Semalam, media The Straits Times Singapura melaporkan pembohongan rakaman video kontroversi kononnya dakwaan penyelewengan yang membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Taib Mahmud yang dilakukan oleh GLOBAL WITNESS.
Monetary Authority of Singapore (MAS) adalah bank pusat Singapura, menyelia perbankan, insurans, sekuriti dan niaga hadapan bagi negara itu.
MAS dengan tegas menolak pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh NGO asing yang kononnya kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia.
Rakyat perlu sedar mengapa badan-badan NGO asing ini cukup gemar mencampuri urusan Malaysia, malah turut mengheret negara-negara jiran ke dalam kemelut fitnah dan pembohongan yang ditimbulkan sebelum menjelangnya pilihanraya umum ke-13.
Lagak dan keangkuhan GLOBAL WITNESS seolah-olah menjalankan kempen terhadap konflik dan rasuah yang berkaitan dengan sumber semula jadi, alam sekitar dan hak asasi manusia.
Malah modus operandi GLOBAL WITNESS ini berlindung di atas nama membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dikalangan negara-negara di Asia Tenggara.
Namun yang menjadi persoalan ... siapa yang membiayai kos operasi GLOBAL WITNESS?
Melalui laman web GLOBAL WITNESS ( klik ), penyumbang dana terbesar dalam kempen menjatuhkan imej dan kredibiliti Ketua Menteri Sarawak ini adalah Foundation Open Society Institute (OSF).
Foundation Open Society Institute (OSF) ini telah diasaskan oleh penyangak spekulator mata wang yang hampir menjahanamkan negara ini ... George Soros ( klik ).
Laporan kewangan tahun 2011 menunjukkan GLOBAL WITNESS ( klik ) menerima dana sebanyak £1,249,970 (RM 5.92 juta) dari Foundation Open Society Institute (OSF) dan £999,985 (RM4.73 juta) pada tahun 2010.
Paling jelas, sumbangan dana tersebut adalah yang terbesar bagi pendapatan secara sukarela (voluntary income) pada tahun 2011 dan 2010.
Selain daripada GLOBAL WITNESS, Ketua Pegawai Eksekutif MALAYSIAKINI, Premesh Chandran juga adalah salah seorang penerima sumbangan dan geran ( klik ) dari Foundation Open Society Institute (OSF) yang diasakan oleh George Soros.
Dan secara logiknya, apakah George Soros tidak mengharapkan sebarang pulangan sebagai pemberi geran dan dana kepada MALAYSIAKINI?
Maka tidak hairanlah kita melihat bagaimana artikel-artikel yang diterbitkan oleh MALAYSIAKINI cukup banyak berbaur fitnah dan hasutan untuk membenci kerajaan dan DS Najib.
Rakaman video kontroversi GLOBAL WITNESS ini tampak seperti dirancang secara teliti oleh saudara Pehin Taib, Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman (anak kepada bekas Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yakub).
Barangkali rakyat perlu diingatkan kembali dengan peristiwa Ming Court 1987.
Empat hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar kes dan rayuan Keruntum, sebuah syarikat yang dikuasai oleh oleh bekas Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub, bekas ADUN Salleh Jaffaruddin dan Norlia Abdul Rahman yang mendakwa pembatalan lesen pembalakan oleh kerajaan negeri tidak sah dan dilakukan atas sifat politik ( klik ). Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Clement Allan Skinner menolak semua dakwaan dan berpendapat bahawa Keruntum telah melanggar Seksyen 2(2) Ordinan Hutan dengan memindahkan dan mengumpukkan saham tanpa persetujuan Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak.
Krisis pertikaian politik di antara Tun Abdul Rahman Yakub dan Pehin Taib Mahmud bermula sejak dari tahun 1983. Tun Abdul Rahman Yakub telah membentuk parti Parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (Permas) untuk mencabar Taib Mahmud pada pilihanraya umum Sarawak.
Beliau juga membentuk satu pakatan dengan Parti Orang Dayak Sarawak (PBDS) dalam usaha untuk menjatuhkan Taib Mahmud. Pada bulan Mac 1987, 27 daripada 48 ADUN Sarawak telah mengalih sokongan mereka kepada Tun Abdul Rahman Yakub dan mendesak Taib Mahmud untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. Perang konsesi balak tercetus di antara Tun Abdul Rahman Yakub dan Pehin Taib Mahmud menyebabkan Pehin Taib Mahmud membatalkan 30 lesen pembalakan terhadap Tun Abdul Rahman Yakub dengan dakwaan bekas Yang Di Pertua Negeri Sarawak itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi pembalakan bernilai RM 22.5 bilion kepada dirinya sendiri dan saudara mara beliau.
Perlu diingat, suami kepada Norlia Abdul Rahman adalah Dato Justin Jingut, yang juga merupakan orang kuat Anwar Ibrahim di Sarawak.
Bekas Naib Presiden SNAP ini menang tanpa bertanding atas tiket SNAP dalam pilihan raya umum Sarawak 1982 dan melompat parti kepada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada tahun 1983. Pada tahun 1986, beliau bertanding atas tiket PBDS dan menang dengan majoriti besar. Dato Justin Jingut telah melompat parti dan kembali kepada SNAP sebelum tahun 1987. Pada tahun 1990, beliau dikalahkan oleh Billy Abit Joo dari PBDS.
Semakin terserlah pembabitan Anwar Ibrahim dan George Soros dalam menjatuhkan imej dan kredibiliti Pehin Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.
George Soros menggunakan GLOBAL WITNESS untuk mencipta pembohongan melalui rakaman video kontroversi penyelewengan yang membabitkan Pehin Taib Mahmud.
Anwar Ibrahim menggunakan Dato Justin Jingut melalui isterinya NORLIA ABDUL RAHMAN dan FATIMAH ABDUL RAHMAN, anak kepada Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub dalam rakaman kononnya penyelewengan yang membabitkan Pehin Taib Mahmud.
Rakaman video kontroversi ini hanyalah mainan wayang politik Anwar Ibrahim dan pembangkang melalui GLOBAL WITNESS.
Rakyat perlu mengetahui hubungan baik dan erat, yang telah lama terjalin diantara Anwar Ibrahim dan George Soros.
Anwar Ibrahim pernah mengutuskan surat dalam kapasiti sebagai presiden AccountAbility untuk meminta Soros berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif AccountAbility, Simon Zadek pada tahun 2006.
Kedua-dua Anwar Ibrahim dan Zadek adalah ahli lembaga pengarah Lembaga Penasihat Generation Investment Management (GIM), yang merupakan sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki oleh Al Gore.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan kerjasama antara AccountAbility dan Soros Fund Management. Masyukkk ....
Apakah rakyat masih tidak lagi nampak tangan dan kelibat Anwar Ibrahim bersama George Soros dalam usaha menjatuhkan Pehin Taib Mahmud di Sarawak.
Masihkan rakyat tidak nampak permainan politik Anwar Ibrahim yang semakin gatal tangannya untuk mendapatkan Sarawak, walau dengan apa cara sekalipun pada pilihanraya umum kali ini.
Namun seperti biasa, Anwar Ibrahim tidak akan mengaku ...
Sama seperti beliau melanyak China Doll dan jubor anak muda jantan.
No comments:
Post a Comment