Sunday, 8 January 2012

BERA 8 Jan.

Tiga belas jenis barangan kawalan harga akan diumum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mengumumkan barangan berkenaan di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini.
"Kuat kuasa Skim Harga Barang Kawalan ialah selama 12 hari iaitu lapan hari selepas tahun baru Cina dan empat hari sebelum perayaan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama ahli jawatankuasa Tabika Kemas Parlimen Bera, di sini hari ini.
Menurut beliau, penguatkuasaan Skim Kawalan Harga itu bertujuan mengelakkan peniaga dan pekedai mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkenaan.
"Antara barang yang akan senaraikan ialah ikan bawal putih, udang besar, bawang putih dan beberapa jenis lagi, barang tersebut dikawal kerana ia merupakan barang yang digunakan masyarakat Cina bagi menyambut perayaan Tahun Baru mereka,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment