat perancangan membuat perolehan enam kapal selam
milik tentera laut Jerman untuk menjaga perairan Laut Andaman dan Teluk
Thailand. Pemilikan kapal selam dari jenis U-206 ini yang akan menelan
belanja lebih dari RM770 juta ini walaupun bersaiz kecil tetapi sesuai
digunakan di perairan cetek seperti Teluk Thailand.
Malaysia secara amnya tidak mempunyai pengalaman yang luas mengenai
kapal selam. Jadi, untuk memilih calon kapal selam terbaik, pengeluar
kapal selam tersebut perlulah mempunyai rekod pengoperasian kapal selam
yang terbaik mengikut teknologi semasa. Jerman dan Rusia ketika sudah
pun mempunyai rekod insiden yang buruk. Korea sedang membangunkan kapal
selam yang diciplak dari German. Manakala Perancis ketika itu sedang
membangunkan generasi terkini kapal selam.. Di samping itu, 2 buah kapal
selam Kelas Zwardwiss dari Belanda telahpun berada di Lumut untuk
dijual kepada TLDM melalui syarikat PSC dari Malaysia.
Jadi, kapal selam mana yang Malaysia patut pilih??
Ok, saya berikan satu situasi yang lain pada anda..
Pengguna A sedang membuat pilihan untuk membeli sebuah laptop baru,
tetapi dia tidak mempunyai pengalaman dalam memilih laptop. Dia cuma
tahu serba sedikit spesifikasi tentang laptop terbaru. Oleh kerana dia
bukan orang berada, jadi laptop tersebut akan digunakan untuk jangka
masa yang lama. Dan selagi laptop tersebut berdaya, dia akan guna sampai
rosak, baru la nak ganti yang baru.
Dalam pasaran ketika itu, ada beberapa model terbaru laptop dan ia
dibahagikan mengikut tingkat upaya processor laptop tersebut. Antara
yang ada ketika itu ialah i3, i5 dan i7... Jadi antara 3 kategori laptop
ini, mana yang lebih bagus?
Laptop i3 memg murah, tapi yang terbaru masa tu ialah dari i5 yang
sedikit mahal. i7 masih belum keluar. Kalau beli i3, nanti laptop i7
keluar, harga, spare part, teknologi yang ada pada laptop i3 tadi dah
tentu semakin jauh tertinggal di belakang. Laptop i5 pula agak mahal
tetapi kemampuan lebih baik dari laptop i3. Dan jurang spesifikasi
antara i5 dan i7 yang akan keluar nanti tidaklah begitu jauh.. Jadi ,
mana 1 nak pilih?? Laptop kena beli skrang, tak sempat nak tunggu i7
keluar sbb nak kena pakai. So, kalau korang, nak pilih yang mana?
Sama juga situasi dengan Malaysia. Memg banyak alternatif murah dengan
kapal selam sedia ada dari German dan Rusia, tetapi perancang TLDM
mahukan kapal selam yang boleh kekal relevan untuk jangka masa lama dan
mampu menandingi kesemua ancaman maritim. Jadi oleh kerana Scopene
adalah kapal generasi terkini, maka pemilihan closed tender dilakukan
dan Perancis dan Sepanyol diberikan tanggungjawab menghasilkan 2 buah
kapal selam baru dan terkini pada TLDM dan ia mengenetepikan smua
tawaran calon lain yang cuba menawarkan kapal selam pada TLDM..
Termasuklah 2 kapal Belanda yang tersadai di Lumut yang akhirnya
dipotong menjadi besi buruk. Akan tetapi, kos untuk membeli kapal selam
generasi terbaru ini dah tentu bukanya murah. Malah kos lain turut
menyumbang peningkatan yang lebih mahal.
