SHAH ALAM: Sikap “cemburu” Datuk Seri Wan Azizah Ismail terhadap
isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan beberapa lelaki menjadi pencetus
keputusan Senator Mohd Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR dan Datuk Seri
Anwar Ibrahim lebih lima tahun lalu.
Dalam wawancara dengan Antarapos, pengikut paling setia Anwar
pada satu ketika dahulu itu ditanya terus terang sama ada beliau
menyertai Umno kerana wang ringgit atau disebabkan kecewa dengan Anwar.
Isu
Shamsidar dan hubung kait beliau dengan Anwar kembali menjadi fokus
berikutan saman fitnah RM100 juta yang difail oleh Anwar terhadap bekas
rakan tenisnya, S.Nallakarupan. Kes itu akan didengar di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bulan ini.
Saman itu berkisar kepada tuduhan Nallakarupan bahawa Anwar tidak layak
menjadi pemimpin kerana beliau tidak bermoral dan seorang biseksual.
Nallakarupan menamakan Shamsidar antara beberapa saksi yang mahu
dipanggil untuk memberi keterangan.
Dalam wawancara itu, Ezam menegaskan beliau “tinggalkan” Anwar kerana
isu-isu moral yang tidak dijawab oleh Ketua Pembangkang itu setelah
sikap cemburu Wan Azizah terhadap Shamsidar dan lelaki tertentu
mencetuskan kesangsiannya terhadap Anwar.
"Saya bukan (dianggap sebahagian) keluarga Anwar, saya bukan dalam
keluarga Anwar (tetapi) (ketika) Anwar dalam penjara tujuh tahun, saya
dah jadi sebahagian dari keluarga beliau," kata Ezam.
"Anak-anak Wan Azizah pada masa itu dah macam anak saya, mereka panggil saya pakcik (uncle), mak saya dah macam mak Wan Azizah.
"Barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku. Sebab saya melihat
macam mana reaksi Wan Azizah terhadap beberapa perkara. Cemburu Wan
Azizah bukan hanya pada perempuan, tetapi juga pada lelaki-lelaki
tertentu.
"Shamsidar contohnya datang ke rumah itu, Wan Azizah terus berubah
muka, Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam. Benda-benda
macam ini saya tengok, ini semua berlaku secara natural (semulajadi)."
"Jadi ianya menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya,” kata Ezam.
Bagaimanapun Ezam berkata keadaan itu belum cukup untuk beliau
meninggalkan Anwar sungguhpun sudah menimbulkan kesangsian terhadap
beliau.
Beliau membuat keputusan itu selepas Anwar enggan mencabar keputusan
bertulis Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 dengan dua daripada tiga
hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu terbabit amalan homoseks.
Bagaimanapun mahkamah berkenaan mengarahkan Anwar dibebaskan daripada
tuduhan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar setelah menjalani
hukuman penjara enam tahun kerana sebab-sebab teknikal.
"Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseks itu berlaku," kata Ezam.
"Ketiga-tiga hakim termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar.. dia
sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Tidak ada kesangsian di situ dia
(hakim) kata, tapi disebabkan Azizan, disebabkan teknikal undang-undang
…. jadi tidak cukup untuk mensabitkan Anwar ke penjara.
"Saya
baca, jadi bila saya baca lagilah saya rasa sangsi, dan saya (desak)
Anwar untuk jawab, bahawa dia harus ambil tindakan. Saya tidak boleh
terus memberikan sokongan kepada beliau apabila sudah ada keputusan
bertulis daripada Mahkamah Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa dia
seorang homoseks.
"Takkan saya nak sokong seorang gay? Dan ini bukan berdasarkan satu
judgement, ianya juga berasaskan dalam rumah (Anwar) apa yang berlaku
(dan) banyak yang menjadikan saya sangsi, jadi saya berdepan dengan dia.
"Beliau jawab: Ini semua konspirasi. Saya akan minta peguam saya untuk
meminta mahkamah untuk memadamkan segala kenyataan hakim yang
mengatakan saya ini peliwat.”
"Itu dia janji kepada saya, Anwar hidup lagi…anda pergi tanya dia, dia
janji kepada saya, dan bukan dia janji kepada saya sahaja, dia janji
kepada seluruh penyokong PKR, di rumah dia, dia buat ceramah pada
beberapa malam sebab dia sudah tahu saya tak (yakin)..jadi dia nak
yakinkan saya dalam ceramah.
"Hari ini dah 2012, anda boleh “check” dengan mahkamah, apakah Anwar
buat permohonan untuk memadamkan kenyataan hakim itu? Anwar tak buat,".
"Dia tak buat. Dia ada hak untuk berbuat demikian dan dia patut
melakukannya di atas prinsip moral dan sebagai seorang pemimpin. Kalau
saya lah buat benda itu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan
sampai saya mati," kata Ezam.
"Sebab ini bukan soal main-main, ini soal moral saya. Dan Anwar ada
ruang untuk buat dan dia janji untuk buat, tapi dia tak buat," kata
beliau.
"Jadi sebab itu saya rasa, saya tidak ada lagi untuk meneruskan sokongan saya pada Anwar," tambah beliau.
Selepas keluar daripada PKR, Ezam mengetuai sebuah pertubuhan anti rasuah (GERAK) sebelum menyertai Umno pada 28 Mei 2008.
Bahagian Kedua wawancara dengan Ezam akan mengupas hasrat Ezam
menyertai PAS ditolak parti itu kerana mengganggap Anwar penting untuk
agenda politik PAS.
No comments:
Post a Comment