KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom
Beli Barang@Putrajaya dari 25 hingga 29 Julai ini.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, KPDNKK berkata ia akan dilancarkan
menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Julai.
KPDNKK berkata program yang dianjurkan sejak 2009 itu bertujuan
membantu pengguna mendapatkan barangan untuk persiapan Aidilfitri pada
harga rendah.
Ini sekaligus mampu mempergiat aktiviti perdagangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Program itu bakal menyaksikan 268 gerai menjual pelbagai barangan
antaranya produk kecantikan, pakaian, alat telekomunikasi, barangan
elektrik serta produk makanan dan minuman.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment