Friday 22 June 2012

Bantuan tidak sampai hanya gimik politik pembangkang


BERA 22 Jun- Komponen Barisan nasional bera tidak pernah berdiam diri malah sentiasa turun padang menjalankan aktiviti mendekati rakyat.
Pengerusi Penerangan Barisan nasional Parlimen Bera Mohamed Jidi Yaakob berkata istilah berdiam diri tidak ada di dalam kamus Bn Bera malah, jentera BN sentiasa di gerakan dan mengatasi masalah rakyat.
Beliau menafikan tomahan pembangkang bahawa kompenan BN sepi dan tidak bergerak dan mendakwa pembangkang boleh merampas kerusi-kerusi di menangi Bn termasuk kerusi parlimen pada pilihanraya umum ke- 13 kali ini.
“ Impian Pembangkang itu adalah sebagai angan-angan dan tidak berpijak di bumi nyata, malah kompenan BN telah mengerakan jenteranya bagi menghadapi bagi pilihanraya ini.
“ Kita bukan sahaja turun padang menyelesaikan masalah rakyat, malah mengadakan aktiviti serta program lebih 5-10 kali setiap minggu yang membabitkan ketuanya Dato Sri Ismail Sabri Yaakob” katanya
Md Jidi berkata demikian pada pemberita selepas perjumpaan dengan ketua dan pemimpin peminpin kompenan BN Parlimen Bera serta sokongan kepada pucuk pimpinan parti di peringkat pusat, negeri dan parlimen.
Katanya, Bn sedia menerima siapa juga calon yang di tonjolkan pucuk pimpinan kerana yang utama kita berazam merampas kembali DUnTriang yang kini di menangi pembangkang.
Md Jd Optimis sebagai besar pengundi di kawasan parlimen bera akan berpihak dan mengundi calon-calon Bn kerana kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri dato Sri Mohamad Najib Tun Razak telah melakukan tranformasi termasuk , BR1M, KRIM bantuan persekolahan, wang durian runtuh peneroka felda, penyelarasan gaji dan lain-lain.
Timbalan Ketua MIC Bahagian Bera Arya Samy Murugan berterima kasih kepada kerajaan pusat yang memperuntukan lebih RM 4 Juta Bagi membina 2 buah sekolah jenis kebangsaan tamil di Ladang menteri dan Kemayan termasuk membaik pulih 17 buah kuil sekitar parlimen bera tahun ini.
Katanya ini membuktika bahawa kerajaan barisan nasional tidak pilih kasih dan prihatin dalam membela rakyat pelbagai kaum.
Tuduhan pembangkang bahawa Bn menyisihkan menoriti kaum Indaia tidak benar sama sekali malah ia semata-mata satu pembohongan dan rektori sahaja.
Naib Ketua Pemuda MCA Bahagian Parlimen Bera Tan Yan Yang, berkata kira-kira 100 NGO masyarakat Cina mendapat peruntukan yang banyak di dalam menjalankan \Program dan Aktiviti Tempatan.
Tan berjanji Pemuda MCA akan habis-habisan mempastikan DunTriang yang di menangi DAP dapat dirampas kembali oleh BN pada pilihanraya kali ini.
Dalam perkembangan lain kalangan peneroka Gugusan Bera mensifatkan Pembangkang sudah ketandusan Isu untuk mempengaruhi Peneroka kerana sudah tiada lagi isu yang boleh di ketengahkan. 

No comments:

Post a Comment