Benarlah
kata orang, bahawa untuk menilai seseorang kita perlu melihat kepada
rakan-rakannya. Maka, tidak hairanlah apabila Nur Misuari, Ketua
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro merujuk kepada Anwar Ibrahim sebagai
‘sahabat lama’ kerana ternyata mereka mempunyai perwatakan yang sama
iaitu suka berbohong.
Di
awal kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu, dan ketika
rakyat Malaysia masih terpinga-pinga, media Filipina dan agensi berita
antarabangsa pantas melaporkan sumber risikan yang menunjuk kepada
pembangkang Malaysia, sebagai dalangnya.
Bertitik-tolak
dari itu, kita menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim yang telah terasa
cili begitu ‘bersungguh-sungguh’ menafikan laporan tersebut sehingga
membawa kepada ‘parody’ “You ulang, I saman” yang menjadi popular di
laman-laman sosial.
Pendedahan
tersebut dikuatkan dengan laporan risikan termasuk gambar yang
menunjukkan Anwar telah membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari
beberapa kali.
Untuk
itu, Anwar menjelaskan bahawa pendedahan itu tidak wajar dianggap bukti
kerana bukan MNLF yang menceroboh Lahad Datu tetapi ‘tentera Sulu’.
Tidak lama kemudian, Nur Misuari sendiri membuat kenyataan menawarkan
bantuan untuk membantu kerajaan Malaysia berunding dengan pihak Sulu dan
ditolak oleh Malaysia.
Namun,
perkembangan seterusnya telah membuktikan bahawa kedua-dua sahabat lama
ini telah berbohong apabila ramai di antara pengganas yang ditangkap
atau terbunuh telah dikenalpasti sebagai anggota MNLF. Sebenarnya,
siapapun mereka tiada bezanya iaitu pengganas kejam yang ingin merampas
negeri Sabah.
Dan
hari ini kita melihat bagaimana Nur Misuari menyerlahkan warnanya yang
sebenar apabila menuduh Malaysia sebagai memperalatkan Barisan
Pembebasan Islam Moro (MILF), menjadi penghalang kepada usaha penyatuan
bangsa Moro serta tuntutan kemerdekaan wilayah selatan Filipina. Beliau
juga turut menuduh Malaysia sebagai telah menjajah Sabah dan Sarawak.
Beliau seterusnya mencabar Malaysia membuktikan hak ke atas kedua negeri itu melalui dokumen undang-undang.
Justeru,
siapakah sebenarnya yang menuntut Sabah? Pihak Sulu atau MNLF? Kenapa
Nur Misuari berbohong pada mulanya? Apakah cakap seorang pembohong dan
pengganas kejam yang tidak bertamadun perlu dilayan secara diplomasi?
Seharusnya,
Nur Misuari bersyukur kerana atas usaha Malaysia akhirnya 15 juta
penduduk Islam di selatan Filipina kini mampu merasai keamanan dan
mendapat hak ke atas bumi yang mereka pijak dan usahakan selama ini
iaitu sejak penjajahan Sepanyol pada kurun ke-17.
Perjanjian
Damai tersebut telah memastikan tiada pihak yang teraniaya dan atau
dipinggirkan tanpa menafikan terus kuasa kerajaan Filipina.
10
prinsip utama telah digariskan dengan intipati penting iaitu
mengiktiraf Bangsamoro serta mewujudkan entiti autonomi politik di
Mindanao yang membolehkan Bangsamoro mentadbir sendiri melalui sistem
demokrasi dengan menggunapakai Undang-undang Asas Bangsamoro seiring
dengan undang-undang negeri.
Jelaslah
bahawa Nur Misuari tidak suka kepada keamanan. Maka tidak hairanlah
beliau mengkritik perjanjian tersebut dan terus mengasak untuk
menimbulkan huru-hara di mana saja peluang yang ada. Dan Sabah adalah
peluang yang terbaik baginya.
Perjanjian
British North Borneo 22 Januari 1878, menjelaskan dengan terperinci
penyerahan oleh Sultan Sulu iaitu Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet
Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon,
wilayah dan jajahan di Borneo daripada Sg. Pandassan di pantai barat
sehingga ke pantai timur Sibuko di selatan termasuk negeri-negeri
seperti Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang
dan semua jajahan dan negeri di selatannya bersempadan dengan Teluk
Farvel sehingga Sungai Sibuko dan juga semua pulau-pulau di tiga marina
di sepanjang pantai dengan harga RM5,000 setahun, kini ditambah menjadi
RM5,300 .
Pada
22 Januari 1978, Sultan Sulu telah melepaskan kuasanya ke atas wilayah
dan jajahan seperti yang tersebut di atas secara rasmi. Pada 22 April
1903, satu lagi dokumen telah ditandatangani bagi menambahkan beberapa
lagi wilayah yang telah tidak disebut atau tertinggal di dalam
perjanjian terdahulu.
Setelah
Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963, dengan persetujuan
rakyatnya, maka Malaysia meneruskan pembayaran wang ‘pajakan’ terhadap
Sultan Sulu sepertimana yang termeterai dalam perjanjian-perjanjian
dahulu.
Justeru, bagi Nur Misuari untuk bersuara bagi pihak Sulu dilihat sebagai sikap seorang yang gila kuasa.
Dengan percanggahan kenyataan dari pihak Sulu ditambah dengan
kekeliruan mengenai waris sebenar kesultanan tersebut maka, apa yang
dituntut atau disuarakan oleh Nur Misuari tidak membawa apa-apa makna
kerana beliau bercakap tanpa asas dan tanpa hak yang pasti.
Apatah
lagi dengan terbuktinya kewujudan tangan-tangan asing yang menaja
keganasan yang dibawa oleh Nur Misuari ke Sabah. Ini menunjukkan bahawa
tuntutan yang dibuat adalah tidak ikhlas dan mempunyai tujuan yang jauh
lebih besar dari sekadar ingin merampas kembali Sabah.
Malaysia
tidak sebodoh itu untuk melihat semua ini sebagai agenda sempit
sepasukan pengganas MNLF. Tetapi, kita dapat membaca akan agenda kuasa
asing untuk menguasai rantau ini melalui pihak pembangkang sama ada di
Filipina mahupun di Malaysia.
Jika
benar, demokrasi yang dijulang maka, pihak yang menaja Nur Misuari
pastinya bukanlah pihak yang layak bercakap tentang demokrasi.
Dan
pihak mana lagi yang mempunyai begitu banyak dana untuk dilabur dan
dilebur begitu saja demi cita-cita untuk menakluk dunia, jika bukan
pihak yang mempunyai kaitan dengan kuasa besar dunia?
Oleh
itu, kesimpulan yang kita dapati dari episod Lahad Datu ini ialah Nur
Misuari adalah alat Amerika, seperti juga sahabatnya, Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment