Adakah anda telah mendaftar sebagai
pengundi? Bagi yang telah mendaftar, anda bolehlah membuat semakan
melalui laman web, SMS dan juga talian telefon. Jangan lupa untuk
membaca entri ini - Adakah Anda Layak Menjadi Pengundi Dalam Pilihan Raya?
Semakan melalui laman web
1. Click link Semakan Daftar Pemilih :
- versi Bahasa Melayu
- versi Bahasa Inggeris
2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan clik SEMAK
Anda juga boleh membuat semakan lebih dari seorang. Contohnya semakan untuk diri sendiri, suami/isteri dan anak-anak. Sila click "Semakan Isi Rumah"
Semakan melalui SMS
Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888
Semakan melalui talian telefon
Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :
Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :
(a) | Ibu Pejabat SPR Malaysia Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya No. Telefon: 03-88856686 |
(b) | Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri |
(c) | Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara |
(d) | Kaunter SPR melalui Program Outreach Tiada aktiviti ketika ini |
(e) | Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission |
(f) | Senarai Penolong Pendaftar |
Pihak SPR juga telah melancarkan laman web khas PRU13 pada 30 Januari 2013 yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Baca berita lanjut di sini.
Sila click link berikut untuk ke laman web PRU13 :
No comments:
Post a Comment