JOHOR BAHARU, 24 Julai (Bernama) -- Restoran atau hotel yang
menggunakan perkataan bufet Ramadan tetapi dalam masa yang sama tidak
mempunyai sijil halal boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(KPDNKK) Johor Ayub Abd Rahman berkata perkataan Ramadan boleh
mengelirukan umat Islam yang beranggapan premis itu menyajikan makanan
halal.
"Jika digunakan perkataan bufet Ramadan, tetapi dia tidak mempunyai
logo dan sijil halal yang sah kita akan ambil tindakan," katanya kepada
pemberita selepas melawat sebuah kilang memproses minyak di sini Selasa.
Katanya ia termasuk premis menggunakan ayat al-Quran yang melambangkan
makanan orang Islam, tetapi tidak memiliki sijil halal yang sah juga
boleh dikenakan tindakan.
Mana-mana pihak yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dikenakan
denda RM1 juta atau penjara tiga tahun, manakala bagi syarikat denda
RM5 juta mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan
bermula 1 Julai lepas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment