Sunday 6 January 2013

Husam Gagal Sapina @Zahid_Hamidi Dan Tarik Balik Kes Saman Pengarah Pelajaran | Kickdefella @Syedazidi

Pihak Husam Musa hari ini memohon menarik balik saman ke atas Haji Hussain Bin Awang.
Demikian menurut Peguam Nor Azli Ahmed yang mewakili Haji Hussain, Pengarah Pelajaran Kelantan. Husam menyaman Haji Hussain pada awal tahun 2011.
Peguam Nor Azli Ahmed, mewakili Defendan.
Peguam Nor Azli Ahmed, mewakili Defendan.
Nor Azli memaklumkan bahawa pihaknya telah bersedia untuk perbicaraan yang sepatutnya bermula pada hari ini. Haji Hussain bersama saksi-saksi defendan telah hadir tetapi Husam langsung tidak kelihatan di Mahkamah.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu kemudiannya bersetuju membenarkan permohonan peguam Husam dengan kos dan kebebasan untuk menfailkan semula saman tersebut.
Pada 19 Disember 2012 lalu, Husam juga telah tidak hadir untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuantan di dalam kes samannya terhadap Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Mahkamah Tinggi Kuantan terpaksa menangguhkan kes itu setelah perbicaraan berlangsung hanya selama 30 minit di atas permohonan peguam Husam.

Pada bulan Februari dan Mac 2013, jadual Husam dilihat penuh dengan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kuala Lumpur dan Kuantan. Antaranya ialah kes saman Kelantan Golden Trade lawan Utusan Malaysia dan 3 lagi. Husam adalah pengerusi Kelantan Golden Trade, sebuah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Kelantan Golden Trade menyaman para defendan antaranya berdasarkan laporan mereka terhadap tulisan di dalam blog Kickdefella yang meminta Husam mendedahkan hubungannya dengan seorang lelaki bernama Umar Ibrahim Vadillo. Husam sehingga hari ini tidak menjawab dan Umar pula didakwa sejak kes itu telah pergi ke Pakistan dan tidak pulang ke Malaysia.

Pada 20-28hb Februari 2013 pula Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mulakan perbicaraan kes Husam saman Utusan Malaysia dan pengarangnya berhubung sebuah artikel yang ditulis oleh Saudara Zulkiflee Bakar pada Mei 2009. Pada 28hb Februari hingga 8 Mac 2013 pula perbicaraan kes Husam saman Syed Azidi akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuantan.


http://kickdefella.net/2013/01/06/husam-gagal-sapina-zahid-dan-tarik-balik-kes-saman-pengarah-pelajaran/

No comments:

Post a Comment