Wednesday, 20 March 2013

Tinjauan ETP Tahun 2012

Hanya lebih dua tahun selepas pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada Oktober 2010, kami berbesar hati melaporkan kemajuan yang telah dicapai pada tahun 2012.

Ekonomi global masih dibelenggu ketidaktentuan sepanjang tahun 2012 ekoran krisis kewangan negara Eropah yang berterusan dan kebimbangan terhadap pembaharuan dasar fiskal di Amerika Syarikat (AS). Tantangan (headwinds) ini mendatangkan prospek yang mencabar terhadap ekonomi dunia sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dalam pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2012, mengatasi purata pertumbuhan Asia Pasifik sebanyak 3.8 peratus. Pertumbuhan ini didukung oleh aliran masuk pelaburan yang makin berkembang secara dinamik dan pertumbuhan dalam penggunaan domestik.

Kami percaya bahawa perkembangan ini dipacu sebahagian besarnya oleh agenda transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun 2010 untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR)










No comments:

Post a Comment