Tuesday 10 July 2012

Polis Tahan Orang Awam Kumpul Secara Haram Di Wisma Sri Pahang

KUANTAN, 10 Julai (Bernama) -- Sekumpulan orang awam yang berhimpun secara haram di hadapan Wisma Sri Pahang di sini hari ini ditahan polis kerana gagal mematuhi arahan supaya bersurai dari pintu masuk bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kumpulan seramai 31 orang itu ditahan pada 3.50 petang apabila mereka gagal mengikuti arahan secara baik yang dikeluarkan oleh polis.

Beliau berkata kumpulan itu dipercayai datang dari Cameron Highlands untuk berjumpa Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu tanah, bagaimanapun gagal kerana beliau tiada di Kuantan.

"Ekoran daripada itu, mereka berkumpul di pintu masuk Wisma Sri Pahang sebagai tanda protes pada 10.45 pagi sebelum setiausaha sulit kepada Menteri Besar datang dan membawa 14 orang daripada mereka ke pejabat untuk berbincang," katanya kepada pemberita di sini, hari Selasa.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment