![]() |
DS Ismail Sabri bersantai bersama Belia |
BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan akan membantu belia berniaga dengan menggunakan motosikal
roda tiga mulai tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka akan dilatih dan diberi pinjaman sehingga RM15,000 seorang tanpa faedah yang bayaran baliknya adalah antara tiga hingga tujuh tahun.
"Seramai 500 belia di seluruh negara akan diberi pinjaman modal. Dalam
fasa pertama yang akan bermula tidak lama lagi, seramai 50 belia akan
terbabit," katanya yang juga Ahli Parlimen Bera kepada pemberita selepas
merasmikan program mesra bersama belia di Dataran Krayong di sini, hari
ini.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya antara lima hingga 10 belia di setiap negeri akan diberikan peluang itu.
"Program ini akan dimulakan untuk belia-belia di Semenanjung sebelum diperluas di Sabah dan Sarawak secara berperingkat-peringkat," katanya.
Ismail Sabri berkata, belia berumur 18 tahun yang mempunyai lesen memandu dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan motosikal akan diberikan keutamaan.
Sehingga ini seramai 500 belia sudah membuat permohonan bagi menyertai program itu yang dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, katanya.
- BERNAMA
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka akan dilatih dan diberi pinjaman sehingga RM15,000 seorang tanpa faedah yang bayaran baliknya adalah antara tiga hingga tujuh tahun.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya antara lima hingga 10 belia di setiap negeri akan diberikan peluang itu.
"Program ini akan dimulakan untuk belia-belia di Semenanjung sebelum diperluas di Sabah dan Sarawak secara berperingkat-peringkat," katanya.
Ismail Sabri berkata, belia berumur 18 tahun yang mempunyai lesen memandu dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan motosikal akan diberikan keutamaan.
Sehingga ini seramai 500 belia sudah membuat permohonan bagi menyertai program itu yang dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, katanya.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment