Wednesday 20 March 2013

Annual Report 2012 ETP : Pertanian



Matlamat utama NKEA Pertanian adalah untuk menggerakkan industri ke arah perniagaan tani, daripada fokus yang dahulunya menumpukan pertanian. Ini akan tercapai melalui strategi transformasi yang merangkumi empat tema utama, iaitu: memanfaatkan kelebihan bersaing, mempergunakan pasaran premium, menjajarkan objektif keselamatan makanan dengan peningkatan PNK; dan penyertaan dalam rantaian nilai pertanian serantau.


Pada tahun 2012, NKEA ini melepasi sasaran KPI dan mencapai beberapa kejayaan penting. Setakat ini sejumlah 107 syarikat utama menerima kelulusan untuk mengambil bahagian di bawah NKEA ini, dengan pelaburan swasta yang dijanjikan berjumlah RM8.9 bilion untuk menjana RM13 bilion dalam PNK dan sebanyak 55,936 pekerjaan pada akhir tarikh siap setiap projek. Pelaburan swasta yang dijanjikan untuk EPP mengatasi pelaburan awam antara 71 peratus hingga 29 peratus, melepasi anggaran nisbah awal tahun 2020 iaitu 60:40.





Paling mendapat perhatian ialah pelantikan Lobster Aqua Technologies Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Darden Aquasciences yang berpangkalan di AS. Lobster Aqua Technologies akan membangunkan taman akuakultur udang kara bersepadu pertama dunia di Sabah di bawah EPP 4: Penternakan Akuakultur Melalui Sistem Sangkar yang Bersepadu, sekali gus membawa masuk pelaburan berjumlah hampir RM2.03 bilion.


Pembangunan positif yang dilihat sepanjang tahun 2012 bagaimanapun tidak terlaksana tanpa sebarang cabaran. Ini termasuklah kurang kesedaran untuk inovasi dalam industri; kekurangan insentif bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai peserta; dan jumlah terhad syarikat yang cukup berpengalaman bagi menguruskan rantaian nilai di seluruh industri.

No comments:

Post a Comment