Sebentar tadi, berlangsungnya sebuah majlis berprestij, Anugerah
Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.
Anugerah ini telah menandingkan 12 buah lagu terbaik untuk merangkul
trofi Juara Lagu ke 27.
Membawakan elemen air pada AJL yang
lepas, anugerah ini sekali lagi tampil unik dengan elemen ‘Ekspresi
Seni’. Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir
Anugerah Juara Lagu 27, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul
anugerah iaitu Juara Lagu 27, Naib Juara Lagu 27, Tempat Ketiga Juara
Lagu 27, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.
Hafiz
berjaya mengungguli AJL 27 apabila berjaya merangkul 2 anugerah iaitu
Vokal Terbaik dan juga Tempat Ketiga. Manakala Yuna telah mencipta
sejarah apabila berjaya merangkul trofi juara untuk lagu Terukir Di
Bintang.
Uniknya, penyanyi gantian iaitu Aizat Amdan yang telah
mengambil trofi juara. Juara AJL 27 akan membawa pulang trofi serta wang
tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga
(trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik
masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
Apa
yang menarik, trofi persembahan terbaik terletak 100% ditangan anda.
Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL
27) Juara Lagu Ke 27 Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai Naib Juara
Lagu Ke 27 Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
Tempat Ketiga Juara Lagu 27 Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai Persembahan
Terbaik Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique Vokal Terbaik Ku
Akui (Hafiz Suip)
No comments:
Post a Comment