SADONG JAYA (SARAWAK), 30 Jun (Bernama) -- Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO) sedia berbincang dengan agensi berwajib Indonesia
berhubung beberapa isu dan tuntutan hak budaya yang sering menimbulkan
pertelagahan pengiat industri seni dari kedua-dua negara itu.
Ahli lembaga MyIPO Nancy Shukri berkata kekurangan pengetahuan berhubung
seni dan budaya serta asal usul sesuatu masyarakat menjadi antara
faktor berlakunya tuntutan bertindih terhadap hak milik warisan budaya
itu.
"MyIPO sedia berbincang dengan pihak di Indonesia berhubung isu budaya
dan seni kerana kita tidak nafikan berlakunya penghijrahan penduduk dari
negara itu ke Malaysia (sebelum Merdeka) sehingga budaya negara itu
berkembang di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari
Harta Intelek Bersama Pemimpin dan Rakyat di sini.
Beliau berkata MyIPO telahpun berjumpa dengan kira-kira 1,000 artis dan
pengiat seni tempatan untuk berbincang tentang perkara yang perlu
diambil perhatian dalam menjaga hak seni budaya tempatan negara.
Menurutnya masih banyak lagi seni budaya tempatan seperti lagu rakyat
dan tarian tradisional serta seni mempertahankan diri yang belum
didaftarkan dengan MyIPO.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment