"Saya tidak pernah kejar
duniawi.." itulah luahan pertama keluar dari mulut Ustaz Saidi Hussin
ketika menerima kunjungan aakj satu ketika dulu di rumahnya di Pasir
Puteh Kelantan.
Kunjungan aakj ketika
itu kerana teringin sangat mendengar sendiri dari mulut orang yang
sangat dipercayai Nik Aziz satu ketika dulu, ketika beliau menjawat
jawatan Ketua Unit Keselamatan dan bertanggungjawab menjaga pergerakan
Nik Aziz terutama ketika Nik Aziz hadir dalam mana-mana ceramah dan
mana-mana program bersama rakyat Kelantan.
"Selama hampir 18 tahun
saya berkhidmat dengan penuh taat setia kepada Nik Aziz dan Pas, selama
itulah saya tidak pernah ambil peluang apa-apa untuk kepentingan diri"
tegasnya Ustaz Saidi yang mendapat pendidikan ugama di beberapa pondok
di sekitar Kelantan.
Lihatlah foto di atas,
aakj sendiri terkejut bila mula-mula sampai ke rumah beliau, rumah
papan, rumah kampung dan amat terkejut bila kaki ini melangkah masuk,
subhanallah, inikah rumah insan yang pegang jawatan "Ketua" dalam jemaah
Nik Aziz ?
Dalam hati terdetik, Nik
Aziz sendiri pun belum tentu sanggup tinggal di rumah sebegini zuhud.
Ceramah keliling kampung, syarahan agama tentang zuhud tetapi lihatlah
bagaimana kehidupan Nik Aziz dan anak menantu serta cucunya seramai
lebih dari 50 orang itu.
Duduk bersila saja,
Ustaz Saidi terus hidangkan minuman, "Air bujang saja ni.." ujar beliau,
santun orang Melayu, walau apa jua keadaan hidup kita, tetamu kita
wajib muliakan sekadar yang kita mampu katanya tersenyum menerima
kehadiran kami.
Aakj menerangkan tujuan
kedatangan berhubung isu yang mana beliau sendiri menjadi saksi, bukan
saksi mata tetapi orang yang bertanggungjawab menangkap sendiri Adun Pas
dan isteri Ketua Cawangan Pas dalam Gerabak KTM di hentian Keretapi
Kuala Krai Kelantan.
Raut wajah Ustaz Saidi
nampak agak muram bila menceritakan saat tangkapan itu dan bagaimana
bila pasangan tersebut di bawa berjumpa Nik Aziz untuk diadili, Ustaz
Saidi terkejut bila Nik Aziz ternyata gagal untuk menunaikan apa yang
beliau selama ini berceramah di pentas politik dan juga di surau dan
masjid tentang peranan Pemimpin Islam.
Ustaz Saidi amat
terguris dan kecewa bila Nik Aziz yang selama ini di anggap bapa, ketua
malah seorang Tok Guru yang sangat bersih rupanya melepaskan pasangan
yang terang-terang berada dalam keadaan yang amat memalukan begitu saja.
" Allah dah maafkan.." itulah ayat yang keluar dari mulut Nik Aziz demi
untuk selamatkan maruah parti yang labelnya Islam.
Bermula saat itu, Ustaz
Saidi membuat keputusan yang drastik, TINGGALKAN parti yangselama ini
dipuja melangit. Beliau pasrah pada Yang Esa. Hajat hati ingin bersama
Pas membina Negara Islam, rupanya apa yang ditanam dalam fikiran ahli
parti selama ini adalah pembohongan semata-mata. Pemimpin kenyang, ahli
merempat ujar Ustaz Saidi.
Malah isteri beliau juga yang aktif dalam program muslimah turut berundur dari sebuah perjuangan yang akhirnya PALSU.
Mengenang kembali
bagaimana taksubnya beliau terhadap Pas kerana LABEL yang digunakan.
Beliau tertarik kerana wadah perjuangan parti ini kerana satu-satunya
parti yang kononnya perjuangkan ISLAM di Malaysia. Malah satu-satunya
parti yang kononnya menjanjikan HUKUM ISLAM tertegak di Malaysia kiranya
diberi peluang memerintah.
