KUALA LUMPUR, 27 Jun – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataan yang
disebutkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam
persidangan Parlimen, semalam bukanlah pendirian BN.
Katanya, kenyataan Mohamad yang mencadangkan agar penganjur
perhimpunan Bersih, Datuk S.Ambiga digantung sampai mati dengan
mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan
kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang Di-Pertuan Agung adalah bersifat
peribadi.
“Saya ingin menegaskan bahawa BN mendukung Perlembagaan Malaysia dan
prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan perhimpunan Bersih
tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa,” tegasnya. – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment