Monday, 14 January 2013

Artis wanita: Kerajaan PAS Kedah tarik balik larangan

PAS akhir-akhir ini nampaknya cukup gabra dan prihatin bila mendengar apa saja isu yang masyarakat Cina merungut...kerana bimbang kehilangan undi mereka pada pilihanraya umum ke 13.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan berdepan dengan isu salon rambut - wanita tidak dibenar gunting rambut lelaki,terbaru kerajaan negeri Kedah terbelit dengan isu larangan artis wanita buat persembahan.

Sekalipun rakan politiknya,DAP kali ini menyepi,namun ramai kalangan masyarakat Cina tidak setuju.

Mereka bimbang ia menjadi petanda bagaimana kemungkinan berbagai peraturan lain yang beri kesan kepada kehidupan harian masyarakat bukan Islam akan timbul jika pakatan pembangkang menang PRU13.

Ia berbangkit ekoran garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lalu melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian.

Program '1Malaysia Sambutan Tahun Baharu Cina 2013' yang dicadang berlangsung di Star Walk Alor Setar  pada 15 Febuari  anatar yang berdepan dengan gharis panduan itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baharu Cina itu, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di Kedah.

Pagi Selasa,Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak segera mengeluarkan satu kenyataan menarik balik larangan persembahan artis wanita.

Katanya program '1Malaysia Sambutan Tahun Baharu Cina 2013' yang dicadang itu boleh diadakan jika semua syarat dipatuhi.

Antara syarat yang ditetapkan ialah setiap peserta yang terlibat dengan persembahan pentas pada program itu sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak dan dewasa) mesti berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.-15/1/2013

No comments:

Post a Comment