Thursday, 14 March 2013

Lagi Artikel Bodoh Dalam Harakah..



Alhaqir – Entah mengapa, akhir-akhir ini kemualan membaca artikel-artikel yang tersiar di dalam Harakah sudah tidak terbendung lagi. Akhbar yang dinisbahkan kepada sebuah jemaah yang kononnya berjenama Islam itu kini benar-benar didokongi oleh kumpulan manusia lembam yang ketagihan menghentam parti lawan dan begitu taat menjulang Anwar.
Kali ini izinkan saya mengulas tulisan Ahmad Lutfi Othman bertajuk “Lahad Datu : Bebalisme Umno berdepan PRU13″ seperti yang tersiar di dalam laman Harakah Daily bertarikh 14.03.2013.
Sekali lagi saya memohon maaf seandainya ada sepatah dua perkataan kasar yang terpaksa saya gunakan di dalam ulasan ini kerana frasa “Bebalisme Umno” seperti yang diungkapkan oleh Ahmad Lutfi itu tidaklah sangat menunjukkan ciri-ciri kehalusan.
Ahmad Lutfi menjual dengan bahasa kasar, insya Allah saya membeli dengan harga setimpal!
Siapa Ahmad Lutfi Othman? Saya mula terdedah dengan nama ini lebih kurang 20 tahun yang lalu, ketika Ahmad Lutfi galak mengeluarkan buku-buku politik pro-Pas. Di samping buku-buku politik sedemikian, Ahmad Lutfi juga pernah menerajui penerbitan beberapa buah majalah, antara yang masih saya ingat ialah Tamadun dan Wasilah.
Pada waktu itu, Anwar Ibrahim masih seorang pemimpin di dalam parti pemerintah. Ahmad Lutfi sempat mengeluarkan beberapa buah buku yang mengkritik Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang lemah dan dipengaruhi oleh tokoh-tokoh korporat tertentu.
Ahmad Lutfi menilai Anwar sebagai seorang yang bersikap “kaduk naik junjung”, melupai perjuangan asalnya yang condong ke arah Islam sebaik sahaja menyertai Umno. Pendek kata di mata Ahmad Lutfi pada masa itu, Anwar bukanlah seorang pemimpin yang layak mendaki hirarki pemerintahan negara.
Sebaik sahaja Anwar dipecat dari Umno dan bersekongkol dengan barisan pembangkang, penilaian Ahmad Lutfi terhadap Anwar berubah 180 darjah. Anwar dijulang sebagai tokoh reformasi yang teraniaya. Segala tindak-tanduk Anwar sewaktu di dalam kerajaan yang dahulunya menjadi bahan kritikan Ahmad Lutfi kini ditafsirkan dengan tafsiran yang indah dan terpuji.
Wajah Anwar dilihat bersih, punggung Anwar nampak menggiurkan! Demikianlah perubahan Ahmad Lutfi. Maaf, tiadalah perkataan lain yang sesuai untuk menggambarkan perubahan ini kecuali “munafiq politik yang paling jijik”.
Di dalam artikel beliau, Ahmad Lutfi menempelak Datuk Sri Najib kerana lambat mengumumkan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya dilangsungkan. Kononnya Najib menjadi Perdana Menteri yang paling lama bertakhta tanpa dipilih secara langsung oleh rakyat.
Malang sekali, Ahmad Lutfi hanya nampak Najib dengan jawatan PMnya. Bagaimana pula dengan Anwar dan jawatan Ketua Umum PKRnya? Pernahkah ada pemilihan untuk meletakkan Anwar di situ? Dan sudah berapa lama pula Anwar berada di jawatan tersebut setelah dilantik oleh isterinya? Dilantik oleh isterinya? Tinggi sekali amalan demokrasi di dalam Pakatan Rakyat! Anak beranak menerajui sebuah parti. Malang, Ahmad Lutfi terlalu bebal untuk memahami.
Seterusnya Ahmad Lutfi cuba pula membela manusia hina, Tian Chua. Katanya media ” memainkan politik kebencian” terhadap tokoh idolanya itu. Terlenakah Ahmad Lutfi sewaktu Tian Chua mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan yang bersabung nyawa di Lahad Datu? Atau Ahmad Lutfi berpendapat kenyataan bahawa kematian para perwira negara di Lahad Datu adalah sandiwara Umno seperti yang dicanang oleh Tian Chua itu satu kenyataan “politik kasih sayang” seorang pemimpin pembangkang?
Tolonglah! Janganlah ditonjolkan sepenuhnya kebodohan anda wahai Ahmad Lutfi. Simpanlah sedikit, atau kongsikannya dengan teman-teman seperjuangan anda yang lain seperti Mahfuz dan Mat Sabu.
Seolah belum berpuas hati, Ahmad Lutfi menyatakan bahawa reaksi Menteri Dalam Negeri terhadap komen Tian Chua agak berlebihan, bersalut dendam dan amarah tidak terkawal. Wahai Ahmad Lutfi! Apakah kenyataan Tian Chua itu tidak berlebihan, tidak bersalut dendam dan bukan berbentuk amarah tidak terkawal? Kenapa sukar sekali untuk anda melihat kebenaran? Hanya ada dua kemungkinan; anda memang tidak mahu menerima kebenaran atau anda seorang yang bebal yang tidak boleh diajar!
Demi menunjukkan pandangannya itu turut dikongsi oleh tokoh akademik, Ahmad Lutfi memetik ulasan bekas profesor UIAM Dr Abd Aziz Bari bahawa tentera dan polis boleh dikritik kerana kedua-duanya adalah institusi milik rakyat.
Saya syorkan Ahmad Lutfi membisikkan juga kenyataan Aziz Bari ini ke telinga Menteri Besar Kedah supaya beliau tidak melenting hangit apabila KUIN dikritik. KUIN itu juga milik rakyat! Dan seterusnya Ahmad Lutfi bolehlah mengupas kenyataan Tian Chua yang menuduh tragedi Lahad Datu sebagai sandiwara Umno, di manakah kritikan-kritikan matang terhadap polis dan tentera di dalam kenyataan itu.
Ahmad Lutfi, anda bukan budak yang baru belajar menulis. Pamerkanlah kematangan apabila membuat analisa. Paling penting, jangan mudah membebalkan orang lain jika kita sendiri bergelumang dengan kesialan selamanya….

No comments:

Post a Comment