Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian
wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002
sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah
serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan
permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.
Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap
Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang
antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif
pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan
selaras dengan undang-undang yang relevan.
Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu
semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks
dekolonisasi. Khususnya, konsep hak “rakyat”, untuk menentukan pilihan
sendiri
Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v
Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi
“salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa
kontemporari” (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).
Malah menurut “Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan
Negara Penjajah”, resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai
pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses
dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua “wilayah yang belum
mencapai kemerdekaan” dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk
memilih”.
Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai
Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat
Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan
hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan
kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut
perundangan antarabangsa.
Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden
antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946 telah melepaskan dan menyerahkan
semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu.
Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah
bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu
dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerajaan Britain pada November 1961. Selari dengan kehendak kerajaan
Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak
mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB).
Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di
Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia.
Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan, 80% penduduk Sabah dan
Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan
pada 16 September 1963.
Kesimpulannya, apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris
Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan
Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat
berubah.
No comments:
Post a Comment