KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk
Mohamad Aziz berkaitan cadangan agar Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga
digantung sampai mati adalah pandangan bersifat peribadi dan bukan
pendirian Barisan Nasional (BN).
Tengku Adnan berkata, BN mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang.
Mohamad dilapor mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.
Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang
Perbekalan Tambahan semalam, Mohamad mendakwa Ambiga sebagai
"pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
"Apa yang disebutkan oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz
dalam persidangan Parlimen semalam, yang mencadangkan agar penganjur
perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan
mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan
kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong adalah bersifat
peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional.
"Saya ingin menegaskan bahawa Barisan Nasional mendukung Perlembagaan
Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan
perhimpunan Bersih masih dalam siasatan pihak berkuasa," kata Tengku
Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, dalam satu kenyataan dikeluarkan
hari ini.
No comments:
Post a Comment