Memandangkan ia Kapal Selam pertama TLDM, Malaysia tidak mempunyai
sebarang fasiliti untuk menempatkan Scopene, dan perlu melatih krew baru
kapal selam. Untuk melatih krew kapal selam, similator yang bakal
dibeli tidak cukup untuk melatih krew baru menimba pengalaman,, dan
sukar untuk Perancis memimjamkan kapal selam milik mereka utk tujuan
latihan. Atas sebab itu, Perancis bersedia menjual sebuah kapal selam
terpakai Agosta kepada Malaysia untuk melatih krew kapal selam. Dan
fasiliti latihan dan logistik juga dibina di Lumut dan Teluk Sepanggar.
Dan semua kos tersebut berjumlah kira-kira RM6.7 bilion untuk harga sub
baru+sub terpakai+fasiliti+peluru+latihan. Tetapi sistem AIP untuk
menjadikan kapal selam dapat menyelam lebih lama tidak dipasang.
Tetapi kenapa kapal selam yang dibeli oleh Thailand untuk 6 buah cuma
bernilai RM770 juta ??? Vietnam pula beli 6 kapal selam dengan harga
RM6.4billion..??? Tapi Malaysia beli 2 kapal selam dengan harga RM6.7
billion??. Sebelum admin jelaskan, korang tgok dulu rupa kapal selam ni.
Thailand beli Type U-206 terpakai dari Jerman (penah ditawarkan pada Malaysia.) |
Vietnam beli Kilo-636 KMV baru dari Rusia. |
Malaysia beli Scopene SSK baru dari Perancis. |
Dan ini penjelasanya.. Adakah berbaloi nak samakan kemampuan dan
teknologi Type U-206 dengan Scopene??? Dah tentu tak patut la, umpama
nak bandingkan kereta Proton Saga lama dengan Proton Preve terbaru,,, dh
tentu banyak bezanya. Tapi kenapa Thailand beli jugak??? Takkan la
Thailand nak tengok jiranya Singapore, Malaysia, Vietnam dan Indonesia
borong kapal selam, jadi untuk mengimbangi kekuatan tersebut, Thailand
yang dilanda krisis kewangan terpaksa membeli alternatif murah dan
singkat dalam menghadapi peperangan dengan kapal selam. Lagipun, saiz
kapal selam tersebut sesuai untuk laut Thailand yang lebih cetek.
Kilo-636 dibeli agak murah utk 6 unit kapal selam berbanding hanya 2
Scopene sahaja di Malaysia. Dari segi teknologi, tidak jauh beza jurang
tersebut, tetapi anda kena tahu, yang Vietnam bukanya kali pertama
mengoperasikan kapal selam. Mereka telahpun mengoperasikan kapal selam
Salmon Class dari Korea Utara, dan ini bermakna Vietnam sudahpun
mempunyai fasiliti latihan, logistik, dan pelbagai perkhidmatan sokongan
termasuk krew terlatih. Bukanya situasi yang sama dengan Malaysia
sebagai pengguna pertama kapal selam.
Dan paling penting, Scopene antara kapal selam tercanggih di rantau ini
dan dibuktikan apabila Singapura juga merancang untuk membeli kapal
selam tambahan dari kelas Scopene biarpun telah mempunyai 2 buah kapal
selam yang telah dinaiktaraf dan canggih. Dan spesifikasi Scopene juga
tidak sama seperti Scopene yang dibeli oleh Chile dan India. Kalau ia
spesifikasi yang sama dengan Malaysia, jadi untuk apa Singapura membeli
Scopene kalau mereka boleh membeli maklumat spesifikasi dn dokrin
tersebut melalui Chile dan India??? Jadi, adalah sangat penting sistem
Scopene dirahsiakan kerana kalau beli mahal-mahal tapi rahsia tersebut
disebarkan pada pengetahuan umum, maka tidak berbaloi dengan harga yang
perlu dibayar dalam memastikan TLDM mempunyai elemen kejutan dan cegah
rintang jika ada kuasa luar cuba mengancam keselamatan negara. Dan harga
keamanan jauh lebih mahal, dan mungkin tidak dapat dibeli dengan duit,
tetapi dengan harga darah.
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh
Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu
tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu
dan kamu tidak akan dianiaya." Surah An-Anfal ayat 60...
No comments:
Post a Comment