Penulis selalu berfikir, kenapa
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang
dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu
keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga
akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai
betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU
13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi
sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang
Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti
memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang
difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air
mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan
tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha
untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan
saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik
politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.
Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar
Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar
dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara
yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau
sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan
menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang
secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini
menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan
perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU
13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas,
Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku
kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang
suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak
kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM.
Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga
ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal
peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke
satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai
kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat
Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau
difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat
dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini
jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof
Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk
mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “,
MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah
menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper
pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan
bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru
baru.
5 – Anwar akan
keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi.
(menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli
jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar
dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk
menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di
saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6 – Memujuk ahli-ahli
yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya
kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka
keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon
tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu)
oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan
dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini
mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang
Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur
China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah
yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak
pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan
keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan
video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan
diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar
konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah
balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan
polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa
Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin
ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk
para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya
dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan
memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 -Mereka akan hina dan
fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai
seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM
terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang
dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya
buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan
penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).
***Ada sesiapa terperanjat ke
yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari
dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas
hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas
itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada
Rosmah.
10 – Setiap ahli PAS
diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut
maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas
akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas,
bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon
DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ”
(nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi
kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY
Iklan Teks:
No comments:
Post a Comment