Thursday 14 March 2013

Tarif Air Tidak Akan Dinaikkan



TEMERLOH - Dato’ Sri DiRaja Adnan turut ditanyakan mengenai subsidi yang terus Kerajaan Negeri beri bagi memastikan pengguna air di negeri ini dapat menikmati pembekalan air dirawat pada kadar yang kekal rendah.

“Tarif air (kita) tak naik sejak 1982, tak pernah naik air ini,” katanya dan menambah kata betapa ekoran itulah juga, Kerajaan Negeri berbelanja kira-kira RM70 juta setahun bagi membiayainya (subsidi tersebut). 


Yang oleh kerana itulah juga maka, bagi setiap RM1 bil yang harus dibayar oleh pengguna di negeri ini, 60 sen daripadanya sebenarnya dibayar oleh Kerajaan Negeri (oleh sebab adanya subsidi) lalu pengguna hanya membayar 40 sen sahaja.  


Semakan dengan Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) juga mendapati betapa, bukan sahaja tarif tersebut tidak disemak-semula sudah lebih tiga (3) dekad atau 31 tahun (sejak 1982), malah Pahang ialah antara tiga (3) negeri yang mengenakan kadar paling rendah –
cuma kira-kira 41 sen bagi setiap meter padu (untuk kegunaan 20 meter pertama).


KERAJAAN NEGERI MASIH SUMBANG RM50 JUTA TAMPUNG KOS OPERASI PAIP

(Sungguhpun Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang diperbadankan lalu wujudlah PAIP sejak Rabu, 1 Februari 2012, pada peringkat permulaan ini bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih perlu menyumbang kira-kira RM50 juta setahun untuk menampung kos operasi PAIP).  

Yang turut hadir pada majlis pagi Sabtu di sekolah yang mempunyai 1,110 pelajar dengan 79 guru dan 32 kelas ini ialah ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga wakil rakyat (BN – Lanchang);

Yang Dipertua, PIBG sekolah ini, Syed Hamid Syed Mohd yang juga wakil rakyat pembangkang (PAS – Semantan); Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Tarif Abdul Rahman; serta, Pengetua sekolah, Encik Mohd Nor Abdul Rahman.
Tags: Berita Negeri , UTAMA

No comments:

Post a Comment