Sunday, 17 March 2013

Kiram III Arah Semua Anjingnya Bunuh Diri !!

Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.

Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas.

Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kad pengenalan palsu

Pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mengesahkan kejadian itu...seterusnya baca d SINI

No comments:

Post a Comment