Wednesday 20 March 2013

Annual Report 2012 ETP : Pemborongan dan Peruncitan



NKEA Pemborongan dan Peruncitan menyasarkan untuk memangkinkan transformasi sektor pemborongan dan peruncitan, seterusnya meningkatkan peranannya dalam menarik penggunaan domestik, yang menyumbang kepada lebih 60 peratus daripada KDNK Malaysia.


NKEA ini telah mencatatkan kemajuan yang ketara dalam tahun 2012, dan dalam beberapa bidang, melepasi sasaran yang ditetapkan untuk tahun tersebut. Transformasi kedai runcit terus mencipta kejayaan besar berikutan pembukaan 568 buah kedai TUKAR, melepasi sasaran asalnya sebanyak 500 buah kedai bagi tahun tersebut. Ini membawa kepada jumlah yang telah ditransformasikan setakat ini kepada 1,087 buah kedai. Peserta TUKAR telah melaporkan kenaikan purata sebanyak 30 peratus dalam pendapatan pasca transformasi.





Projek Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) turut melepasi sasaran 50 buah bengkel yang ditetapkan bagi tahun 2012 dengan kejayaannya mengubah 110 buah bengkel pada tahun itu. Secara kumulatif dari tahun 2011, sejumlah 165 bengkel telah diubah hingga kini di bawah projek ini.


Makan Bazaar yang pertama, yang terletak di Mall of Medini telah mula beroperasi sejak pertengahan tahun 2012. Bazaar yang berkeluasan 180,000 kaki per segi ini menampilkan 18 buah kedai makanan dan minuman (F&B) serta 6 buah kios, berupaya memenuhi keperluan lebih 1,000 pelanggan.

EPP 3, Membangunkan Pasar Komuniti, telah dipindahkan ke NKEA Pertanian bagi pelaksanaan lebih lancar disebabkan oleh penglibatan pihak berkepentingan berasaskan pertanian.

No comments:

Post a Comment