Wednesday 20 March 2013

Annual Report 2012 ETP : Pendidikan



Sebagai syarat yang paling asas bagi sebuah ekonomi yang maju, NKEA Pendidikan mengambil pendekatan pelbagai aspek dalam menangani keperluan pendidikan negara.


Sepanjang tahun 2012, tiga EPP baru telah diwujudkan bagi menangani permintaan pasaran. Ini terdiri daripada EPP 14: Membina Sebuah Kelompok Pembangunan Permainan; EPP 15: Menubuhkan Kampus Cawangan bagi Universiti Asing; dan EPP 16: Menubuhkan Institusi Pendidikan Bukan Berasaskan Keuntungan.

Kelompok Pembangunan Permainan, diwujudkan pada tahun 2012, akan menumpukan kepada dua bidang – iaitu mewujudkan kesedaran untuk menjadikan Malaysia hab pembangunan permainan dan juga membangunkan tenaga mahir bagi memenuhi permintaan industri.



Kolej Universiti KDU, sebagai peneraju projek, dan Codemasters Studios Malaysia telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman pada Januari 2012 untuk bekerjasama dalam menghasilkan sebuah kurikulum bagi pembangunan permainan yang memastikan graduan daripada program ini bersedia sepenuhnya bagi pasaran pekerjaan yang kompetitif.


Di bawah EPP 15, Universiti Heriot-Watt (HWU) telah menubuhkan kampus cawangan antarabangsanya yang kedua di Putrajaya, Malaysia pada tahun lepas. Meskipun kerja pembinaan kampus HWU seluas 20,000 meter persegi sedang dijalankan, namun universiti ini memulakan operasinya dengan program MBA pada September di sebuah tapak sementara yang terletak di Putrajaya. Kampus rasmi di Putrajaya terbuka kepada pelajar pada awal tahun 2013 apabila ia melancarkan program MBA global daripada Edinburgh Business School.

No comments:

Post a Comment