Menurutnya, perjanjian sulit itu dibuat di antara Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Hudud & Negara Islam Digugur
Perjanjian sulit Pakatan dibuat pada 18 Disember 2009, manakala
Lajnah Politik PAS Pusat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah
kepada penganut Kristian dibuat pada 4 Januari 2010.
“Umat Islam masih kabur dengan status pemerintahan sebenar andainya
Putrajaya berjaya ditawan PR. Apa yang jelas PR telah menolak hudud
untuk dilaksanakan kerana Buku Jingga tidak menyentuhnya.
“Juga telah termaktub dalam perjanjian Persefahaman Pakatan
pembangkang pada 18 Disember 2009, bahawa tidak menjadikan perjuangan
Negara Islam dan pelaksanaan hudud sebagai agenda bersama,”dedah
Al-Afghani dalam buku terbarunya, “Kafirkah Aku”
Anwar Disepakati Jadi PM
C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco
Dewan Pemuda PAS Kedah turut mendedahkan dalam perjanjian sulit itu,
Anwar Ibrahim disepakati bersama untuk dicalonkan menjadi Perdana
Menteri (PM).
“Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk
Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu.
Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.
“Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk
Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM
jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.
“Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi
debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang
lalu,”dedahnya.
Anwar Al-Juburi
Menurutnya, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip
moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.
“Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI.
Antara istilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’
dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’.
“Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas
pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan
Mohamad Sabu itu.
“Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu.
DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak
benar, Mohamad sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada
DSAI.
“Sejarah telah membuktikan DSAI yang satu ketika dahulu menjadi
Presiden ABIM telah lari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai Umno.
Dengan tidak memilih Pas, saya fahamkan DSAI tidak menjiwai perjuangan
Islam.
“Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah DSAI diberi
kepercayaan sebagai PM. Mahukah Pas sekadar menjadi batu loncatan
kepada DSAI dalam mengejar cita-citanya.
“Pendedahan Datuk S Nallakaruppan terhadap DSAI berhubung isu
biseksual adalah serius. Logiknya, Datuk S Nallakaruppan membantu DSAI
memenangkan PR sebab DSAI bakal jadi PM.
“Sebagai kawan rapat tentu Datuk S Nallakaruppan boleh mengharapkan
sesuatu. Oleh itu, selagi Pas tidak tubuh jawatankuasa khas menyiasat
isu ini bermakna Pas masih mengamalkan sikap pilih kasih,”dedahnya lagi.
No comments:
Post a Comment