SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda
Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata ulama boleh terus menasihati
pemerintah tanpa menyertai pilihan raya dan parti politik.
Fathul Bari berkata, sekiranya ada keperluan di antara keburukan dan
kebaikan dan melihat kebaikan yang banyak, maka terpulang kepada ulama
tersebut untuk menyeimbangkan suasana politik hari ini.
“Ramai yang cuba mempertahankan agama, tetapi kita terlupa orang yang
menyertai pilihan raya umum kadang kala ada asas agama tetapi tiada
pengetahuan mengenai pentadbiran negara, ekonomi dan sebagainya.
“Kita perlu seimbangkan keadaan tersebut. Hubungan struktur
pentadbiran, ekonomi dan sebagainya memerlukan maklumat kerana ia
membantu menyeimbangkan politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno,
Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan.
No comments:
Post a Comment