Wednesday 25 July 2012

Pemilihan Tema Hari Kebangsaan Hak Kerajaan Memerintah - Ahmad Maslan

PULAU INDAH, 25 Julai (Bernama) -- Pemilihan tema Hari Kebangsaan merupakan hak kerajaan memerintah berdasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis kepada mana-mana pihak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan bulan depan perlu dilihat dalam konteks makna janji itu sendiri.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata menepati janji adalah satu nilai universal yang tidak terbatas kepada agama atau kepercayaan tertentu.

"Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat murni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepada rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan.

"Sebagai satu nilai universal, apa yang diputuskan itu mencakupi semua aspek kehidupan, kecuali ia disempitkan dengan mencari makna daripada sudut politik," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di atas Kapal Maritim (KM) Marlin di sini, Rabu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment