Wednesday 20 March 2013

Terkini ... ANWAR TURUT SAMAN DATO' ESKAY RM100 JUTA


| Wednesday, March 20, 2013
Anwar Ibrahim turut failkan saman RM100 juta terhadap Datuk Syazrly Eskay ?



Rakyat pasti meletakkan satu tanda soal cukup besar terhadap Anwar Ibrahim ...

Mengapa tidak diambil tindakan saman dan mahkamah terhadap Datuk Syazrly Eskay sepertimana beliau mahu mengambil tindakan saman RM100 juta terhadap blogger Papa Gomo jika memohon maaf dalam tempoh 48 jam seperti yang telah diwar-warkan oleh barisan peguamnya.

Apakah ianya tidak pelik, Datuk Syazrly Eskay, yang didakwa mengeluarkan video aksi lucah mirip Ketua umum PKR yang bersenggama dengan seorang wanita Cina ( China Doll ) ini terlepas pandang oleh Anwar Ibrahim sendiri dan barisan peguamnya.

Apa sangat jika dibandingkan dengan blogger Papa Gomo yang hanya mengeluarkan gambar-gambar perlakuan lucah mirip Ketua umum PKR.

Relevannya, Datuk Syazrly Eskay mengeluarkan, menghasilkan dan menerbitkan video aksi lucah mirip Anwar Ibrahim, blogger Papa Gomo ? Video vs Gambar ? ...

Mengapa Anwar Ibrahim cukup takut untuk mengheret Datuk Syazrly Eskay ke dalam gelanggang mahkamah atas cubaan untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai ahli politik yang prolifik ?

Sewajarnya Datuk Syazrly Eskay yang wajib diheret ke muka pengadilan atas dakwaan melemparkan fitnah melalui video aksi lucah mirip Ketua umum PKR yang bersenggama dengan seorang wanita Cina.

Ditambah pula dengan lafaz sumpah mubahalah Datuk Syazrly Eskay mengakui dan mengesahkan dengan jelas bahawa Pelaku melakukan aksi seks ganas di dalam rakaman video porno itu adalah Anwar Ibrahim sendiri.





Pada Hari ini 29 April Tahun 2011, Saya Sazryl Eskay bin Abdullah, Dengan ini Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Berikrar dan Bersumpah Seperti Berikut ... Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Aku Bersumpah Bahawa Aku dan Dato Sedri Anwar Ibrahim Berada Dalam Paparan Video Yang Dirakamkan Pada 21 Februari Tahun 2011, Dato Seri Anwar Ibrahim Adalah Pelaku Dalam Video Tersebut. Sekiranya Aku Melakukan Fitnah, Dalam Kenyataan Bersumpah Ini, Maka Allah Akan Melaknat Diriku'



Bagaimana pula dengan dakwaan Datuk Syazrly Eskay masih lagi memiliki jam tangan Omega kepunyaan Ketua Umum PKR ini.





Bukankah ini satu lagi fitnah secara terang-terangan yang dilemparkan oleh Datuk Syazrly Eskay memandangkan Wan Azizah secara mutlak adalah 'Penyimpan Mohor Besar' jam tangan Omega kepunyaan suaminya.



Rakyat pasti mempersoalkan kredibiliti dan integriti Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang didakwa sebagai suci bersih oleh penyokong beliau, gagal untuk mengheret Datuk Syazrly Eskay ke muka pengadilan untuk di hukum dengan hukuman yang paling berat.

Apa perlu mengambil tindakan saman terhadap blogger picisan seperti Papa Gomo ?

Bukankah ini hanya akan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli politik yang prolifik, sekadar berani menggertak Papa Gomo namun cukup menikus untuk berhadapan dengan Datuk Syazrly Eskay ?

Barangkali masih ada RAHSIA BESAR yang disimpan oleh Datuk Syazrly Eskay sehingga menggusarkan Anwar Ibrahim untuk mengambil sebarang tindakan.

Apa lagi yang ditunggu Anwar Ibrahim. Saman sahaja Datuk Syazrly Eskay dengan amaun RM100 juta.

No comments:

Post a Comment