Kali ini, pemanggil, seorang lelaki, menghubungi kakitangan mahkamah kira-kira jam 8.25 pagi dan memaklumkan ada bom diletakkan di tempat letak kereta basemen dan di kafe mahkamah.
Anggota unit pemusnah bom dilihat memasuki mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi dan pengumuman bahawa bangunan berkenaan selamat dibuat kira-kira jam 9.50 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Othman, ketika ditemui, berkata polis menerima panggilan telefon daripada mahkamah memaklumkan mengenai panggilan telefon berkenaan.
Katanya, lima pegawai dan kira-kira 70 anggota daripada Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan (K9) anggota tugas am dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ditugaskan menjalankan pemeriksaan.
"Anggota polis ditempatkan di kompleks Mahkamah hingga tengah hari langkah berjaga-jaga dan polis meminta kakitangan mahkamah untuk perhatikan sebarang objek yang mencurigakan dan melaporkannya kepada anggota Unit Pemusnah Bom," katanya kepada pemberita.
No comments:
Post a Comment