Loya sungguh anak tekak
apabila saya mendapat tahu tentang Anwar Ibrahim yang akhirnya “memuji”
dan “menyokong” tindakan pasukan keselamatan yang mempertahankan
kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.
Selepas 15 hari berlalu dengan penuh
debaran, setelah 10 orang wira negara terkorban dibunuh oleh
gerila-gerila rakan baiknya, Kiram dan Nur Misuari, baru semalam Anwar
teringat nak puji dan sokong?
Pada saya, Anwar dan Pakatan Haram sudah terlambat..!
Selepas mesyuarat Pakatan Haram semalam,
Anwar memberitahu media mengenai sokongan pakatan pembangkang itu
terhadap tindakan pihak keselamatan negara. Namun saya yakin
kenyataannya itu tidak ikhlas.
Pertamanya kerana dia lewat menyatakan
sokongan terhadap pasukan keselamatan yang sedang berjuang di sana.
Sudah terbit keringat, sudah bermandi darah, sudah 10 nyawa dijemput
ajal, baru Anwar dan Pakatan Haram terhegeh-hegeh beri kenyataan
sokongan?
Mengapa tidak pada hari pertama puak-puak
pembangkang itu tidak mengisytiharkan sokongan? Sebab apa? Sebab selama
ini memang Pakatan Haram sering cuba memburuk-buruk dan memperlekeh
imej PDRM dan ATM, bukan?
Setelah 15 hari berlalu dan melihat
bagaimana gelombang kebangkitan serta sokongan tidak berbelah bagi oleh
rakyat dari segenap lapisan masyarakat, barulah Anwar dan Pakatan Haram
mengaku kalah dan seterusnya memuji tindakan pasukan wira negara itu?
Mengapa Anwar dan Pakatan Haram tidak
menyelar, mengecam, mengutuk atau ketuk kepala Tian Chua yang menuduh
insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu itu sebagai “sandiwara”
yang dilakonkan UMNO dan BN?
Hanya setelah Tian Chua teruk “dibelasah”
dan majoriti rakyat mengherdik Pakatan Haram maka baru Anwar nak sedar?
Saya percaya, jika Anwar jadi Menteri KDN, selepas 15 hari Sabah
ditawan pengganas, barulah dia akan mengambil tindakan. Itu pun belum
tentu dia ada “telur” atau tidak!
Keduanya, berkemungkinan besar Anwar
takut dan risau sekiranya identiti “dalang” disebalik pencerobohan itu
dapat dikenal pasti. Maklumlah, satu dunia tahu dia rapat dengan Nur
Misuari yang menganggap Jamalul Kiram itu bagai “abang”nya.
Lagipun, mungkin Anwar juga risau jika
tindakan Tian Chua dan Sivarasa yang ke Manila beberapa hari sebelum
pencerobohan itu terjadi diketahui oleh rakyat. Dia mungkin takut tujuan
dan intipati “lawatan sambil belajar” kedua balacinya itu “kantoi”
sekiranya disiasat, bukan?
Ketiganya, tak perlulah Anwar dan Pakatan
Haram tunjuk baik depan rakyat dengan memuji pasukan keselamatan yang
menjaga keamanan negara. Sejarah merekodkan bahawa Anwar dan Pakatan
Haram telah menghamburkan segala nista dan cacian terhadap pasukan
keselamatan itu.
Rakyat masih ingat bagaimana Anwar
menggelar anggota polis sebagai “anjing” dan Ketua Polis Negara sebagai
“bapa anjing”. Kita juga belum lupa bagaimana Tian Chua mengigit tangan
polis bagaikan “anjing” ketika ditahan, bukan?
Itu belum lagi diungkit segala tuduhan
jahat yang dilemparkan pada PDRM, kenderaan polis diterbalikkan, anggota
polis bermandi darah dipukul pengikut-pengikut “sultan liwat” itu dan
imej PDRM yang sering menjadi mangsa kutukan para pemimpin Pakatan
Haram!
Dan sekarang Anwar nak tunjuk baik pula
dengan PDRM? Sudahlah. Simpan saja “sokongan” Anwar itu dalam peti besi
dan kunci rapat-rapat! Buang karan saja kata orang…
Pun begitu, sempat lagi Anwar
mempolitikkan insiden pencerobohan Lahad Datu itu. Anwar mendakwa
kononnya Kerajaan BN cuba “meraih sokongan politik” menerusi insiden
yang meragut 10 nyawa itu?
Dia tak tahukah Datuk Seri Najib tak
tidur malam memikirkan tentang pencerobohan itu kerana risaukan rakyat
di Sabah. Orang fikir pasal rakyat, Anwar fikir pasal politik? Orang
macam ini pun ada ke dalam Malaysia? Nak jadi PM pulak tu!
Mungkin Anwar takut rakyat menyedari
tentang kecekapan Kerajaan BN mengendalikan hal ehwal keselamatan negara
dan dia risau sekiranya rakyat nampak dengan jelas betapa sayangnya
Kerajaan BN pada rakyat serta kedaulatan negara.
Apa pula yang Anwar ada? Jual maklumat
pada CIA? Belot dan khianat pada negara? Sokong negara rejim Zionis
Israel serang Palestin? Bapak Ayam dan China Doll? Jam tangan Omega?
Skandal terlarang LGBT? Itu “profile” Anwar yang dijanjikan pada rakyat?
Hentikanlah mimpi buruk itu…
No comments:
Post a Comment