Antara kenamaan yang hadir hari ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.
Turut memberi penghormatan ialah 78 veteran tentera daripada pasukan anggota 1 dan 8 Renjer, dan pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja yang diterbangkan khas menggunakan pesawat Charlie C-130 Hercules, yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.
Pahlawan negara, Kanang Langkau akan diberi penghormatan negara dengan perarakan keranda mendiang bermula kira-kira jam 1 tengah hari dari Dewan Suarah ke St Thomas Cathedral, Kuching, untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan di Kubur Pahlawan, Jalan Taman Budaya pada jam 3 petang. - BERNAMA KUCHING: Dewan Suarah, Kuching, yang menempatkan mayat mendiang Pegawai Waran 1 (B) Datuk Temenggong Kanang Langkau terus dikunjungi orang ramai, kenalan, sanak saudara serta kenamaan untuk memberi penghormatan terakhir.
Antara kenamaan yang hadir hari ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.
Turut memberi penghormatan ialah 78 veteran tentera daripada pasukan anggota 1 dan 8 Renjer, dan pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja yang diterbangkan khas menggunakan pesawat Charlie C-130 Hercules, yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.
Pahlawan negara, Kanang Langkau akan diberi penghormatan negara dengan perarakan keranda mendiang bermula kira-kira jam 1 tengah hari dari Dewan Suarah ke St Thomas Cathedral, Kuching, untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan di Kubur Pahlawan, Jalan Taman Budaya pada jam 3 petang. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment