Monday 14 January 2013

Himpunan KL112 : 'Formula' Berkesan antara PDRM & Penganjur.


alt
 
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan pada 12 Januari 2013 membuka satu dimensi baru dalam perlaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.

Setelah berdepan dengan pelbagai jenis tunjuk perasaan dan demonstrasi yang ditunjangi parti pembangkang , PDRM dilihat seperti telah berjaya menemui 'formula' yang berkesan untuk mengawal peserta-peserta HKR yang pada mulanya dijangka penganjur seramai 300 ribu orang .

Pihak PDRM , pengurusan stadium dan penganjur HRK seolah mencapa kata sepakat untuk menjadikan perhimpunan HRK sebagai perhimpunan paling aman berbanding beberapa siri perhimpunan yang dicemari keganasan sebelum ini. Tiada lagi gas pemedih mata, tiada lagi kanak-kanak yang menangis, tiada lagi kereta polis diterbalikkan dan tiada lagi insiden pukul-memukul diantara peserta dan pihak polis.
 
alt
 
Walaupun berlaku kesesakan di beberapa kawasan pihak polis berjaya mengawal keadaan lalu-lintas semasa perarakan peyokong yang bermula dari beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur . Walau bagaimanapun, pihak polis mengawal Dataran Merdeka dengan agak ketat , mungkin tindakan ini berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas apabila kekecohan kerap kali berlaku apabila peserta demonstrasi berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

Tindakan PDRM mengawal Dataran Merdeka dengan agak ketat sebenarnya relevan denganSa mengambil kira perimeter sekitar Padang Merdeka adalah terbuka dan mudah untuk provokator melakukan kekecohan dan seterusnya melarikan diri di celah-celah bangunan yang mengelilingi kawasan ini .

Walau bagaimanapun, tindakan ini mungkin sukar dilakukan di dalam stadium kerana keselamatan di kawasan ini dipantau oleh kumpulan Unit Amal Pas yang dilihat agak professional dalam melakukan tugas-tugas mereka. Perhimpunan HRK seharusnya boleh menjadi lebih aman sekiranya perarakan secara beramai-ramai sekitar beberapa lokasi di Kuala Lumpur tidak dilakukan. Perarakan sebegini sedikit sebanyak menganggu kelancaran lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur
 
alt
.

Selain itu, titik – titik lokasi di mana perarakan ke Stadium Merdeka bermula juga dilihat agak jauh seterusnya menimbulkan beberapa risiko keselamatan pada peserta sendiri selain sampah-sampah yang mungkin dibuang semasa perarakan. Penganjur mungkin perlu menimbang perkara-perkara ini demi kebaikan peserta dan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Sekiranya perarakan masih difikirkan perlu, mungkin lebih baik dipilih satu lokasi yang jaraknya lebih dekat dengan tempat perhimpunan untuk mengurangkan risiko kepada peserta dan kesesakan lalu lintas .

Berbeza dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan sebelum itu , suasana Kuala Lumpur pada malam sebelum perhimpunan diadakan amat lengang sekali. Paling mengejutkan kelab-kelab malam di sekitar Kuala Lumpur yang kebiasaannya agak sesak pada malam minggu juga dilihat kurang pengunjung. Penulis melakukan tinjauan di beberapa lokasi yang dianggap 'panas' iaitu sekitar bangunan Majlis Peguam , Brickfields, Masjid Negara dan di sekitar kawasan stadium sendiri.

Kawasan-kawasan yang kebiasaannya akan berlaku sedikit kekecohan pada malam sebelum perhimpunan diadakan dilihat lengang . Hanya kelihatan beberapa orang anggota polis mengawal kawasan-kawasan yang dinyatakan . Di sekitar stadium pula, peniaga-peniaga sibuk mendirikan gerai untuk menjalankan perniagaan pada keesokan harinya. Suasana sebegini seolah-olah menunjukkan tiada perhimpunan dan perarakan besar-besaran yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Malah seorang rakan media yang bersama-sama melakukan tinjauan juga menyebut “it is too good to be true” .

Respon beliau adalah berdasarkan promosi besar-besaran yang dilakukan penganjur beberapa bulan sebelum itu pasti menarik jumlah yang paling besar dalam sejarah perhimpunan /perarakan haram yang dianjurkan. Malah pernah dianggap seorang penulis blog pro-pembangkang sebagai “Bapak kepada segala perhimpunan”
 
alt
 
Hakikatnya, pada keesokan hari perarakan dan perhimpuna yang diadakan di Stadium Merdeka berlaku secara aman. Malah jumlah kehadiran 100,000 peserta yang diwar-warkan oleh pengajur juga tidak mencapai anggaran awal iaitu 300,000 . Jumlah kehadiran bagi HKR juga gagal menyaingi jumlah perhimpunan Bersih 3.0 yang diwar-warkan pengerusi Bersih 3.0 , Ambiga iaitu seramai 300,000 orang. Mungkin perhimpunan kali ini gagal menarik minat peserta-peserta berbanding momentum yang ditunjukkan semasa Bersih 3.0 kerana bimbang dengan insiden-insiden keganasan yang mungkin ditimbulkan .

Seperti yang diketahui, majoriti peserta Bersih 3.0 adalah kaum Cina yang dilihat kurang agresif semasa demonstrasi diadakan , sekiranya dilihat pada 'photoshoot' insiden menerbalikkan kereta polis melibatkan peserta-peserta berbangsa Melayu .
 
 
alt
 
Mungkin timbul satu persepsi kerisauan di kalangan kaum Cina yang menjadi majoriti semasa Bersih 3.0 dahulu dengan anggapan kehadiran majoriti peserta-peserta berbangsa Melayu untuk HKR bakal mencetuskan kekecohan yang lebih besar. Namun apabila berakhirnya HKR secara aman dengan kerjasama PDRM, pihak stadium dan penganjur, persepsi sebegini mungkin berjaya di padamkan.

Dilihat peserta-peserta yang berada dalam stadium mula beransur-ansur keluar secara aman semasa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat sedang membuat ucapan. Juga dilihat beberapa orang peserta pehimpunan di kalangan yang memakai baju hijau mengambil inisiatif untuk memungut sampah di kawasan sekitar.

No comments:

Post a Comment