Beliau sanggup
tinggalkan kesenangan duniawi demi mengejar kehidupan ukhrawi yang
kekal, kerana itulah intipati ceramah-ceramah Pas di segenap pelusuk
negara. Beliau juga sanggup 'bertempur' dengan ahli UMNO atau siapa saja
yang cuba rosakkan nama baik Pas ketika itu, tegas Ustaz Saidi.
Kemuncak dari segala
ketaksuban terhadap 'Parti Islam", beliau sanggup tawarkan diri untuk
membunuh Tun Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Semuanya
kerana taksub yang melampau hasil dari kemuncak doktrin yang diterapkan
dalam pemikiran ahli Pas melalui Amanat Hadi Awang.
Kami merancang ingin menculik dan menamatkan riwayat Tun Mahathir !!!
Nekad sekali saya ketika itu kerana apa yang ada dalam kepala saya hanya satu, JIHAD !!
Menentang UMNO dan BN
ketika itu kalau mati, maka mati saya dikira mati SYAHID dan Allah akan
tempatkan saya bersama syuhada yang lain di syurgaNya nanti. Apa yang
tertanam dalam hati saya hanya satu, UMNO dan BN perlu dihapuskan kerana
mereka membawa pemerintahan jahiliah dan sesat.
Kenduri atau kematian
orang UMNO pun saya tak pergi, sayu aakj lihat raut wajah Ustaz Saidi
ketika menceritakan perihal memboikot apa saja yang dibuat oleh orang
UMNO kerana ada di antara mereka adalah ahli keluarganya sendiri dan
saudara maranya sendiri. Bila dikenangkan balik, saya terasa amat
berdosa kerana memutuskan silaturrahim sesama saudara, apalagi saudar
seugama. "Nabi saw ajar kita lain, pemimpin Pas ajar kita lain..'
sambung Ustaz Saidi.
Alhamdulillah, beliau
panjatkan kesyukuran kerana Allah swt beri dia peluang kedua. Ustaz
Saidi nyatakan, kalaulah saya terukan niat saya, entah di mana tempat
saya di akhirat kelak kerana membunuh nyawa seorang manusia yang juga
punyai Kalimah Tauhid sama seperti saya.
Syukur sangat-sangat,
rupanya kejadian tangkapan Adun Pas Selising dengan Isteri Ketua
Cawangan Pas merupakan asbab atau hikmah tersendiri. Asbab untuk saya
lihat sendiri dan untuk saya kenali siapa pemimpin pas sebenarnya. Allah
swt buka HIJAB untuk saya keluar dari parti yang selama ini
berselindung sebalik nama ISLAM !!
Ustaz Saidi juga
menyatakan selama ini beliau hanya ambil sikap 'tutup telinga' bila
moral Adun-adun Pas mula diperkatakan, sifat tamak mengumpul harta
kekayaan dengan himpunan kawasan balak juga beliau tidak ambil kesah,
baginya ketika itu mungkin untuk kegunaan parti maka Adun- adun pas di
beri tanah balak. Kumpul isteri itu biasa bagi yang ada duit, sinis
Ustaz Saidi bila aakj usik isu ramai YB Pas kawin lebih dari satu dan
ada di antaranya nikah dengan orang luar negara.
Malah ketika cerita Mat
Sabu ditangkap dengan isteri orang juga beliau beranggapan itu semua
mainan kotor ahli UMNO dan BN !! sambil menggeleng kepala, bodohnya
saya....taksub sangat-sangat katanya.
Kini setelah beliau
keluar dari parti yang bertopengkan Islam, beliau mulakan usaha untuk
'tebus balik' segala kesilapan dan kealpaan beliau. Ustaz Saidi kini
menjadi ahli UMNO Pasir Putih Kelantan dan sebagai menebus kesilapan
lampau, beliau setiap hari akan pergi dari rumah ke rumah saudara mara,
sahabat handai dan jiran sekeliling, meminta maaf atas kekhilafan lampau
dan mengajak mereka meninggalkan Pas !
Alhamdulillah, dengan
berkat doa dan usaha beliau bersama dengan Kumpulan Pendita, Ustaz
Rujhan, kini telah lebih dari 3000 ahli Pas telah tinggalkan Pas dan
masuk UMNO. Malah Ketua Muslimah Pasir Putih sendiri tinggalkan Pas
kerana pendedahan kesesatan Pas oleh beliau dan Kumpulan Pendita.
No comments:
Post a Comment