Kira-kira 15 orang penyokong ahli parlimen itu dilihat bertindak membuat kepungan dan salah seorang daripadanya memarahi pegawai Polis yang hadir bagi mengiringi Tian Chua.
Turut menghalang Tian Chua daripada dibawa pihak Polis adalah peguamnya, Lathefa Koya, N. Surendran dan Eric Paulsen.
Seorang pegawai ASP Wong Chee Mean, dari jabatan siasatan jenayah Johor Selatan menjelaskan,bahawa mereka tidak berniat untuk menggari dan menahan Chua di dalam lokap, tetapi hanya untuk mengiringi Tian Chua ke bilik polis di kompleks tersebut.
Namun, Latheefa tetap membantah dan berkata tindakan berkenaan boleh dianggap sebagai tindakan penahanan Chua kerana mengehadkan pergerakan dan tindakan itu memalukan pemimpin PKR tersebut
5 comments: