JERLUN, 23 Julai – Isu pembelian saham Felda Global Ventures Holding
(FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang membabitkan 500
ribu unit dan bernilai lebih RM2 juta biarpun dikatakan sudah selesai
apabila PKNK diarahkan untuk menjualkan saham itu semula hakikatnya
menimbulkan persoalan yang mendalam iaitu siapa sebenarnya yang
berbohong?
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswad Abu Bakar berkata PKNK
adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah di mana Pengerusi PKNK ialah
Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak di samping dua
orang Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu Datuk Pahrolrazri dan Datuk
Amiruddin Hamzah sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNK.
“Persoalannya di sini, adakah Pas Kedah sehaluan dengan pimpinan
pakatan pembangkang yang menolak secara total cadangan penyenaraian
saham FGVH kepada umum. Daripada situasi ini dapat disimpulkan bahawa
Pas Negeri Kedah tidak sehaluan dengan keputusan pakatan pembangkang di
peringkat pusat.
“Hakikatnya, PKNK perlu mendapat keputusan daripada YAB Menteri Besar
Kedah untuk membeli saham tersebut. Menteri Besar Kedah perlu
menandatangani persetujuan tersebut. Namun ianya dilakukan berbeza
dengan apa yang dipersetujui di peringkat pusat pakatan pembangkang itu
sendiri,” ujarnya mengulas kemelut PKNK dalam pembelian saham FGVH
baru-baru ini.
Justeru tambahnya, isu ini adalah kesinambungan daripada rentetan isu
berbeza dasar Kerajaan Pas Kedah dengan pimpinan pakatan pembangkang di
peringkat pusat.
Sebelum ini katanya lagi kerajaan Pas Kedah berdepan dengan isu
ternakan babi, isu penggantungan pelajar KUIN dan isu perlantikan Exco
Kerajaan Negeri.
Ini tegas beliau menunjukkan bukti betapa pimpinan pakatan
pembangkang di peringkat pusat tidak mampu untuk memastikan pimpinan
Kerajaan-Kerajaan Negeri berada dalam landasan yang sama seperti yang
diputuskan oleh pusat.
“Sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara
kemungkinan besar dasar-dasar yang dipersetujui di peringkat Kerajaan
Persekutuan tidak akan dilaksanakan d iperingkat negeri. Ini akan
menyebabkan rakyat akan menjadi mangsa daripada ketidakseragaman ini.
“Walaubagaimana pun rakyat negeri Kedah masih mempunyai peluang untuk
merubah keadaan ini dengan memberi ruang dan kepercayaan kepada Barisan
Nasional untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Kedah. Sekiranya
mandat ini diberikan maka perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku
lagi,” tambahnya lagi. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment